banyak benda yang jadi masa cuti baru2 ni walaupun demam teruk tapi itu tak menghalang untuk kesana kesini. haha bukan lah berjalan sakan..tapi takdalah sehari suntuk terperap kat rumah. cuma tak berjalan jauh sangat lah.
1. Adegan penculikan Lulu
disebabkan MakAbah rasa macam sunyi je sejak anak2 dengan anak bulus dah takda kat rumah so kteorg decide nak tambah lagi anak bulus Abah. so takdelah dengar yang kat rumah tu meraung sekor2. Nurul dah jadikan Lulu hostage sedari pagi lagi. dia cakap Lulu tak berapa sebulu dengan adik beradik dia yang lain so macam harus diculik. hahaha
2. Adegan Eyong lari dari rumah
sabtu pagi tu MakAbah ngan Nad pegi kenduri kawen kat Taib Andak. so aku decide nak vakum dan mop lah rumah. kemas2 sket ape yang patut.. rimas dengan bau eyong tu. sekor je tapi bau hancing satu rumah. haha pastu ape lagi budak ni amik la kesempatan. selalu meraung2..sekali senyap sunyi. sekeliling rumah cari takda. omaigad...ah sudah. padahal pagi sebelum kemas tu baru je lepas slowtalk. cis betrayer!! nasib baik petang tu balik semula. kalau tak memang aku ni putus sedara agaknya. haha tak pasal kena BODOH. memang bodoh pun aku jaga dia beria macam orang bodoh.
3. Buat titi sawah
disebabkan tak jadi amik CintaHati hari sabtu tu so ahad takda aktiviti lah. so MakAbah ajak ke sawah. bukan sawah kami tapi sawah atok. Abah nak buat titi so senang sikit la nak menyeberang. takdelah kena jalan jauh. haha macam besar sangat lah projeknye. tapi ok lah dari takda. sambil2 tu tebas2 sket lalang.. selfie2.. haa macam biasa lah. haha keluar peluh sket..
muka sembab.. eh eh mana ade nanges Suami tak jadi datang. tak nanges lah. tu muka demam. hihihi
5. Ambil sijil nikah
settle kat sawah main2 sentuh2 tanah kami gerak ke Pejabat Agama Tangkak sebab nak amik sijil nikah. haha haritu pegi tak siap lagi. alhamdulillah dah ada sijil nikah yang betul. bukan sementara. hihihi rupanya ade dua salinan.. satu pink satu biru.kih3 noob tak tahu.
6. Ke Sawah Lagi
hari isnin tu kami pegi ke sawah lagi sebab MakABah nak tunjuk kat atok titi yang baru buat ngan sawah yang baru tanam anak padi. pagi tu pun saje g pasar awal kononnye ikan tengah banyak la..lagipun nak CNY kan..nak buat stok sebab nanti takut tempat beli ikan yang biasa tu tak bukak pulak. pastu cari roti canai sebab semua dah lama tak makan roti canai. haha lepas bawak atok g sawah g makan pulak. lepas lunch tu balik tido jap sebab petang nak pegi amik CintaHati..mehehehehee
7. Menjemput Suamiku Sayang kat Seremban
dah lama tak pegi seremban..rasa janggal pulak..huhu tapi kerana SuamikuSayang kugagahkan jua.. surprisingly jalan tak jem langsung okay..haha tapi sebab kepala ni macam nak pecah aku drive 80km/jam je beb.. haha baik sungguh pekerti aku. slow slow aku bawak..lagipun nak lengahkan sikit masa la sebab bas CintaHati masuk KL dulu.so macam lambat sikit lah.. alhamdulillah walaupun ada salah masuk lorong salah jalan sebab ada lorong yang tutup aku selamat jugak sampai kat Terminal One Seremban. haha dah 7 tahun tak kesana weh..lemah kepala lutut ni haha. sorang2 kan..nasib baik elok je sampai CintaHati pun sampai jugak. so tak tunggu lama lah. pastu g makan kat Tesco dan terus balik rumah..hihi alhamdulillah tak jem jugak.mungkin sebab orang dah lama sampai kampung.. malam makan besar kan..takda gambar berdua sebab ekcited sangat SuamikuSayang ada kat depan mata.. ada kat sebelah. AKHIRNYA!!! Terima Kasih ya Allah.
8. Cendol dan Soto kegemaran!
bila SuamikuSayang nak makan soto ni rasa nak melompat seronok je. haha sebab memang taknak pegi sini sebab nanti terbayang2 En.Suami. nanti tak tertelan pulak. kena makan bila ada dia lah. haha gedik kan? lepas makan ni melawat pulak CikJamal. hmmm rasa tak sampai hati je tengok dia sekarang. aku harap semangat dia kuat lah. so badan dapat tahan. ya Allah permudahkanlah semuanya untuk dia. lepas tu balik rumah lepak jap sebelum gerak ke KL..mengempeng jap. hahaha gedik lagi.
9. Akuaria KLCC
hai hai yang ini sudah ada dalam entri Akuaria KLCC hihihi
10. Favorite Hotel sudah upgrade yeayyy!
baru je 3 kali menginap kat hotel ni..tapi dah rasa macam 3rd home pulak. haha best kat sini sebab senang parking..harga pun mampu milik. dekat dengan SunwayPutra..sebelah je PWTC. boleh la sesape nak try tido kat sini.. dekat dengan macam2 benda best.. syok oh LEO PALACE HOTEL.. masa check in tu tak perasan sebab nak cepat berkejar ke Akuaria KLCC kan.. so bila balik semula ke hotel ni receptionist tu bagitau ada kolam renang baru buat. haha baru sangat. sebab last time pegi Disember lepas takde pulak. and otw ke kolam renang tu i discover this amazing view gaisss... cantik giloss ! dan bila sampai kat kolam renang tu lagi la view dia masyaAllah cantik gila!!! tingkat atas sekali tau..nyaman.. time ni takda orang langsung.. tapi takda bawak baju or seluar yang sesuai. so tak dapat la berdating dalam pool. hahaha
cantik gila kan...? |
11. Makan di SOGO
so the next day tu pukul 11 baru check out hotel.. haha tak sedap badan betul sebab semalam dah all out haha badan macam boleh tahan tapi sebenarnya lemah betul. haha berdiri tunggu lama dengan bersesak dalam Akuari KLCC tu dah mampu buat aku collapse dari malam sampai ke pagi. haha teruk. so mengempeng je la pagi tu dengan SuamiKuSayang yang dah nak balik petang tu... sob sob.. sedihnya bila setiap kali nak hantar ke airport. kenapa lah perlu ada moment2 macam ni. so bila pukul 11 baru keluar memang perut tu bergendang2 lah..satu tempat je yang aku duk terfikir dari pagi masa bangun tu. nak g SOGO! hahaha SOGO SOGO! SuamiKuSayang pun kata nak makan nasi padang. so kesana lah kami. yeayyy! dan tak disangka2 ada tempat macam ni kat foodcourt SOGO tu.. omaigad noob nye aku. haha
12. Pasar Malam Jalan TAR
aku serius tak faham sebenarnya kenapa nak dihapuskan pasarmalam Jalan TAR nih.. legend kot.. dan boleh jadi keunikkan lagi2 kalau nak raya tu. nasib baik aku pernah rasa semua pengalaman bersesak2 kat sni. dulu time2 jalan belakang kedai ni lagi teruk okay. dengan jalan berlubang berlekuk.sempit pulak tu. sekarang dah cantik kot..selesa. tak busuk. patut nye kena lah lagi teruskan. macam dah jadi budaya. tapi yelah. kita ikan bilis je. haha kau ingat orang hadap sangat ke nak beli yang kat dalam kedai tu? memang tak laaa.. seronok tau jalan kat belakang ni sekarang. rasa selamat rasa bersih je. haha jemput lah datang.
13. Menghantar CintaHati Pulang
seronok ler orang tu nak balik.. kite ni yang berendam air mata. takpelah. adalah tu hikmahnya nanti. kali ni tak lepak lama pun sebab baru makan kat SOGO. so sampai airport then g checkin kat mesin jalan2 jap (memang jalan lah..kan besar KLIA2 tu haha) then terus balik. itu je.
14. Jem Jem Jem
memang seronok lah drive pegi balik KL tahun ni. sebab melawan arus kan..so hampir takda jem. yang sikit2 tu biasa lah jem kat AES. haha rakyat Msia ni bawak kereta memang macam takda hari esok. tapi kalau sampai kamera AES tu orang joging pun boleh potong speed kereta..masa otw balik tu seronok tengok jem menghala ke KL.. hahaha memang bumper to bumper lah sedari Bukit gambir sampai ke KL. hohohohoo bertabah la dorang tu memang takda surut langsung. aku pun bawak kereta dengan tenang tengok kereta tersusun kat jem tu. huhu
15. Outing Big Family
haritu Fariz cakap tak jadi balik masa CNY..sekali masa tengah makan kat SOGO die mesej send gambar Mak kat dapur pulak. ciss dah sampai kampung rupenya. kuang asam. senyap2 je. pandai dah sekarang. dulu takot nak buat surprise . takot tak berkat perjalanan..hahaha so aku dengan baru menempuh jem tu dengan mata barai ikutkan je lah orang da ajak keluar makan..tapi dia payung lah. haha aku dah takda duit. tengok muka pun nampak tak semengah mana kan. haha cuba kedai makan baru. kedai member dia. okay lah makanan.. sebab lapor kan..so abes semuanya. haha
16. Belanja 1st Gaji
ada orang tu nak belanja makan jugak. haha 1st gaji yang valid katanyer..layankan.. so hari khamis tu lepas asar gerak lah. penuh satu kereta. haha nak makan kat kedai favorite orang yang belanja tu tapi kedai tutup pulak.. so dah alang2 menghala ke Muor tu teruskan ajelah ke sana sebab ada budak merengek2 nak pegi TanjongMas. layankan jugak.. so lepaklah kejap kami kat sana tu.. then makan kat area2 situ jugak. tapi bukan kat foodcourt TanjongMas tu. yang tu memang reject. ada satu kedai makan kat area trafficlight jalan kat dalam2 sket. lupa nama tempat tu. so makan kat situ je lah. sedap jugak. paling sedap Bakso dia. nyumnyumnyummmm
17. Lulu Mandi Minyak
budak kecik ni tengah seronok mereroka dunia..dapur tu boleh buat dia bahagia..hahaha setiap ceruk dapur dia pegi. klau tolong basuh pinggan mangkuk takpe jugak. haha bersepah kan lagi adalah. semua nak di pegang semua nak di cium. tengok2 tercium minyak dalam kuali. kalau termasuk dalam kuali memang aku goreng terus budak ni. haha cis. nasib baik MakAbah dan tido. kalau tak memang siap budak ni kena jentik telinga. dah tak pasal2 kuning muka kaki tangan. pastu muka tak bersalah. mesti dia ingat aku dah tido. terbeliak muka tengok aku still alive. haha tak pasal2 kena mandi malam2 hahaha padan muka kau budak..
haaa tu je lah kot aktiviti cuti CNY kali ni. hahaha tak banyak pun. biasa2 je.. kiranya kali ni takda lah tido 24jam. hahaha tengok lah ape pulak yang jadi cuti sekolah bulan 3 nanti.
sekian..
No comments:
Post a Comment