Saturday, June 1, 2019

RAYA 2019 : BALIK PERLIS

tahun ni ada lah feeling2 balik kampung untuk beraya. kampung baru selain 2 kampung wajib setiap tahun. tahun ni jauh sikit. balik KualaPerlis tak naik kereta. tapi aku dan suami naik flight. bukan have2 tapi sebab suami taknak drive jauh2. aku ok je untuk ganti2 drive. asalkan tak jem. hehehehe 

plan asal suami nak stay lama sikit kat Serom. tapi tertinggal flight la pulekkk.. panjang citernye. biar lah. asalkan dah selamat sampai. malas nak fikir banyak. yang penting dah ada depan mata. lama or kejap yang penting ada. huhuhu so hari rabu la baru boleh datang. tumpang member sampai KL. lepas aku amik kat Sg.Besi kami terus je gerak balik. on the way tu singgah jap kat PrimaValet.. tempat fav Suami aku. entah la jangan tanya apa yang best sangat. memang tak kena jiwa tempat tu. haha tapi layankan aje lah. orang kirim barang katenyer..


so jumaat tu kami balik ke KualaPerlis. naik flight ke AlorSetar. sampai KLIA2 tu memang tepat2 je masa nak boarding..fuh kalau lah terlepas flight memang aku sanggup la drive. huhuhu takda bajet dah nak beli tket baru. sampai dalam pukul 9am. boarding 9.35am. tapi ada macam2 kerenah masa nak check beg tu. nasib baik dah check in awal2. punya la sikit barang aku bawak kali ni boleh pulak kata overweight. huh ! ni yang malas naik kat KLIA2.. macam tak jejak tanah berjalan laju nak sampai kat Gate J9 tu. fuh.. sampai2 tu je dah 9.20am panjang pulak barisan..nasib belakang kami pun ramai lg org.. fuh memang seram. hahaha but we managed untuk duduk dengan tenang 5 minit kemudian. 


dah bawak barang paling sikit. tapi boleh overweight pulak.. ntah pape.
2nd time naik flight berdua. tapi 1st time bila dah halal. 
alhamdulillah flight ontime..sebab tu la aku suka flight pagi2. tapi tu lah. nek mengejar boarding time tu yang seksa. huhuhuhu so sampai je AlorSetar kami naik grab ke KTM AnakBukit. but sadly baru je terlepas  train yang biasa tu. hmmm sebab tunggu grab tu lambat. phew~ sooo terpaksalah naik yang ETS punya. mahal...seriously mahal. berbanding yang tiket biasa tu. tapi aku tengok tiket biasa tu pun dah naik harga. dlu rm3.30 je. but now rm5++ kalau tak silap. ETS punya rm10++..so dua orang je dah lebih rm20..huhuhu dari KTM Arau tu Am yang amik. kalau naik grab pun mahal tu. 

right before aku kena marah sebab selfie je.
so macam tu lah perjalanan balik kampung yang sangat mencabar emosi tu. huhuhu perempuan kan. sensitip. tak boleh kena jentik sikit. kadang2 masih terbabas untuk sentiasa rasa bersyukur dan berlapang dada. itu kelemahan aku yang paling mencabar untuk diatasi. marilah kita sama2 didik hati untuk sentiasa happy bila mana suami kita happy. sentiasa ingat bahawa Syurga kita adalah suami. tanpa redha suami siapalah kita ni sebagai isteri. syaitan banyak menghasut. iman pulak lemah. aduhai... ya Allah banyaknya dosa aku kat suami. macam2 dah dia buat tapi banyak yang aku tak hargai. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...