acane nak buat ?
1. inti atau filling
lobak merah
taugeh
kacang panjang
bawang merah
bawang putih
halia
lada cili
ikan bilis
garam
gula
sos tiram
tumiskan bawang merah + bawang putih + halia + lada cili + ikan bilis + garam yang dah ditumbuk halus . bila dah nampak kering sikit masukkan lobak merah taugeh dan kacang panjang . masukkan sedikit sos tiram . sebatikan sampai sayur layu . tambahkan gula . sedia untuk dijadikan inti . =)
2. gam untuk lekatkan kulit popiah untuk jadikan lebih kemas .
memang lah macam tak nampak ape . lutsinar kot .. huhuu |
tepung sagu (tepung ubi kayu)
air masak
air panas
bancuhkan satu sudu tepung dengan air masak . tambahkan air panas sedikit demi sedikit sampai jadi macam gam (tapi yang ni boleh makan . hihi) . bila dah likat, gam sedia untuk digunakan .
3. cara penyediaan .
leraikan kulit popia tu biar jadi sekeping2 yang nipis macam ni. (bila beli tebalkan ..) |
letakkan inti di penjuru kulit popia . sikit je pun takyah banyak sangat macam ni . |
lipatkan seperti gambar dan untuk lipatan yang lebih kemas letakkan gam di kat sini . |
lipatkan lagi seperti dalam gambar dan untuk mengelakkan lipatan terbuka ketika menggoreng letakkan lagi gam di kat sini . |
gulungkan sampai jadi seperti dalam gambar . |
tadaa ~ finish product ! |
sangat senang dan sedap untuk dimakan bila2 masa saja . kalau buat banyak boleh simpan dalam peti ais . macam yang sejuk beku korang beli kat kedai tuh . buat sendiri lagi jimat . dapat banyak . hehee kulit popia tu jangan bagi terdedah tau . nanti jadi kering susah la nak lipat gulung . akhir sekali, jangan lupa goreng dulu sebelum dimakan untuk mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini .
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment