Thursday, October 31, 2019

Cameron Highland with Family DAY 2 : MARDI & Strawberi Farm

hari kedua di Cameron kami decide nak pegi MARDI je sebab kat situ macam2 ada. (bila tak ramai orang) ahaha time2 cuti ni memang nampak orang je lah. sebab malas nak bersesak kat tempat2 lain tu. ye kami memang family yang tak gigih sangat. gigih sikit2 je. so dalam pukul 9 kami gerak. ada baby kan so tak lah awal2 sangat.. haha kononnye lah. so sampai kat MARDI tu memang dah ramai orang. tapi alhamdulillah berjaya dapat parking. ada jugak orang dah gerak keluar parking walaupun belum pukul 10. ehehe awal sangat korang ni. tapi duk dalam tu tak best sangat lah sebab ramai gila orang kan. dah hari kedua so memang dah star ramai. tapi ok lah setakat nak jalan2 tengok2 tempat. takde lah penat mana. kena pandai2 menyelit cari tempat.




pukul 11.30 kami dah gerak keluar dari MARDI. sebab nak kejarkan tengah hari mesti dah gerak turun ke bawah. mula2 plan nak gerak turun semula ke Simpang Pulai. tapi bila tengok maps memang takda harapan laaaa hahaha jem gila. so kami decide untuk turun lalu Tapah. banyak kereta jugak tapi yang penting kereta tu bergerak. bukan jem yang stop terus tu. otw tu jumpa tempat jual bunga dan sayur2. akhirnya dapat jugak beli bunga. haha banyak aku borong. murah kan? saje membazir duit. seberang jalan tu ada tempat petik2 strawberi. sesaje la gedik tanya bape harga. rupanya free je. yang bayar tu bila kita petik strawberi. huhuhu ape lagiiiii selfie laaaa



aku lupa nama tempat tu apa. tapi boleh la cantik la nak buat amik2 gambar. buah pun ada banyak. puas lah jugak petik2. buat2 makan. hehe lepas keluar dari tempat petik2 strawberi tu kami terus gerak balik beranikan diri lalu jalan Tapah. hahaha alhamdulillah kereta yang berselisih tu tak banyak sangat. jem pun kejap2 je bila berselisih dengan bas. selain dari tu memang smooth. lagipun cuaca panas terik. so tak scary lah. kalau hujan ke gerimis ke emmm memang telan air liur lah aku. tapi yang bestnya bila turun ke bawah ni memang jimat minyak. haha gear neutral je. habis 2 bar minyak je kot. ke satu bar je. haha bukan macam masa naik ke atas tu. ya ampun.. nasib baik sempat sampai stesen minyak lah. kalau tak memang beramai2  lah kena sorong kereta. sampai kat bawah tu kami singgah makan dan solat.


lepas makan dan solat kami gerak balik. Nurul drive kereta aku untuk gerak balik ke Serom dengan family aku. then aku pulak gerak ke Taiping tumpang kereta Fariz. maka dapatlah menggomol Fatheen sepuas hati di seat belakang. sadly jumpa pulak jem yang teramatlah teruk. delay jugak lah masa tu. lambat dalam sejam. ditambah hujan lebat lagi. memang haru laaa.. nasib baik bukan aku yang drive. kesian jugak lah kat Fariz. dengan mengantok lagi. hihi tapi kesian je lah. aku memang takda niat nak membantu pun. haha. so sampai je Taiping Suami dah tunggu so balik lah ke Perlis dengan dia. menghadap jem jugak. menahan telinga jugak lah dengar bebel. huhuhu. 

Terima Kasih lah kepada semua yang sanggup meredah jem yang hebat sepanjang 2 hari ni. Allah je yang dapat balas jasa baik kalian semua. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...