Sunday, February 17, 2019

Aktiviti Cuti CNY

banyak benda yang jadi masa cuti baru2 ni walaupun demam teruk tapi itu tak menghalang untuk kesana kesini. haha bukan lah berjalan sakan..tapi takdalah sehari suntuk terperap kat rumah. cuma tak berjalan jauh sangat lah.

1. Adegan penculikan Lulu

disebabkan MakAbah rasa macam sunyi je sejak anak2 dengan anak bulus dah takda kat rumah so kteorg decide nak tambah lagi anak bulus Abah. so takdelah dengar yang kat rumah tu meraung sekor2. Nurul dah jadikan Lulu hostage sedari pagi lagi. dia cakap Lulu tak berapa sebulu dengan adik beradik dia yang lain so macam harus diculik. hahaha


2. Adegan Eyong lari dari rumah


sabtu pagi tu MakAbah ngan Nad pegi kenduri kawen kat Taib Andak. so aku decide nak vakum dan mop lah rumah. kemas2 sket ape yang patut.. rimas dengan bau eyong tu. sekor je tapi bau hancing satu rumah. haha pastu ape lagi budak ni amik la kesempatan. selalu meraung2..sekali senyap sunyi. sekeliling rumah cari takda. omaigad...ah sudah. padahal pagi sebelum kemas tu baru je lepas slowtalk. cis betrayer!! nasib baik petang tu balik semula. kalau tak memang aku ni putus sedara agaknya. haha tak pasal kena BODOH. memang bodoh pun aku jaga dia beria macam orang bodoh.

3. Buat titi sawah

disebabkan tak jadi amik CintaHati hari sabtu tu so ahad takda aktiviti lah. so MakAbah ajak ke sawah. bukan sawah kami tapi sawah atok. Abah nak buat titi so senang sikit la nak menyeberang. takdelah kena jalan jauh. haha macam besar sangat lah projeknye. tapi ok lah dari takda. sambil2 tu tebas2 sket lalang.. selfie2.. haa macam biasa lah. haha keluar peluh sket..





muka sembab.. eh eh mana ade nanges Suami tak jadi datang. tak nanges lah. tu muka demam. hihihi

5. Ambil sijil nikah

settle kat sawah main2 sentuh2 tanah kami gerak ke Pejabat Agama Tangkak sebab nak amik sijil nikah. haha haritu pegi tak siap lagi. alhamdulillah dah ada sijil nikah yang betul. bukan sementara. hihihi rupanya ade dua salinan.. satu pink satu biru.kih3 noob tak tahu.


6.  Ke Sawah Lagi

hari isnin tu kami pegi ke sawah lagi sebab MakABah nak tunjuk kat atok titi yang baru buat ngan sawah yang baru tanam anak padi. pagi tu pun saje g pasar awal kononnye ikan tengah banyak la..lagipun nak CNY kan..nak buat stok sebab nanti takut tempat beli ikan yang biasa tu tak bukak pulak. pastu cari roti canai sebab semua dah lama tak makan roti canai. haha lepas bawak atok g sawah g makan pulak. lepas lunch tu balik tido jap sebab petang nak pegi amik CintaHati..mehehehehee


7. Menjemput Suamiku Sayang kat Seremban

dah lama tak pegi seremban..rasa janggal pulak..huhu tapi kerana SuamikuSayang kugagahkan jua.. surprisingly jalan tak jem langsung okay..haha tapi sebab kepala ni macam nak pecah aku drive 80km/jam je beb.. haha baik sungguh pekerti aku. slow slow aku bawak..lagipun nak lengahkan sikit masa la sebab bas CintaHati masuk KL dulu.so macam lambat sikit lah.. alhamdulillah walaupun ada salah masuk lorong salah jalan sebab ada lorong yang tutup aku selamat jugak sampai kat Terminal One Seremban. haha dah 7 tahun tak kesana weh..lemah kepala lutut ni haha. sorang2 kan..nasib baik elok je sampai CintaHati pun sampai jugak. so tak tunggu lama lah. pastu g makan kat Tesco dan terus balik rumah..hihi alhamdulillah tak jem jugak.mungkin sebab orang dah lama sampai kampung.. malam makan besar kan..takda gambar berdua sebab ekcited sangat SuamikuSayang ada kat depan mata.. ada kat sebelah. AKHIRNYA!!! Terima Kasih ya Allah.

8. Cendol dan Soto kegemaran!

bila SuamikuSayang nak makan soto ni rasa nak melompat seronok je. haha sebab memang taknak pegi sini sebab nanti terbayang2 En.Suami. nanti tak tertelan pulak. kena makan bila ada dia lah. haha gedik kan? lepas makan ni melawat pulak CikJamal. hmmm rasa tak sampai hati je tengok dia sekarang. aku harap semangat dia kuat lah. so badan dapat tahan. ya Allah permudahkanlah semuanya untuk dia. lepas tu balik rumah lepak jap sebelum gerak ke KL..mengempeng jap. hahaha gedik lagi.



9. Akuaria KLCC

hai hai yang ini sudah ada dalam entri Akuaria KLCC hihihi



10. Favorite Hotel sudah upgrade yeayyy!

baru je 3 kali menginap kat hotel ni..tapi dah rasa macam 3rd home pulak. haha best kat sini sebab senang parking..harga pun mampu milik. dekat dengan SunwayPutra..sebelah je PWTC. boleh la sesape nak try tido kat sini.. dekat dengan macam2 benda best.. syok oh LEO PALACE HOTEL.. masa check in tu tak perasan sebab nak cepat berkejar ke Akuaria KLCC kan.. so bila balik semula ke hotel ni receptionist tu bagitau ada kolam renang baru buat. haha baru sangat. sebab last time pegi Disember lepas takde pulak. and otw ke kolam renang tu i discover this amazing view gaisss... cantik giloss ! dan bila sampai kat kolam renang tu lagi la view dia masyaAllah cantik gila!!! tingkat atas sekali tau..nyaman.. time ni takda orang langsung.. tapi takda bawak baju or seluar yang sesuai. so tak dapat la berdating dalam pool. hahaha



cantik gila kan...?

11. Makan di SOGO

so the next day tu pukul 11 baru check out hotel.. haha tak sedap badan betul sebab semalam dah all out haha badan macam boleh tahan tapi sebenarnya lemah betul. haha berdiri tunggu lama dengan bersesak dalam Akuari KLCC tu dah mampu buat aku collapse dari malam sampai ke pagi. haha teruk. so mengempeng je la pagi tu dengan SuamiKuSayang yang dah nak balik petang tu... sob sob.. sedihnya bila setiap kali nak hantar ke airport. kenapa lah perlu ada moment2 macam ni. so bila pukul 11 baru keluar memang perut tu bergendang2 lah..satu tempat je yang aku duk terfikir dari pagi masa bangun tu. nak g SOGO! hahaha SOGO SOGO! SuamiKuSayang pun kata nak makan nasi padang. so kesana lah kami. yeayyy! dan tak disangka2 ada tempat macam ni kat foodcourt SOGO tu.. omaigad noob nye aku. haha





12. Pasar Malam Jalan TAR

aku serius tak faham sebenarnya kenapa nak dihapuskan pasarmalam Jalan TAR nih.. legend kot.. dan boleh jadi keunikkan lagi2 kalau nak raya tu. nasib baik aku pernah rasa semua pengalaman bersesak2 kat sni. dulu time2 jalan belakang kedai ni lagi teruk okay. dengan jalan berlubang berlekuk.sempit pulak tu. sekarang dah cantik kot..selesa. tak busuk. patut nye kena lah lagi teruskan. macam dah jadi budaya. tapi yelah. kita ikan bilis je. haha kau ingat orang hadap sangat ke nak beli yang kat dalam kedai tu? memang tak laaa.. seronok tau jalan kat belakang ni sekarang. rasa selamat rasa bersih je. haha jemput lah datang. 




13. Menghantar CintaHati Pulang

seronok ler orang tu nak balik.. kite ni yang berendam air mata. takpelah. adalah tu hikmahnya nanti. kali ni tak lepak lama pun sebab baru makan kat SOGO. so sampai airport then g checkin kat mesin jalan2 jap (memang jalan lah..kan besar KLIA2 tu haha) then terus balik. itu je. 



14. Jem Jem Jem

memang seronok lah drive pegi balik KL tahun ni. sebab melawan arus kan..so hampir takda jem. yang sikit2 tu biasa lah jem kat AES. haha rakyat Msia ni bawak kereta memang macam takda hari esok. tapi kalau sampai kamera AES tu orang joging pun boleh potong  speed kereta..masa otw balik tu seronok tengok jem menghala ke KL.. hahaha memang bumper to bumper lah sedari Bukit gambir sampai ke KL. hohohohoo bertabah la dorang tu memang takda surut langsung. aku pun bawak kereta dengan tenang tengok kereta tersusun kat jem tu. huhu



15. Outing Big Family

haritu Fariz cakap tak jadi balik masa CNY..sekali masa tengah makan kat SOGO die mesej send gambar Mak kat dapur pulak. ciss dah sampai kampung rupenya. kuang asam. senyap2 je. pandai dah sekarang. dulu takot nak buat surprise . takot tak berkat perjalanan..hahaha so aku dengan baru menempuh jem tu dengan mata barai ikutkan je lah orang da ajak keluar makan..tapi dia payung lah. haha aku dah takda duit. tengok muka pun nampak tak semengah mana kan. haha cuba kedai makan baru. kedai member dia. okay lah makanan.. sebab lapor kan..so abes semuanya. haha



16. Belanja 1st Gaji

ada orang tu nak belanja makan jugak. haha 1st gaji yang valid katanyer..layankan.. so hari khamis tu lepas asar gerak lah. penuh satu kereta. haha nak makan kat kedai favorite orang yang belanja tu tapi kedai tutup pulak.. so dah alang2 menghala ke Muor tu teruskan ajelah ke sana sebab ada budak merengek2 nak pegi TanjongMas. layankan jugak.. so lepaklah kejap kami kat sana tu.. then makan kat area2 situ jugak. tapi bukan kat foodcourt TanjongMas tu. yang tu memang reject. ada satu kedai makan kat area trafficlight jalan kat dalam2 sket. lupa nama tempat tu. so makan kat situ je lah. sedap jugak. paling sedap Bakso dia. nyumnyumnyummmm



17. Lulu Mandi Minyak

budak kecik ni tengah seronok mereroka dunia..dapur tu boleh buat dia bahagia..hahaha setiap ceruk dapur dia pegi. klau tolong basuh pinggan mangkuk takpe jugak. haha bersepah kan lagi adalah. semua nak di pegang semua nak di cium. tengok2 tercium minyak dalam kuali. kalau termasuk dalam kuali memang aku goreng terus budak ni. haha cis. nasib baik MakAbah dan tido. kalau tak memang siap budak ni kena jentik telinga. dah tak pasal2 kuning muka kaki tangan. pastu muka tak bersalah. mesti dia ingat aku dah tido. terbeliak muka tengok aku still alive. haha tak pasal2 kena mandi malam2 hahaha padan muka kau budak..



haaa tu je lah kot aktiviti cuti CNY kali ni. hahaha tak banyak pun. biasa2 je.. kiranya kali ni takda lah tido 24jam. hahaha tengok lah ape pulak yang jadi cuti sekolah bulan 3 nanti. 

sekian..


Tuesday, February 12, 2019

Masalah Hati

Entri kali ni macam serius sikit tau. sebab apa? sebab aku pun pelik dengan masyarakat, kawan2 atau orang sekeliling lah. yang expect kau kena sama macam dorang baru nampak normal. ataupun setiap apa yang jadi kat kau tu orang akan terus kaitkan dengan status kau sekarang. 

okay sebenarnya ada banyak benda sensitif yang kau tak perlu tanya orang sebab mungkin orang akan tersinggung or macam perlu ke aku cerita semua ni? yang sebenarnya orang lain tak perlu tahu pun. dan kau tak perlu timbulkan isu ni untuk cuba cari topik untuk dibincangkan atau sekadar topik untuk berbual. selama ni aku nampak berlaku kat orang lain. sekarang berlaku kat diri sendiri. seriously kalau tanya kat kau pun kau akan rasa tak selesa. ataupun kau nak orang tanya kau sebab tu kau tanya orang such question.. kekadang funny lah. then cakap pulak..aminkan aje lah..semua ni doa. doa takkan menyinggung perasaan orang gaisss..aku rasa korang pun faham soalan2 pelik yang biasa timbul untuk orang yang dah kawen kan haha

sebenarnya aku ni tak amik pusing sangat pun. tak fikir pun.. yelah macam CintaHati cakap benda ni semua benda kecik je pun.. cuti balik mana.. sehari berapa kali call.. duduk jauh sekarang takpe lah.. zaman teknologi boleh video call.. itu pun orang selalu tanya.. itu belum lagi ada orang tanya 'laki kau bagi nafkah sebulan berapa?' omaigad..tepuk dahi. haha aku ni tak pernah langsung terpikir nak tanya orang soalan macam tu. takkan nak cakap selalu. sendiri dah faham. so bila orang keep on tanya so akan sentiasa teringat. u never know the feeling gaiss.. kita ni yang bertahan. so bila kita tak dapat support yang kita perlu tu.. itu yang selalu CintaHati kata aku meroyan. haa aku ni memang dah terbiasa.. dari dulu sampai sekarang. kan aku kata 'syok sendiri'. so AKU DAH BIASA.. jangan pulak korang sibuk nak cucuk itu ini.. cukup dah setan kat telinga kanan telinga kiri.. jangan ditambah2 lagi..

yang paling kelakar baru2 ni.. ada statement .. jarang2 jumpa tu mesti lagi senang 'lekat' .. omaigad.. klau itu keluar dari mulut orang beranak pinak anak ramai takpelah. haha aku masih boleh mampu senyum lagi. itu semua ketentuan Allah Sis.. jaga2 nak tanya soalan macam ni kat aku. haha ingat tau. aku bukan orang yang baik. jangan sampai itu kali terakhir kita berborak. haha

sebelum kawen memang serius takda sape pun amik kesah aku ni sakit. ye aku ada je mengadu kat orang tapi yelah sekadar cakap je. orang pun tak nampak. tapi bila mengadu benda yang sama setelah berkahwin dah sudah...macam2 imaginasi fantasi yang berlegar2 kat kepala korang tuh.. hahaha kadang2 aku memang tergelak je lah. mungkin memang betul. bila kita tak sama situasi dengan orang yang kita bercakap dorang akan ambil mudah je. tak kisah benda kecik ke benda besar. kau kena selalu ada untuk orang yang nak citer kat kau.. sebab orang tu dah letak sepenuh kepercayaan kat kau dengan ceritakan masalah dia. itu je.

macam aku ni. aku takkan cerita dekat sebarangan orang. kat Mak sendiri pun banyak benda aku tak cerita. aku rahsiakan. apetah lagi orang lain. kalau aku cuba cerita tapi orang tak amik kesah.. orang amik mudah.. orang fikir benda tu benda kecik..dah cukup lah. memang aku takkan cerita pape lagi dah. jangan pelik la kalau aku makin senyap. pelik kan manusia? konsep aku dari dulu senang. kau tanya aku cerita. kalau tanya benda yang aku tanya kau jugak. baru fair... haha  aku pun sedar aku ni ada masalah hati masalah mental. haha sebab banyak fikir benda yang bukan2.. kadang2 dalam seminit pun boleh fikir macam2.

banyak pulak bebel..





Sunday, February 10, 2019

Dugaan Cuti

cuti seminggu baru2 ni memang seksa menanggung ditariknya nikmat sihat. huhu hari last day sekolah khamis tu memang dah rasa tak sedap badan je.. huhu masa drive balik kampung khamis tu memang tawakal je la oi.. nasib baik ada Nurul. kalau sorang2 ntah sampai ke tak. sanggup aku masuk dalam amik Nurul ngan anak baru untuk MakAbah. haha Nurul kata suruh panggil Lulu sebab mata dia Blue. haha macam takda kaitan kan? layankan aje..

risau pikir camne nak jumpa CintaHati nih tapi mungkin sempat okay kot dalam dua hari kan? haha masa sepatutnya amik CintaHati hari sabtu tu pun aku pening pikir camne nak bertahan drive sampai KLIA2 nih.. sanggup kot tak bawak MakAbah pegi keje kawen kat Taib Andak sebab memang tak larat gila. nak simpan tenaga nak pegi amik Suami tercinta. hahaha sekali tak jadi amik. padan muka kau Saz. hahaha tapi aku duk fikir jugak kalau aku dapat sampai KLIA2 dengan kepala nak pecah macam tu aku memang boleh kagum dengan diri sendiri. cinta boleh buat kau lupa sakit. 

tapi nak buat macam mana. kalau pegi jugak memang takda sape pun yang nak dijemput kat KLIA2 tu.. hihihi so sebab tu lah bila CintaHati cancel aku terus mandi terus tukar baju. kalau dua2 sakit pun dah camne kan? huhuhu so pujuk lah hati sebab ni kot Allah tak bagi jumpa lagi.. tunggu dua2 okay dulu. tapi masa hari isnin tu pun pagi macam dah okay tapi nak ke tengah hari tu kepala dah jadi berat balik.. yelah demam on off. sekejap ok sekejap tak. drive pun slow je. tak pernah la aku drive 80km/j kalau jalan tak jem. haha tapi alhamdulillah..selamat jugak sampai kat Seremban.

dua hari dengan CintaHati buat macam takda ape je. buat2 macam okay je. huhuhu yelah beb. itu je peluang kau jumpa Suami takkan nak merengek2 sakit. hahaha tapi lepas hantar semula kat KLIA2 then menempuh jem yang sekejap tu memang terus collapse semula. hahaha sampai lah nak balik JB semalam..huhuhu kau bayangkan lah. selalunya sejam setengah sampai dah JB. tapi kali ni 3 jam baru sampai..slow gila aku drive kereta. hahaha alhamdulillah bila datang sekolah hari ni..dah tak rasa macam demam lagi. dah rasa okay.



aku rasa dah hampir sekarton air 100plus ni aku minum. hehehe sebab tu on off demam. nak telan VitC baru sedar sebotol yang baru tu aku tinggal kat Perlis. so telan 100plus ni je la..tapi dalam demam2 teruk ni banyak jugak sebenarnya pengisian masa cuti selain melepek atas tilam. haha nanti entri lain.





Friday, February 8, 2019

Aquaria KLCC

mungkin kedengaran macam kebudak2kan..haha tapi ini adalah wish aku. keinginan sekurang2nya pegi sekali sebelum ditelan bumi. bukan sudah nak buat aku happy. haha contohnya tengok gambar CintaHati. haa pagi2 dapat mesej 'morning sayang' ..cukup lah buat aku tersengih sepanjang hari. haha nak buat macam mana dari dulu obses dengan Suami sendiri. ya Allah jangan ditarik nikmat obses ni. haha tempat2 yang aku nak pegi as wishlist pun insyaAllah belum sampai ke luar negara lagi. cable car, kundasang, tasik taiping, akuaria , pulau kapas dan bukit tinggi. itu je pun.. haha bukan susah pun. ada dua tempat je lagi yang belum sampai. Bukit Tinggi dan Pulau Kapas. insyaAllah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki. kalau dapat pegi dengan CintaHati lagi best.

aku penah sekali cakap kat CintaHati aku teringin sangat nak pegi akuaria. aku nak dia bawak aku kesana. masa awal2 lepas kawen haritu tak jadi pegi. aku pun taknak sebab tak sempat dan rasa mahalnya..hahaha ye gaiss.. kalau mahal benda tu aku teringin sangat pun boleh jadi hambar. okay then aku tak sangka pulak masa g KL haritu CintaHati betul2 nak kesini.. hehehehe macam biasa..selagi tak sampai kau jangan nak eksited sangat..nanti kau yang sedih.. haha so wat lek wat peace.. then lepas check in hotel baru lah aku rasa okay gaiss ini REAL. hahaha bayangkan sepanjang perjalanan ke KL tu aku taknak fikir pasal akuaria pun. takot tak jadi. sedih beb. hati aku tisu tau. hahaha 

so bila betul2 nak pegi (perghhh citer tu macam nak dapat intan berlian kan? haha) dada ni macam nak pecah kau tahu? dia punya seronok tu macam nak melompat2 dalam Grab walaupun muka tetap hambar. hahaha control. on the way KLCC jalan clear.. clear gila. sebab cuti kan? orang ramai balik kampung kot.. tapi bila sampai area KLCC menanges lah kau dia punya jem pack tu.. hahaha so Grab berenti tepi jalan then melintas jalan la jawabnyeee...hihi itu pun dah pukul 3.30pm tau. berkejar nak ke kaunter tu okay.. haha yelah tak pernah pegi. so macam noob lah.

punya lah jauh berjalan nak ke kaunter tu aku rasa macam dah tak jejak lantai je masa berjalan tu. haha macam menari2 di awang-awangan dengan CintaHati. haha kau penah ke jumpa orang perasan lebih dengan suami sendiri macam aku ni? hahaha okey bila sampai kat area kaunter tu aku nampak dah orang beratur panjang.. fuhhh mengucap panjang beb. aku tanya CintaHati nak teruskan ke? dia kata alang2 dah sampai. ikutlah aku nak ke tak.. hihihihi emmm emmm ikutkan kebiasaan memang aku sanggup blah la. sebab menunggu lama2 ni memang bukan aku. aku sanggup tunggu CintaHati je. meehehehehe

so beratur lah kami.. dengan punya ramai manusia tu. aku pun lupa dapat masuk dalam tu pukul berapa. sebab memang macam puas jugaklah aku pujuk hati ni supaya bersabar. sekali nak sampai pintu masuk tengok pulak harga tiket. ya Allah.. mengucap panjang oii.. hahaha nasib baik lah kami ni warganegara.. itu pun kalau aku guna duit sendiri memang dah tak masuk la.. hehe aku sempat lah tanya Cintahati okay ke tak? hahaha rase bersalah pulak. tapi dia kata dah alang2 beratur lama kan.. haha kalau dia ajak balik pun aku okay je..OKAY KOT.. hahaha aku hentak2 kaki then pengsan kat situ. 





seronok...walaupun ramai gila orang tapi ada tempat2 ni memang lengang ..sebab tinggalkan je kawasan yang ramai orang sebab semua tengah jakun nak amik gambar kan..so biarkan..nak bagi berbaloi tengok satu2.. bagi dulu peluang orang bergambar.. then insyaAllah kalau ada rezeki nampaklah apa yang kita nak tengok..Suami kite rimas selfie banyak2 so bila panggil suh wifie kena amik banyak2 terus. later on boleh pilih. berdoa je la gambar cantik dan tak bergegar. hahaha amik peluang yang ada..tapi memang dalam tu sumpah panas gila. menjijis2 peluh ni. nasib baik pakai baju gelap.

cukup lah sekali seumur hidup datang sini. tapi kalau diajak pergi lagi memang takkan lepaskan peluang. hahaha cukup lah 44jam bersama CintaHati.. kena biasakan diri. hidup jauh macam ni. kalau ada peluang tu amik sikit masa untuk berdua. sebab bukan selalu. kalau hari2 jumpa takpa lah. boleh kongsi dengan orang lain. ini kalau jarang2 berhubung.. bila jumpa pun takleh berdua.. mana nak ada masa bersama? kan? nampak macam selfish tapi orang tak faham jiwa mengada macam aku. haha alah mengada sikit je pun. nasib baik family aku faham. MakAbah pun okay je. huhuhu pegi lah kemana pun berdua. BUKAN SELALU. 

okeh cukup lah entri yang panjang gila nih. membebel sorang2.. merakam kenangan.
hihihi

#terimakasihEnSuami




Thursday, February 7, 2019

Masa Berdua

termenung terkedu setiap kali tengok page AirAsia untuk cuti CNY ni.. huhu mahalnye lah hai... 3,4 ratus..rasanya sanggup lagi aku nak drive.. hahaha sayang punya pasal kau jangan sesekali cabar aku tau. aku sanggup drive. daripada aku naik bas memang aku lebih rela drive. sorang pun takpa. CintaHati pun kata sekolah dia tak cuti sebab takda budak cina pun. tapi cuti ni tak berganti kan? so kenapa perlu pilih untuk sekolah atau tak kan? hahaha takpelah..kita percaya je lah.

tapi tetiba CintaHati kata isnin tu sekolah dia cuti.. so ada masa cuti sabtu-rabu lah. CintaHati ajak jumpa di KL.. hahaha tak melompat pulak aku kan.. hihihii sebab dia kata nak naik bas. nope no jangan. aku terus tengok AirAsia. yelah kalau dari Penang or Alor Setar memang murah. yang mahalnye kalau nak kesana. logik kan.. orang nak balik kg.. mana ada orang nak beraya kat bandar. haha sekali tengok tket murah gila. paling murah tket nak ke KL. tak sampai rm60. hehe terus lah amik tiket pegi balik. tapi sadly tiket tu sabtu malam.. omaigad.. lamanya nak tunggu.. hmmm berendam air mata lah. yelah last jumpa masa sebelum naik sekolah haritu.. oh kita memang tak guna teknologi.. takda video2 call ni.. hahaha videocall anak bulus kat rumah je sebab dorang taktau cakap haha.

punya lah menghitung hari nak tunggu sabtu..dah siap2 bersiap semua tinggal masuk dalam kete je..sekali CintaHati kata cancel. fuh fuh.. tak tak. aku tak nanges. aku terus bukak baju..mandi.. ajak MakAbah makan.pastu tido.nope..aku tak cakap pape. aku senyap je. yelah tido kan mana ada orang cakap masa tido. haha kalau aku tak tido nanti macam2 aku fikir. haha time2 ni lah CintaHati keracunan makanan.. huhuhuhu yelah mungkin Allah dah plan benda yang lebih baik untuk kami kan. ada sebab benda ni terjadi. bukan saje2 atau disengajakan. aku kena redha. aku kena positif. aku sihat. aku tak sakit. aku kena lebih faham. so perasaan eksited yang telah berminggu2 aku kumpul tu hilang macam tu je. takde dah perasaan tu. HILANG. HAMBAR.

takpelah sakit kot.. bukan main2.. aku pun taknak la paksa2. jauh kot. bukan dekat2 sini. kalau tak kerana aku dah takda duit memang the moment dia cancel tu aku terus je drive kereta kesana. haha tapi nak buat macam mana. memang dah takda duit. sebab terpaksa dahulukan duit untuk benda lain. kesian kat CintaHati.. aku takleh lah dengar benda2 macam ni. pastu aku takleh buat pape. rasa tak berguna sangat. dia kata later on nanti dia akan datang jugak. aku cakap datang bila dah okay je. kalau tak ok takpa. alah bukannya nanti2 takleh jumpa kan. pastu CintaHati kata dah beli tiket bas hari isnin.pagi. hahaha kesian kot weh naik bas lama2 macam tu. tak sihat pulak tu. tapi dah beli kan.

aku doa je la supaya all went well.. nak eksited sangat pun selagi tak jumpa cool je dulu. wat lek wat peace. hehehee isnin kot gaisss.. sabtu tu eksited kau dah hilang dah berkecai. pastu ko nak tunggu isnin. nasib baik aku dah dididik untuk sabar sejak berbelas tahun yang lepas. so kita tunggu je.. dari 5 hari jadi 3 hari.. walaupun dah dekat nak maghrib baru dapat jumpa tapi bersyukur lah. dari takda langsung kan. ini pun dah cukup baik dah. dapat jumpa sehari pun dah cukup nikmat bersyukur untuk aku. kalau dapat videocall hari2 lagi baik. hahaa tapi sory memang takda. so kita simpan jela kenangan dalam ingatan dalam handphone..hari2 tenung je lah muka CintaHati tu.. bersyukur..bersyukur...

insyaAllah panjang umur nanti jumpa lagi..
tak tahu bila tapi soon..
mungkin dalam masa terdekat mungkin tidak.
mungkin lama lagi?
kita tak tahu..
tak rancang pun..
tunggu je kata putus CintaHati.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...