Tuesday, June 11, 2019

RAYA 2019 : 5TH SYAWAL

ahad tu hari last raya sebelum esok mula kerja. bukan senang dapat cuti free2 macam ni. ahad pulak tu. disebabkan Fariz masih lagi cuti so kami decide pegi beraya ke JB lah. on the way tu hantar barang Nurul kat rumah dia dulu. kami pegi dua kereta lah. sebab selasa Nad ada interview kat UTHM. so aku, Nurul, Nad stay JB. MakAbah balik dengan Fariz. gerak pun dah lambat. macam biase lah kan budak2 tu. 10.30 baru nak gerak. ahad kottt kan orang tengah sibuk2 nak balik. haishh kami lalu dalam masuk kat YongPeng. sebab malas nak lalu jalan yang sama keluar masuk AyerItam.

teruknya muka takda filter hahaha

sejam lebih baru sampai. fuh kali ni biar Nurul yang drive sebab aku tak mampu nak drive dah. mata takleh nak bukak. haha sembab. alergik kot makan durian sikit sangat. hahaha ingat nak lepas mamak jap breakfast tapi mampu beli air kat mamak je. haha u know y kot. huhu then tetibe Fariz ajak beraya kat rumah lecturer dia. which is lecturer Nurul jugak. so pegi lah kami ke rumah lecturer dorang tu kejap. then baru pegi hantar barang Nurul kat rumah dia. so esok tak payah bawak banyak barang. bawak mana yang perlu je. 

jem teruk oii

next rumah is rumah CikEdon kat Senai. tahun ni tak singgah Benut sebab Fariz nak kejar masa pegi beraya rumah kawan dia kat Dato Onn satu taman dengan WakBauk. pukul 3 kau baru sampai kat Senai. hahaha berjanjinya lepas Zohor kononnya... jem oiii jem teruk gila. sampai 4 kali jem. 2jam setengah nak sampai Senai. padahal dari ParitRaja tu selalunya sejam lebih je. tapi takpelah kasi tuan rumah rest2 dulu sebab baru balik dari kampung. alhamdulillah rezeki lunch makan lauk raya.. heheheh sempat tu masak macam2.. 

yummeh

dalam pukul 4 lebih kami gerak pegi Dato Onn pulak. pegi rumah WakBauk. Fariz dah gerak dulu sebab dia nak beraya kat rumah kawan dia. jalan tak jem sangat tapi ada banyak kereta lah. sampai dalam pukul 5 lebih. hahaha tadi dah sampai Senai lewat kan so lewat jugak la sampai ke Dato Onn. nasib baik jalan memang celah gigi je so takda sesat lah. cuma kali ni pak guard cerewetnya ya ampun.. huhuhu bengang pulak rasanya. nasib baik ada pengubat hati NasiKerabu. homemade okayyyy memang langkah kanan. syok hingga menjilat jari.

seronok la kat bandar pon ade garden

so lepas makan2 borak2 lepas amik anak benih pokok bunga yang guna untuk masak NasiKerabu tu kami pun mintak diri nak gerak balik. MakAbah balik Serom dengan Fariz. Nad ngan Nurul ikut aku sebab kami ada mission lain. hahahaha yang tak berapa nak berjaya pon..excited je lebih. maghrib baru kami sampai rumah. nasib baik tak jem langsung. memang time2 tu jalan tak banyak kereta sangat. kalau lepas maghrib mau menangis laaa

Bubur Ayam Galeria yang tersedap yummeh jugekk

okay esoknya isnin lepas sekolah kami pegi ke GaleriaKotaraya untuk buat passport Nurul. haa tu lah antara agenda kenapa dia nak stay kejap kat JB. but sadly sebab pegi dah lewat kan so tak dapat nak buat. ramai sangat orang sampai habis nombor. ramai la pulak orang. mungkin amik kesempatan masih cuti tapi pejabat kerajaan dah bukak kan. tapi tulah. lupa pulak nak cari mana2 UTC lain yang tak ramai orang macam kat Kulai ke kan. yelah ingatkan dah satu jalan nak pegi larkin kononnya.. hahaha sudahnya.. memang tak dapat laaa. takpelah nanti Nurul buat la sendiri kat BatuPahat.


adik naik bas ekspress uollss

so bila tak jadi buat passport tu kami terus lah ke Larkin. dapat tiket terus. tapi sempat la beli Ice Latte jap kat McD. then pass kat dorang then dorang terus pegi dekat bas. kami pun balik lah dengan berhujan selebat2 nya.. hahaha kalau hantar orang kat Larking mesti hujan lebat. kebetulan betul lah. panjang pulak lah bebel kali ni. taip punya taip dah berapa perenggan dah ni.. hahaha

IceLatte + ChocolatePie


Monday, June 10, 2019

RAYA 2019 : 4TH SYAWAL

Selamat Hari Raya 


hai haii kami baru nak beraya !! hahaha so macam biasa la pagi2 bersiap. cuma bezanya takda masak2 lauk raya lagi sebab semalam dah puas makan kan.. so pagi ni start dengan rumah AtokAbah. masa kami sampai ingatkan Atok sorang je. alhamdulillah ada WakBauk sekeluarga kat rumah tu. so lepak jap lah kat rumah Atok. kami memang jarang lepak lama kat rumah AtokAbah.. kenapa entah. haha tak pernah tunggu sampai ada orang datang beraya. yelah ada rumah sendiri dekat kan.. lagipun bagi chance orang jauh2. sempat la deal ngan WakBauk nak datang rumahnya esok hari. hehehe dah terlanjur nak balik JB kan. oh ye kali ni ahad baru balik JB sebab dapat cuti tambahan sehari. yeay !


lepas tu mintak izin ngan atok nak g rumah WakNiah aka WakLong. hihihii meleleh air liur ni duk ternampak post2 gambar kek je. melampau tau. haha saje nak mengundang. nasib baik sampai2 ada lagi semua tu. hahaha rumah ni special sket. semua homemade.. yummeh pulak tuuuuu  langkah kanan siap ada mee goreng lagi. elok ler siap sarapan haha. tak sia2 keluar rumah perut kosong. murah rezeki tuan rumah.


ini yang aku kejar haha

alhamdulillah dapat jugak yang ni

kat rumah WakLong

pastu pegi rumah CikIpah pulak. call tak angkat tapi nekad je lah redah je. sampai2 je nasib baik ada tuan rumah. semerbak harum satu rumah bau makanan.. hahaha alhamdulillah rezeki lagi.. lama gila tak jumpa CikIpah ni.. rindunya alahaiii rumah punya la dekat tapi nak jumpa tu macam duduk negara lain. haha



kat rumah CikIpah
lepas siap makan terus gerak pegi dua majlis kahwin. satu kat dewan Serom6. majlis anak mantan ketua kampung . pastu kat mana ntah satu lagi tu lupa nama tempatnya. haha tempat aku tahu. tapi nama tempat tu ada masalah sikit. so lepas dua rumah tu terus la pegi rumah AtokMak pulak. takda orang jugak hihi.. budak2 tu makan la lauk raya Atok masak baru. aku dah tak mampu. mampu tengok je. mampu pegang2 Ateen je. hahaha

kat rumah AtokMak

seronok ko eh Ateen kalau MakSu yang pegang
kalau dengan MakLong kemain kekwat muka
lepas tu pegi rumah WanDin pulak. sebelah rumah je pun.. hehehe makan2 kuih. amik2 gambar.. jalan2 kaki. rasa lah jauh sikit. 

kat rumah WakDin

dah lepas lepak2 jap rushing pegi rumah CikJamaliah pulak.. ni pun dah lewat petang. bila call ada kat rumah. terus lah pegi. sampai2 baru tahu dia baru balik dari hospital. kalau tahu tak singgah. kesian pulak kat dia tengah penat2. kat rumah CikJamal tak lama kejap je. tak sampai hati pulak nak lepak lama2. sebelum maghrib dah gerak balik.. nak simpan tenaga esoknya nak balik JB huhuhuu
kat rumah CikJamal


bersendirian di pintu keramat. ingatkan dapatlah bergambar berdua dengan Suami kat sini.. hmmm kena simpan lah untuk lain kali. insyaAllah..

maka settle lah beraya untuk tahun ni. walaupun tahun ni tak dapat beraya kat rumah sedara mara jauh tapi takpelah. dapat beraya dengan MakAbah pun dah cukup baik. alhamdulillah.. walaupun Suami nun jauh disana. huhuhu







RAYA 2019 : 3RD SYAWAL

aku balik Serom raya ke3. aku balik sorang2 naik flight dari KLIA. Suami tak ikut. Suami cakap cuti pendek. lagipun  puasa haritu dah balik kejap. ikut lah mana yang selesa bagi dia. aku pun beli awal dah tiket ni tak tau pun cuti sampai ahad rupanya. huhu kami gerak dari rumah dalam pkul 6.30pagi. sebab nak kejarkan waktu boarding 7.30pagi. nasib baik sempat sampai ontime. aku pun takda duit nak beli tiket lain. hihihi memang time tu 0 sen dalam purse. serius satu sen pun takda ni. selamber je naik flight dari Alor Setar ke KLIA2 dengan takda satu sen pun duit dalam purse. lagipun tiket semua dah bayar kan.. memang bawak diri je lah. flight memang ontime. sampai pun alhamdulillah ontime. 

pagi yang hening.. orang lain sedap tido.. aku pulak dah kena gerak ke airport. huhu
nasib baik tak jauh sangat berjalan. haha untungnya flight pagi. insyaAllah tak delay.

takda satu sen pun. ATM pulak jauh.. fuhfuhfuh
jarang2 sekali airport lengang.. huhuhu raya ke3 orang belum sibuk nak bercuti kot.. aku je gedik nak balik. haha


grab dah sampai. hahaha


Fariz amik kat KLIA2. akhirnya terbuka mata dia untuk gerak balik Serom raya ke3. haha so otw tu boleh la amik aku kat KLIA2. dia pun dah separuh jalan sebab hari sebelum tu dah beraya dekat2 area tu je. bukannya terus dari Taiping. disebabkan flight sampai ontime, aku kena la tunggu Fariz dalam 40minit kot lebih kurang macam tu lah. takda duit langsung kan so terus je la standby kat pintu keluar tuh. tak dapat la nak minum2.. lagipun mahei hahaha atm jauh. malas. boleh jimat duit yang dah sendu tu untuk balik JB. 

Kami terus gerak balik Serom bila Fariz sampai tu. takda singgah kat mana2 pun. cuma singgah RNR lah sebab Ateen nak tukar pampers. RNR full gila pulak kan musim2 raya nih. nasib baik lah dapat jugak tukar. ada jem sikit2 tapi tak teruk mana lah. sebagai penumpang kat belakang jem ke tak sama je bagi aku. hahaha takda rasa terbeban pun. fefeeling naik grab haha. walaupun penuh dengan barang Ateen.

betul2 juadah raya okey

HarumManis Perlis

KetupatPalas
sampai2 je rumah MakAbah dah masak rendang daging dan segala jenis lauk raya. haha baru nak raya katenyer.. alahai.. excitednya.. siap dah masak semua. memang betul2 lauk raya. rendang, ketupat, kuah lodeh.. huhuu dah alang2 masak banyak tu ajak la adik beradik datang beraya kat rumah.. hehehee meriah uollss.. dengan penat tak habis lagi. hadap je lah. nama pun raya.. sampai ke malam.. huhuhuhu 






sampai ke malam fullhouse. alhamdulillah..
settle hari ke3 Syawal.. nanti sambung next entry for 4th Syawal.





Friday, June 7, 2019

RAYA 2019 : 2ND SYAWAL

syawal kedua masih di Perlis. kali ni masak menu soto pulak.. start lambat sikit lah sebab masih penat semalamnya kan..aku pukul 2 baru tido. berdengkur entah dah macam ape pun taktau lah. penat gila. aku tak pandai sangat masak tapi boleh la setakat nak makan. masak pun tak banyak sangat taktau orang suka ke tak kan. kalau kat Serom memang masak periuk besar memang tahu akan licin. ngeh3 google je la semuanya.. yang aku kagum ngan diri sendiri tu aku mampu buat begedil. hahaha gigih kan? selalunya orang lain yang settle benda tu. 

alhamdulillah walaupun lambat dekat pukul 3 baru siap semuanya tapi ok lah. yang bestnya bila tengok orang makan.. kita nak makan dah tak selera dan sebab dah penat. mana yang lebih tu kak ipar tapau bawak balik lah sebab malam tu pun dah tak larat aku nak makan.. sebab nak berkemas lagi esok paginya terus nak balik Serom. yang pasti siang tu memang tak kemana2 lah. dah lepas maghrib baru siap2 pegi beraya. dua rumah je tapi bersiap tu macam nak pegi 10 rumah. haha yelah 1st time raya rilex2 duk kat rumah walaupun agak huru hara tapi yang penting tak keluar rumah sangat.



memang la sedih nak balik Serom tapi nak buat macam mana tiket dah beli. hihi nak jugak beraya dengan family serom tapi tahun ni balik sorang je la.. suami tak ikut. masa suntuk sangat katenyer. takpelah.. ramai orang beraya nak tengok suami.. kalau ikut balik serom 2,3 hari kesian kat orang yang datang tu.. aku takpe. jarang orang beraya nak jumpa aku. haha ada ke takda sama je. cukuplah sampai sini untuk hari kedua syawal di Perlis. jumpa next entry. hahaha 






RAYA 2019 : 1ST SYAWAL

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin



Raya tahun ni berbeza sikit.. eh sebenarnya banyak. banyak yang berubah. tahun ni #teamrayaperlis sebab yelah Suami kan orang Perlis. so tahun ni start raya sana lah. ada giliran ke takde? entah kita tengok tahun depan macam mana. insyaAllah maklumlah sejak status dah berubah ni kita kena fikir tentang ramai orang. takleh fikir pasal diri sendiri je. status jadi bini orang je. mak orang belum lagi.  kita tunggu Suami cakap apa then kita plan ikut apa yang sesuai. maka beraya lah kami di Perlis. Fariz pulak #teamrayaperak hahaha maka tinggallah MakAbah dengan anak dara dua orang tu. alhamdulillah all went well.. 

sedih ke? mesti lah sedih dah 30 tahun beraya dengan keluarga sendiri. ni tahun pertama beraya dengan keluarga baru. pertama kali beraya dengan Suami. pertama kali minta maaf dosa bertimbun2.. hahaa yelah dosa ngan MakAbah mintak maaf pastu buat lagi hahaha walaupun aku sendiri tak pasti apa je dosa aku buat.. tapi sejak kawen ni asik rasa berdosa je. asik rasa banyak buat salah je. asik rasa serba salah je. takda benda yang betul. yelah aku ni bukan orang yang baik. asik buat salah je. manusia kan. bukan malaikat. 




memang takda amik gambar adegan salam2 minta maaf dengan suami sebab takda pun buat macam tu. sempat bersalam kat dalam bilik je lah lepas balik solat tu masa bukak telekung. yelah nak salam2 sebelum solat dah amik air sembahyang kan. tahun ni 1st time raya takda dapat langsung duit raya. haha so sad.. nasib baik Fariz dah bagi tapi tu duit puasa la sebab bagi masa Ramadhan hahaha kononnya nak #teammerahcili tapi baju tak muat la pulak. hahaha saiz XL mana sis muat. huhuhu nasib baik bawak blause lebih. warna merah. kalau tak beraya bra merah je la jawabnya. tapi ok lah kira merah terang la jugak tu. sepadan la walaupun Suami macam tak redha je. huhu




lain sikit lah bila beraya kat rumah orang nih. pagi2 tu macam biasa SolatSunatAidilfitri. sebelum pegi masjid tu dah siap2 masak menu raya pertama NasiDagingUtara. kira macam masak 1st batch lah.. haa tu yang lainnya. selalunya kat Serom pagi raya tu dah tak bz masak sebab dah masak awal2.. kira tinggal hangatkan je lah lauk tu. so pagi tu free dah tak buat pape.. siapkan mana yang patut je. bila balik solat tu sambung masak lagi siapkan mana yang patut. basuh pinggan mangkuk yang dah guna semua. sebab nak guna semula lah nanti orang datang lagi. so agak bz lah.




sempat beraya dua rumah je kot yang jiran2 terdekat. pastu balik rumah semula sebab ada orang datang beraya. bezanya dengan Serom kteorg yang gerak kesana sini beraya rumah atok ngan sedara mara. tapi kalau kat KualaPerlis tu kami yang tunggu orang datang. Mak paling risau aku ni tak boleh minggle dengan orang. yelah dalam adik beradik aku ni yang terpaling tak mesra manusia. hahaha memang lah aku tak boleh tapi aku tebalkan muka je. buat macam dah kenal lama. kalau orang tu ok aku pun ok lah. nasib baik cikgu . hehe kalau tak memang awkward lah tak reti bergaul. 

tapi tu lah. kiranya duk tunggu orang datang rumah je lah. kalau kat Serom dah 5,6 rumah kteorg beraya kadang sampai ke BatuPahat. entahlah aku ni memang jenis tak bergaul tapi aku suka beraya rumah orang jumpa sedara mara. tapi tak reti nak bercakap. hahaha bukan sebab tak reti cakap jawa. tapi sebab tak tau mana nak mula. setakat kau speaking jawa tu takda hal lah. mungkin kalau exam result lebih baik dari BM haha. 

malam raya dah VideoCall MakAbah kat Serom. sebab dah dapat agak 1st Syawal mesti line tak ok. memang betul pun. jangankan VideoCall nak call pun tak lepas. hehe tengok gambar raya pun tak ceria je muka.. takpe lah MakAbah.. kan boleh VideoCall.. insyaAllah Akak ok jer hahaha berkat doa MakAbah.. doakan Akak jadi isteri dan menantu yang baik. sentiasa rajin tolong tanpa merungut.. ringan tulang tak berkira. sentiasa hormat orang. cukup dah tu. 

Maafkan salah silap samada dalam sedar atau tidak.
semoga hidup kita sentiasa dalam rahmat Allah..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin




Tuesday, June 4, 2019

RAYA 2019 : KETUPAT PALAS

aku bukan lah sangat orang yang suka makan 'lauk raya' time raya. haha sebab aku suka masak 'lauk raya' masa hari2 biasa pun. rendang is one of my all time fav. bila rasa nak makan aku akan masak. so bila time raya tu jadi tak heran. haha banyak2 'lauk raya' paling less fav is ketupat nasi. sebab tu biasanya raya2 pun Mak masak nasi. bekos aku akan makan nasi instead of ketupat. kalau takda pun takpe. aku makan lauk je. ketupat nasi tu satu dua je boleh la telan. 

aku tak berapa suka lemang tapi aku memang suka ketupat palas. but instead of ketupat palas MakAbah akan buat lepat pulut. sebab jarang dapat jumpa orang jual daun palas. lepat pulut pakai daun kelapa je. mana daun2 kelapa yang besar tak comel nak buat ketupat nasi Abah akan simpan untuk buat lepat pulut. aku alah sikit dengan pulut. mesti badan berangin. tapi ketupat palas punya pasal telan aje. haha

tahun lepas punya la nikmat. dapat adik ipar orang utara kan.. so dapat la makan sepuasnya ketupat palas sebab Ana bawak dari Taiping. so tahun ni aku berazam nak berguru pulak ngan MIL untuk buat ketupat palas versi dia. aku pernah jugak buat ketupat palas tapi rupanya lain dari yang MIL buat. baru aku tahu selalu tu jenis betina. hahaha ketupat palas pun ada jantina tau. so seronok la dapat belajar yang versi jantan. walaupun mula2 macam tergeliat tangan tapi akhirnya aku BERJAYA! hahaha aku siap cakap ngan MIL.

" mak sabar eh ngan ina. ina kena buat jugak sampai pandai. baru puas hati "

aku takut MIL putus asa dengan aku. nanti dia taknak ajar dah. hahaha aku yang rugi. tapi nampaknya dia pun melayan. hahaha lawak lah. aku kalau memang betul2 nak buat memang aku tak malu. jarang aku belajar benda yang aku suka makan. selalunya aku takkan belajar buat sebab takut aku akan selalu masak benda tu. hahaha


pulut yang dah siap masak. putih melepak. nice.
sikit2 lama2 berbukit2
hampir siap.. mana yang cun tu MIL buat. aku buat jauh dari perfect. haha tapi rupa itu ada.
tolong gunting daun yang lebih
ada budak tu datang rumah Tok sebab nak tolong Tok siap2 nak raya. haha MakSu suka buli dia la suruh buat macam2 benda. last2 main gunting. kena selalu alert ni. haha taktau ape jadi kalau lepa. sebab rajin sangat menyibuk sana sini. so kena pastikan betul2 ada hasil. haha walaupun asik kena bebel. redha je Pah ni. haha sian kat suami penat kesana sini cari barang. sampai tertido2. dia lah paling penat buat macam2 benda. sama lah macam kalau aku yang kat rumah. banyak benda2 kecik besor yang kena settle. huhuhu tahun ni rehat sikit lah. hihi

its done~
buat ketupat palas 2 kilo je. dia punya penat emosi tu macam buat 20kilo. hahaha so MIL suruh bawak balik separuh. aku cakap takpe kalau tak cukup bawak sikit pun takpe. nanti buat lain kat sana. cukupkan untuk raya kat sini dulu. so masak sikit untuk last berbuka. then yang lain simpan dalam peti ais beku. yummeh.

sooo shedap soooo shedapp... haha makan pulak ngan rendang suami masak. yang aku settlekan tu lagilah nikmat. hahahaha btw, suami saya pandai masak tau. hehe terima kasih Allah.








Saturday, June 1, 2019

RAYA 2019 : BALIK PERLIS

tahun ni ada lah feeling2 balik kampung untuk beraya. kampung baru selain 2 kampung wajib setiap tahun. tahun ni jauh sikit. balik KualaPerlis tak naik kereta. tapi aku dan suami naik flight. bukan have2 tapi sebab suami taknak drive jauh2. aku ok je untuk ganti2 drive. asalkan tak jem. hehehehe 

plan asal suami nak stay lama sikit kat Serom. tapi tertinggal flight la pulekkk.. panjang citernye. biar lah. asalkan dah selamat sampai. malas nak fikir banyak. yang penting dah ada depan mata. lama or kejap yang penting ada. huhuhu so hari rabu la baru boleh datang. tumpang member sampai KL. lepas aku amik kat Sg.Besi kami terus je gerak balik. on the way tu singgah jap kat PrimaValet.. tempat fav Suami aku. entah la jangan tanya apa yang best sangat. memang tak kena jiwa tempat tu. haha tapi layankan aje lah. orang kirim barang katenyer..


so jumaat tu kami balik ke KualaPerlis. naik flight ke AlorSetar. sampai KLIA2 tu memang tepat2 je masa nak boarding..fuh kalau lah terlepas flight memang aku sanggup la drive. huhuhu takda bajet dah nak beli tket baru. sampai dalam pukul 9am. boarding 9.35am. tapi ada macam2 kerenah masa nak check beg tu. nasib baik dah check in awal2. punya la sikit barang aku bawak kali ni boleh pulak kata overweight. huh ! ni yang malas naik kat KLIA2.. macam tak jejak tanah berjalan laju nak sampai kat Gate J9 tu. fuh.. sampai2 tu je dah 9.20am panjang pulak barisan..nasib belakang kami pun ramai lg org.. fuh memang seram. hahaha but we managed untuk duduk dengan tenang 5 minit kemudian. 


dah bawak barang paling sikit. tapi boleh overweight pulak.. ntah pape.
2nd time naik flight berdua. tapi 1st time bila dah halal. 
alhamdulillah flight ontime..sebab tu la aku suka flight pagi2. tapi tu lah. nek mengejar boarding time tu yang seksa. huhuhuhu so sampai je AlorSetar kami naik grab ke KTM AnakBukit. but sadly baru je terlepas  train yang biasa tu. hmmm sebab tunggu grab tu lambat. phew~ sooo terpaksalah naik yang ETS punya. mahal...seriously mahal. berbanding yang tiket biasa tu. tapi aku tengok tiket biasa tu pun dah naik harga. dlu rm3.30 je. but now rm5++ kalau tak silap. ETS punya rm10++..so dua orang je dah lebih rm20..huhuhu dari KTM Arau tu Am yang amik. kalau naik grab pun mahal tu. 

right before aku kena marah sebab selfie je.
so macam tu lah perjalanan balik kampung yang sangat mencabar emosi tu. huhuhu perempuan kan. sensitip. tak boleh kena jentik sikit. kadang2 masih terbabas untuk sentiasa rasa bersyukur dan berlapang dada. itu kelemahan aku yang paling mencabar untuk diatasi. marilah kita sama2 didik hati untuk sentiasa happy bila mana suami kita happy. sentiasa ingat bahawa Syurga kita adalah suami. tanpa redha suami siapalah kita ni sebagai isteri. syaitan banyak menghasut. iman pulak lemah. aduhai... ya Allah banyaknya dosa aku kat suami. macam2 dah dia buat tapi banyak yang aku tak hargai. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...