Tuesday, June 11, 2019

RAYA 2019 : 5TH SYAWAL

ahad tu hari last raya sebelum esok mula kerja. bukan senang dapat cuti free2 macam ni. ahad pulak tu. disebabkan Fariz masih lagi cuti so kami decide pegi beraya ke JB lah. on the way tu hantar barang Nurul kat rumah dia dulu. kami pegi dua kereta lah. sebab selasa Nad ada interview kat UTHM. so aku, Nurul, Nad stay JB. MakAbah balik dengan Fariz. gerak pun dah lambat. macam biase lah kan budak2 tu. 10.30 baru nak gerak. ahad kottt kan orang tengah sibuk2 nak balik. haishh kami lalu dalam masuk kat YongPeng. sebab malas nak lalu jalan yang sama keluar masuk AyerItam.

teruknya muka takda filter hahaha

sejam lebih baru sampai. fuh kali ni biar Nurul yang drive sebab aku tak mampu nak drive dah. mata takleh nak bukak. haha sembab. alergik kot makan durian sikit sangat. hahaha ingat nak lepas mamak jap breakfast tapi mampu beli air kat mamak je. haha u know y kot. huhu then tetibe Fariz ajak beraya kat rumah lecturer dia. which is lecturer Nurul jugak. so pegi lah kami ke rumah lecturer dorang tu kejap. then baru pegi hantar barang Nurul kat rumah dia. so esok tak payah bawak banyak barang. bawak mana yang perlu je. 

jem teruk oii

next rumah is rumah CikEdon kat Senai. tahun ni tak singgah Benut sebab Fariz nak kejar masa pegi beraya rumah kawan dia kat Dato Onn satu taman dengan WakBauk. pukul 3 kau baru sampai kat Senai. hahaha berjanjinya lepas Zohor kononnya... jem oiii jem teruk gila. sampai 4 kali jem. 2jam setengah nak sampai Senai. padahal dari ParitRaja tu selalunya sejam lebih je. tapi takpelah kasi tuan rumah rest2 dulu sebab baru balik dari kampung. alhamdulillah rezeki lunch makan lauk raya.. heheheh sempat tu masak macam2.. 

yummeh

dalam pukul 4 lebih kami gerak pegi Dato Onn pulak. pegi rumah WakBauk. Fariz dah gerak dulu sebab dia nak beraya kat rumah kawan dia. jalan tak jem sangat tapi ada banyak kereta lah. sampai dalam pukul 5 lebih. hahaha tadi dah sampai Senai lewat kan so lewat jugak la sampai ke Dato Onn. nasib baik jalan memang celah gigi je so takda sesat lah. cuma kali ni pak guard cerewetnya ya ampun.. huhuhu bengang pulak rasanya. nasib baik ada pengubat hati NasiKerabu. homemade okayyyy memang langkah kanan. syok hingga menjilat jari.

seronok la kat bandar pon ade garden

so lepas makan2 borak2 lepas amik anak benih pokok bunga yang guna untuk masak NasiKerabu tu kami pun mintak diri nak gerak balik. MakAbah balik Serom dengan Fariz. Nad ngan Nurul ikut aku sebab kami ada mission lain. hahahaha yang tak berapa nak berjaya pon..excited je lebih. maghrib baru kami sampai rumah. nasib baik tak jem langsung. memang time2 tu jalan tak banyak kereta sangat. kalau lepas maghrib mau menangis laaa

Bubur Ayam Galeria yang tersedap yummeh jugekk

okay esoknya isnin lepas sekolah kami pegi ke GaleriaKotaraya untuk buat passport Nurul. haa tu lah antara agenda kenapa dia nak stay kejap kat JB. but sadly sebab pegi dah lewat kan so tak dapat nak buat. ramai sangat orang sampai habis nombor. ramai la pulak orang. mungkin amik kesempatan masih cuti tapi pejabat kerajaan dah bukak kan. tapi tulah. lupa pulak nak cari mana2 UTC lain yang tak ramai orang macam kat Kulai ke kan. yelah ingatkan dah satu jalan nak pegi larkin kononnya.. hahaha sudahnya.. memang tak dapat laaa. takpelah nanti Nurul buat la sendiri kat BatuPahat.


adik naik bas ekspress uollss

so bila tak jadi buat passport tu kami terus lah ke Larkin. dapat tiket terus. tapi sempat la beli Ice Latte jap kat McD. then pass kat dorang then dorang terus pegi dekat bas. kami pun balik lah dengan berhujan selebat2 nya.. hahaha kalau hantar orang kat Larking mesti hujan lebat. kebetulan betul lah. panjang pulak lah bebel kali ni. taip punya taip dah berapa perenggan dah ni.. hahaha

IceLatte + ChocolatePie


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...