termenung terkedu setiap kali tengok page AirAsia untuk cuti CNY ni.. huhu mahalnye lah hai... 3,4 ratus..rasanya sanggup lagi aku nak drive.. hahaha sayang punya pasal kau jangan sesekali cabar aku tau. aku sanggup drive. daripada aku naik bas memang aku lebih rela drive. sorang pun takpa. CintaHati pun kata sekolah dia tak cuti sebab takda budak cina pun. tapi cuti ni tak berganti kan? so kenapa perlu pilih untuk sekolah atau tak kan? hahaha takpelah..kita percaya je lah.
tapi tetiba CintaHati kata isnin tu sekolah dia cuti.. so ada masa cuti sabtu-rabu lah. CintaHati ajak jumpa di KL.. hahaha tak melompat pulak aku kan.. hihihii sebab dia kata nak naik bas. nope no jangan. aku terus tengok AirAsia. yelah kalau dari Penang or Alor Setar memang murah. yang mahalnye kalau nak kesana. logik kan.. orang nak balik kg.. mana ada orang nak beraya kat bandar. haha sekali tengok tket murah gila. paling murah tket nak ke KL. tak sampai rm60. hehe terus lah amik tiket pegi balik. tapi sadly tiket tu sabtu malam.. omaigad.. lamanya nak tunggu.. hmmm berendam air mata lah. yelah last jumpa masa sebelum naik sekolah haritu.. oh kita memang tak guna teknologi.. takda video2 call ni.. hahaha videocall anak bulus kat rumah je sebab dorang taktau cakap haha.
punya lah menghitung hari nak tunggu sabtu..dah siap2 bersiap semua tinggal masuk dalam kete je..sekali CintaHati kata cancel. fuh fuh.. tak tak. aku tak nanges. aku terus bukak baju..mandi.. ajak MakAbah makan.pastu tido.nope..aku tak cakap pape. aku senyap je. yelah tido kan mana ada orang cakap masa tido. haha kalau aku tak tido nanti macam2 aku fikir. haha time2 ni lah CintaHati keracunan makanan.. huhuhuhu yelah mungkin Allah dah plan benda yang lebih baik untuk kami kan. ada sebab benda ni terjadi. bukan saje2 atau disengajakan. aku kena redha. aku kena positif. aku sihat. aku tak sakit. aku kena lebih faham. so perasaan eksited yang telah berminggu2 aku kumpul tu hilang macam tu je. takde dah perasaan tu. HILANG. HAMBAR.
takpelah sakit kot.. bukan main2.. aku pun taknak la paksa2. jauh kot. bukan dekat2 sini. kalau tak kerana aku dah takda duit memang the moment dia cancel tu aku terus je drive kereta kesana. haha tapi nak buat macam mana. memang dah takda duit. sebab terpaksa dahulukan duit untuk benda lain. kesian kat CintaHati.. aku takleh lah dengar benda2 macam ni. pastu aku takleh buat pape. rasa tak berguna sangat. dia kata later on nanti dia akan datang jugak. aku cakap datang bila dah okay je. kalau tak ok takpa. alah bukannya nanti2 takleh jumpa kan. pastu CintaHati kata dah beli tiket bas hari isnin.pagi. hahaha kesian kot weh naik bas lama2 macam tu. tak sihat pulak tu. tapi dah beli kan.
aku doa je la supaya all went well.. nak eksited sangat pun selagi tak jumpa cool je dulu. wat lek wat peace. hehehee isnin kot gaisss.. sabtu tu eksited kau dah hilang dah berkecai. pastu ko nak tunggu isnin. nasib baik aku dah dididik untuk sabar sejak berbelas tahun yang lepas. so kita tunggu je.. dari 5 hari jadi 3 hari.. walaupun dah dekat nak maghrib baru dapat jumpa tapi bersyukur lah. dari takda langsung kan. ini pun dah cukup baik dah. dapat jumpa sehari pun dah cukup nikmat bersyukur untuk aku. kalau dapat videocall hari2 lagi baik. hahaa tapi sory memang takda. so kita simpan jela kenangan dalam ingatan dalam handphone..hari2 tenung je lah muka CintaHati tu.. bersyukur..bersyukur...
insyaAllah panjang umur nanti jumpa lagi..
tak tahu bila tapi soon..
mungkin dalam masa terdekat mungkin tidak.
mungkin lama lagi?
kita tak tahu..
tak rancang pun..
tunggu je kata putus CintaHati.
No comments:
Post a Comment