cuti seminggu baru2 ni memang seksa menanggung ditariknya nikmat sihat. huhu hari last day sekolah khamis tu memang dah rasa tak sedap badan je.. huhu masa drive balik kampung khamis tu memang tawakal je la oi.. nasib baik ada Nurul. kalau sorang2 ntah sampai ke tak. sanggup aku masuk dalam amik Nurul ngan anak baru untuk MakAbah. haha Nurul kata suruh panggil Lulu sebab mata dia Blue. haha macam takda kaitan kan? layankan aje..
risau pikir camne nak jumpa CintaHati nih tapi mungkin sempat okay kot dalam dua hari kan? haha masa sepatutnya amik CintaHati hari sabtu tu pun aku pening pikir camne nak bertahan drive sampai KLIA2 nih.. sanggup kot tak bawak MakAbah pegi keje kawen kat Taib Andak sebab memang tak larat gila. nak simpan tenaga nak pegi amik Suami tercinta. hahaha sekali tak jadi amik. padan muka kau Saz. hahaha tapi aku duk fikir jugak kalau aku dapat sampai KLIA2 dengan kepala nak pecah macam tu aku memang boleh kagum dengan diri sendiri. cinta boleh buat kau lupa sakit.
tapi nak buat macam mana. kalau pegi jugak memang takda sape pun yang nak dijemput kat KLIA2 tu.. hihihi so sebab tu lah bila CintaHati cancel aku terus mandi terus tukar baju. kalau dua2 sakit pun dah camne kan? huhuhu so pujuk lah hati sebab ni kot Allah tak bagi jumpa lagi.. tunggu dua2 okay dulu. tapi masa hari isnin tu pun pagi macam dah okay tapi nak ke tengah hari tu kepala dah jadi berat balik.. yelah demam on off. sekejap ok sekejap tak. drive pun slow je. tak pernah la aku drive 80km/j kalau jalan tak jem. haha tapi alhamdulillah..selamat jugak sampai kat Seremban.
dua hari dengan CintaHati buat macam takda ape je. buat2 macam okay je. huhuhu yelah beb. itu je peluang kau jumpa Suami takkan nak merengek2 sakit. hahaha tapi lepas hantar semula kat KLIA2 then menempuh jem yang sekejap tu memang terus collapse semula. hahaha sampai lah nak balik JB semalam..huhuhu kau bayangkan lah. selalunya sejam setengah sampai dah JB. tapi kali ni 3 jam baru sampai..slow gila aku drive kereta. hahaha alhamdulillah bila datang sekolah hari ni..dah tak rasa macam demam lagi. dah rasa okay.
aku rasa dah hampir sekarton air 100plus ni aku minum. hehehe sebab tu on off demam. nak telan VitC baru sedar sebotol yang baru tu aku tinggal kat Perlis. so telan 100plus ni je la..tapi dalam demam2 teruk ni banyak jugak sebenarnya pengisian masa cuti selain melepek atas tilam. haha nanti entri lain.
No comments:
Post a Comment