bulan 12
hari ke 13
tahun 2014
itulah hari ini..
hahaa
so sebab tu la 12/13/14
hahaa post ni merepek je kan?
apa yang aku rasa itulah yang aku tulis .. coretan peribadi tapi buat mereka yang sudi membaca aku persilakan dengan seikhlas hati .
Saturday, December 13, 2014
Thursday, October 16, 2014
kek coklat moist
malam tadi memang pencapaian yang membanggakan. harap2 boleh buat macam ni selalu. atau mungkin mood baik mempengaruhi kemenjadiannya. rezeki kawan2 la dapat ngap kek ni arini. selalu pakai kukus dan hampir setiap kali buat akan ada masalah tenggelam sket kat bahagian tengah walaupun masih sedap dimakan tapi memang tak sedap dipandang lah. hahaha semalam takda pengukus so aku pun guna oven je. biasenye memang akan menemui kegagalan la selain congo bars. aku try je satu resepi ni..google la.hahaha alhamdulillah jadi pulak..
Bahan-bahan
1 cawan serbuk koko
400 gm susu cair (1tin)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 1/5 tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar coklat emulco
Cara-cara
1.Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam kemudian di ayak.
2.Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, susu pekat, minyak masak dan gula.
3.Masak adunan atas api yang sangat perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat. Ketepikan dari api.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji yang telah dicampur dengan esen vanila dan kacau sebati.Tukar bekas sekiranya perlu.
5.Masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
6.Tambahkan coklat emulco dan kacau sebati.
7.Tuangkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas minyak.
8.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.
9.Sejukkan kek sebelum dipotong.
aku tapis adunan sebelum masuk dalam loyang pembakar.
kepanasan oven pun tengok oven tu macam mana la.mungkin perlu kurangkan suhunya.
dan suhu oven aku letak 160c bakar dalam 55 minit sebab kalau satu jam permukaan atas tu dah nampak macam hangus.
try n error la..dapat makan banyak sket kek tu.hahahaa
dannn aku tak boleh tunggu kek ni sejuk.masa panas tu la SEDAP GILA OKAYYYY !
Monday, October 13, 2014
Selamat Hari Lahir H.K
Selamat Hari Lahir CintaHati..
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan..
diberikan kesihatan yang baik..
menjadi anak yang lebih taat..
kalau la satu hari nanti dia baca post2 aku pasal dia..
Ya Allah malunya..
tapi aku cuma nak dia tahu apa pun yang berlaku aku tak pernah lupa dia..
tak pernah tak sayang..
buka hati dia untuk aku Ya Allah..
amin...
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan..
diberikan kesihatan yang baik..
menjadi anak yang lebih taat..
kalau la satu hari nanti dia baca post2 aku pasal dia..
Ya Allah malunya..
tapi aku cuma nak dia tahu apa pun yang berlaku aku tak pernah lupa dia..
tak pernah tak sayang..
buka hati dia untuk aku Ya Allah..
amin...
Monday, August 18, 2014
KemBinaNegara GunungPulai
macam biase la bila nervous menguasai diri.memang tak lena tido selagi tak hantar budak2 ni.thanks to my beloved bestfriend sebab akhirnya calonkan aku juga untuk pegi hantar budak2 ke kem. memang time2 ni aku perlu sangat untuk memecut kat atas jalan. cuma harap2 tak kena saman lagi la.eheh. pagi2 lagi (takde la pagi sangat sebenarnya hahahaa) aku tengok elok je empat2 anak dara tu duk tunggu kat kantin. dah tulis nama semua..load barang dalam kete and ready to go. tapi baru sedar...arini bawak budak2 perempuan...BUDAK lagi...so memang krik krik je la sepanjang jalan. hahahaa takleh nak pecut bawak anak orang..so gila behave aku bawak.
selalunya dari tol ulu tiram ke senai u rase macam kejap je tak sampai 15 minit. tapi arini setengah jam okayyy... aku bangga dengan diri sendiri. papepun alhamdulillah sangat senang nak cari tempatnya cuma memang agak adventure laa.. tinggi kot jalan dia.... masuk dalam kampung tu macam ye tak ye jer ade kem dalam tu siap tanya orang sebab nak sedapkan hati. sebelum tu dah nampak ada kereta cikgu dari sekolah lain dah keluar balik ke jalan besar. so aku ingat dah salah jalan. kereta yang awal2 ada kat depan tadi pun terlajak pegi kem kaizen. tapi berkat darjah keyakinan yang tinggi aku gigihkan jua. hasilnya aku yang kedua sampai. tepat 8.30pagi. pendaftaran pun tak buka lagi... hahahahaa
nyamannya lah kat sana. teringat masa kat perak dulu.. fuhhh kehijauan sangat lah fefeling nature lover.. harap sihat dan selamat lah budak2 tu semua kat sana. risau jugak anak2 dara ni. settle daftar budak2 ..tengok dorang sampai hilang dari pandangan..aiceh macam antar anak masuk u pulak...hahahaa aku pun blah je la... takkan nak tunggu pulak. bukan boleh jumpa jodoh kat situ. hahaa
dengan penuh kesal 9.30pagi aku dah sampai semula kat ulu tiram...pheww aku terbang atas angin ke ape tadi?? sampai2 rumah je terus bakar sunkist bars tadi tu.. so kembali kepada realiti.. pulun menanda sang PT3.
sekian.
Sunkist Bar
disebabkan kekecewaan malam tadi akibat daripada kek yang langsung tak jadi.. huhh! aku buat keputusan arini aku nak buat congo bars..! dah craving lama gila.....! siap dah beli barang nak buat.tapi tengah adun2 bahan sekali tengok si sunkist memanggil2 la pulak....hurmmm so congo bars menjadi sunkist bars lahhhh...tawakal jer...hehehe by luck jadi la pulak. alhamdulillah...
Bahan2
A
2 1/2 cawan tepung superfine
2 1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
(ayak semua bahan)
B
2/3 butter
1 1/2 cawan gula perang lembut
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar sunkist oren
1. ayakkan bahan A.
2. campurkan kismis kedalam tepung.
3. pukul gula perang dan butter sehingga sebati.gunakan senduk sahaja.
4. masukkan telur yang telah dikacau dengan esen vanilla. campurkan sedikit demi sedikit.
5. bila sudah sebati masukkan sunkist oren.
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit.
7. sapu loyang dengan sedikit butter dan taburkan tepung sehingga rata.
8. masukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
9. bakar pada suhu 170darjah celsius selama 30 minit.kepanasan mungkin berbeza untuk sesetengah oven.
Selamat Mencuba!!
Tuesday, August 12, 2014
what a day...
satu malam aku tak boleh lelap sebab duk pikir macam mana nak menghadapi hari ini. bunyi macam serius. pagi tadi nyaris2 aku mc. bukan sebab takut tak sempat. tapi sebab tido tak lena + asik terbangun je buat aku memang nak muntah. sorry untuk anak2 yang terpaksa mengadap aku kat sekolah hari ni. serius memang not in a good mood. hampir setiap kelas kena sembur. lama dah aku tahan. dah lama tak marah orang kan...hahaa
okay macam ni ceritanya..
harini perlu buat lesen kompeten..eheh dah cukup 2 tahun
but sadly ada saman.. BUKAN AKU BUAT
ADIK AKU YANG DRIVE
haaaa jelas kan bukan aku yang drive.
tapi 125 je punnnn................
alhamdulillah selama aku bawak belum kena saman lagi..semoga menjadi pemandu yang lebih berhemah Saz (usap kepala sendiri)
amin.....
so, ape yang berada dalam kepala aku harini memang nak mengejar pukul 1.05 je.
sebab time tu dah abes mengajar.
perlu rushing untuk settlekan saman dan lesen.
okay jujur aku tak tau perlu settle saman ke tak.tapi banyak pendapat yang galakkan aku untuk settle dulu sebelum proceed kompeten.so to the balai polis we go!
haha ini lawak spoil mood.
maklum lah kan kat mana2 front desk pun.
mungkin dah etika dimana 'kaunter pertanyaan' sepatutnya membawa maksud 'don't asked!'
so paham2 la ape jadi.
malang kena dengan perempuan pulak.aku dah buat suara paling comel pun gagal.
wehh aku nak tanya je kottt...salah ke?kalau aku dah tau takde la terkedek2 nak tanya.
tapi takpe.kita pergi balai polis yang boleh settle saman trafik.
okay so pergi balai polis seri alam.
cantik uollss sangat baru.
anggota pun nampak baru2.. ehem!
so dalam 10 minit sampai - 5 minit parking n jalan masuk balai - 2 saattekan nombor dah kena panggil - 1 minit bayar saman then settle.
WHATTTTT???
hahahaa
good start !
ceh dah sangat bermotivasi untuk ke JPJ
so gerak ke JPJ dalam 10-15 minit sampai la.
and rasenye naseb baik sangat balai polis takde waktu rehat.
so takde la buang masa nak tunggu both tempat lepas waktu rehat baru boleh buat urusan.
sampai je JPJ memang dah beratur panjang la untuk amik nombor.
okayy layann ...
tapi alhamdulillah juga duduk dalam 5 minit nama dah kena panggil.
sekejapnye? yelah sekarang aku baru ingat orang yang tekan nombor tu memang tekan beberapa kali which is aku tak paham kenapa ..
bagi lesen + SEKEPING gambar
and that's it.
duduk tunggu.
tak sampai 10minit nama dah kena panggil..
and after all the hardwork (sangat!)
i got my kompeten lesen !
ALHAMDULILLAH semuanya dipermudahkan...
dalam sejam semua dah settle.
memang Allah tolong mudahkan semuanya..fuhh risau kemain.
*gigih aku malam2 g selongkar bilik nak cari gambar..sebelum ni rase guna 2keping.
sekarang dah baru.
macam ic.
gambar pun dia pulangkan semula..pffttt!
almaklumlah aku bukan tukar lesen tiap2 hari kannn...
Saturday, August 2, 2014
brunch
biasenye time raya ni aku baru nak sesuaikan balik waktu makan.hahaha macam semalam la kan plan nak buat sarapan itu ini.. last2 termasak kari ayam. so, bersarapan la satu rumah dengan kari ayam n tumis kubis. tak tau la sarapan celah mana tu. nak kata brunch pun tak jugak sebab baru pukul 9. sudahnya tak sampai pukul 10 pagi mata dah kuyu layu. tak pasti jugak time tu aku buat ape. mamai la sangat. makan tengah hari dah takda dalam kamus idup semalam la. esok dah start keje. macam biasa la bila hari bekerja lunch dah merangkap dinner. breakfast harap maaf la memang tak pernah terpikir.
esok bawak kuih raya. melantak la kuih sampai muntah.
bila dipikir balik betul la sepanjang cuti raya ni aku ade lunch ke tak ek kat umah?hahaha
Monday, July 28, 2014
SYAWAL 2014
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
mohon maaf andai terkasar bahasa tersalah kata.
halalkan makan minum.
taknak citer benda sedih walaupun memang banyak yang jadi raya ni.
harap banyak benda baik akan berlaku untuk masa2 akan datang.
tahun ni kurang soalan maut tentang jodoh mungkin sebab tak banyak beraya n yang penting aku ada benda lain yang orang boleh bahan selain bila nak kawen. hahahaa tak sia2 berbadan comel.
selamat hari raya la ye semua.
love you all !
Wednesday, July 23, 2014
hijau yang damai.
tahun ni macam tahun lepas tukar duit tapi takdapat duit baru.aku tak kisah sangat tapi tau la kan budak2 sekarang..
'alaaa duit lama.buruk'
choyy sangat.duit jugak kot.bukan boleh bawal mati.rezeki Allah dah bagi.amik je la. ye tak??
kadang2 kebanyakkan budak sekarang ni kena diajar bersyukur lah ape orang nak bagi pun. jangan buat orang yang nak bersedekah jadi terbeban. ade sesetengah tu siap bagi pandangan hina lagi kat orang yang bagi singgit. ehh hello0 duit jugak okay.
hehehe sejak tak dapat duit raya ni (tapi ade jugak la rezeki tahun ni hasil buat muka comel.hahaha) memang aku emo sket bab2 budak merungut pasal duit raya.
bukan aku bukan sentap tak dapat. aku pun taknak sebab dah keje kan. tapi tak perlu lahh perli2 sebab aku dah keje so aku tak layak dapat. aku pun memang tak bagi kat orang yang dah keje kecuali ade satu cousin yang comel dan belum kawen tu aku kasi lahh. die pangkat adik. dah masuk dalam bajet pun. hihihi
selagi aku mampu insyaAllah aku akan bagi. yelah aku pun paham perasaan dapat duit raya ni. seronok dia lain macam. hahaha !
satu lagi benda yang seronok selain duit raya ni adalah sampul duit raya tu. best pulak tiap2 tahun kumpul. yang nampak rare tu sibuk nak simpan. lipat pun taknak. aku pun tak kisah belanja lebih sket untuk cari sampul yang cantik (cantik bagi aku la) . aku pun nak orang yang dapat tu rase seronok macam aku walaupun selalunya tengok sampul tu end up bersepah2 kat lantai. tahun ni ingat nak sedondon ngan tema warna baju, dah pilih2 tetiba nampak sampul putih ni pulak. hihi tetibe tukar. terus amik yang putih. yelah ink printer abes so tak dapat nak buat sendiri macam tahun lepas. hihi.
SelamatHariRaya la ekk..
Tuesday, July 22, 2014
UNDER18
geng baru under18
hihihihi
happy girl
lawak under18 vol.05 pun dah keluar jugak.
walaupun tak brape nak lawak tapi mesti ada dalam koleksi under18.
hahahaa bukan selalu aku membazir.
Saturday, July 19, 2014
Biskut Susu
Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung
Cara-cara
1. Campurkan butter dan susu pekat sehingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.tambah tepung sekiranya adunan sangat lembut.
3. Bentukkan dan bakar dengan suhu 150 darjah celsius selama 20 minit. Pastikan oven dipanaskan selama 30 minit.
Biskut Kacang
Bahan-bahan
1 cawan butter
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan kacang tanah (dikisar halus)
1 biji telur (kuning sahaja)
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum + tepung jagung + baking powder
2. Pukul gula perang dan butter sampai creamy
3. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi.
4. Masukkan kacang tanah.
5. Masukkan campuran tepung.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 10-12 minit.
Biskut Coklat Chip
Bahan A
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
Bahan B
Coklat chip
Badam
Bahan C
250gm butter
2 cawan gula perang
1 biji telur (kuning sahaja)
1 tsp esen vanilla.
1. Panaskan oven.
2. Ayakkan semua Bahan A. Kemudian masukkan Bahan B. Gaulkan rata.
3. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
4. Masukkan telur dan esen vanilla.
5. Campukan dengan tepung tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
6. Adunan memang sedikit lembut.Simpan seketika dalam peti sejuk.
7. Bentukkan dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 20 minit.
Saturday, April 12, 2014
dear A
aku pernah suatu ketika mengecewakan sekeping hati yang jujur.aku juga pernah suatu ketika membuatkan satu jiwa meronta meratap kesedihan.aku juga pernah jadi saksi satu jasad merayu untuk diberi peluang untuk disayangi.satu insan yang teristimewa.ya dia.DIA.
tapi aku dengan angkuh..aku dengan nekad mengenepikan semua itu hanya kerana ketamakan mengejar kebahagiaan yang tak pasti.sungguh aku menyesal mengecewakan sekeping hati, satu jiwa, satu jasad yang aku pikir dia antara satu insan yang istimewa satu insan yang baik budi pekerti satu insan yang mampu buat hati aku terdetik "ya Allah sungguh aku angkuh".aku tahu lukanya dalam. dia yang aku kenal sama seperti yang aku dengar. sungguh, jujur aku salah.salah menolak satu hati.menolak untuk memilih satu hati yang langsung tiada ruang untuk aku menjengah dalamnya.
mana mungkin aku layak meratap sedih.meratap pedih kalau suatu ketika dulu pernah ada satu insan yang telah aku lakukan sebegitu.ya aku kejam.aku harapkan cintanya sebagaimana dia dulu.
ya Allah kirimkan rinduku padanya.aku sayang dia.bukan 'dia' yang mengecewakan aku, tapi DIA yang aku kecewakan.
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku
Saturday, April 5, 2014
Aliff Satar Akhiri Penantianmu
G Dm E
C Dm
G Dm Em
Resah hati ku selalunya ada
C Dm G
Fikirkan kamu setiap waktu ku
G Dm Em
tenang jiwa ku bila kau di sisi
C Dm G
Dalam dakapan mu buat ku mati
G Dm Em C Dm G
Hooooooo~
G Dm
Jauh
G
Ku menunggu
E
Biar ketahuan mu
Dm G
Disini ku merindu
G Dm
Jauhhh
G
Ku berharap
E
Kembali kau pada ku
Dm G
Akhiri penantian ku
G Dm Em
Tak mampunya aku bila kau tiada
C Dm G
Gelap hariku sepi hidup ku
G Dm Em
Lemah langkah ku mendengar suara mu
C Dm G
Laju jantung ku bila menyentuh mu
Wooo~
G Dm
Jauh
G
Ku menunggu
E
Biar ketahuan mu
Dm G
Disini ku merindu
G Dm
Jauh
G
Ku berharap
E
Kembali kepada ku
Dm G
Akhiri penantian ku
Wednesday, April 2, 2014
resepi simple untuk kesejahteraan bersama
panjang tajuk entry sepanjang tempoh aku menelan air liur sementara nak taip post ni. nomnomnom.lazat lazat lazat.
ayam berempah ( versi aku )
ayam- serbuk kunyit+garam+serbuk cili+ketumbar,jintan yang dikisar kering+serbuk perasa+sedikit tepung.
gaul semua sekali dan goreng.
note = sila guna ayam daging untuk kepuasan kelembutan ayam goreng.
(aku guna ayam kampung versi tak pernah jejak tanah.duk dalam reban jer.so, ianya sangat lembut dan enak! )
bening sayur sawi
sayur air - antara lauk yang paling senang dimasak
air+bilis+sebiji bawang merah - masak sampai mendidih
masukkan sawi dan garam.agak-agak dah lembut alihkan periuk dari atas api.
sambal totok
sambal tumbuk - senang sangat dan sesuai untuk insan2 yang deria rasa pedasnya pada tahap tertinggi. boleh guna cili api or cili kering.dua2 nyaman.
bilis + lada cili = goreng
selepas digoreng terus ditumbuk dan letak sedikit garam.nyumnyumnyum
nasi putih
masak sendiri lahhh! takkan tak tau kottt..youtube banyak.pegi tengok.
kalu duk kampung hari2 dapat makan macam ni.semua bahan senang nak dapat.huhuhuhuu
selamat mencuba..
sekian..
Sunday, March 23, 2014
roda
orang kata hidup ni macam roda. sekejap kita ada kat atas. tanpa kita sedar bila2 je kita ada kat bawah..ada hari kita akan bahagia. jangan lupa saat kita duka. ada waktu kita senang. masa tu jangan lupa bersyukur sebab bila2 masa je kita akan diuji untuk jadi susah. ada masa kita bahagia . masa tu jangan ingat kita akan bahagia sampai bila2. kena sentiasa berjaga2. sebab kita hanya merancang. Allah yang tentukan semuanya. bila kita ada diatas jangan lupa yang kita pernah ada dibawah.. jangan terus menghukum. kita hidup saling melengkapi. apa yang kurang kita sama2 perbaiki.
tak kisah la apa orang nak cakap. cukup diperli malah ada yang tahap menghina. syukur aku diajar untuk melawan kena pada tempatnya. apa yang orang kata aku anggap mereka sayang. ambil perhatian. yang penting aku bahagia dengan keadaan sekarang. ada family yang memahami. ada kawan2 yang sentiasa hadir disisi. alhamdulillah.. syukur Ya Allah!
wedding bff lagi...lagi...
kali ni one of my sayang - Ain, pulak yang kawin.tak dapat attend majlis nikah dia sebab hantar parent nak pegi langkawi. tak ingat pulak Ain nikah jumaat malam.huhuhuu jauhnya mak abah berjalan...sebenarnya sape yang cuti sekolah ni? hahahaha walaupun tak dapat pegi majlis nikah masih dapat tengok gambar kira dah okay sangat lah. hihihi dan yang paling best dapat pegi majlis bersanding.
terase nak upload semua gambar. yang best bila wedding ni dapat jumpa kawan2 yang lain. lepas ni xtau la boleh jumpa ramai2 lagi ke tak. semua orang dah ada komitmen dengan pasangan. aku takpe komitmen dengan family sendiri je. bulan 11 ni insyaAllah ada 2 orang lagi akan kawen. semoga selamat la ye semuanya...aku doakan korang bahagia selalu..amin..
tahniah Ain...always LOVE you!
Sunday, March 16, 2014
autumn.
kat luar negara kalau autumn dapat tengok daun2 coklat gugur. dah start rase sejuk.. tapi kat malaysia lain. ada macam autumn. ada daun2 coklat. ada pokok takde daun tapi semua tu sebab cuaca panas yang melampau. rase dah macam iklim kat thailand pulak. musim panas dan lembap yang ketara. bila hujan asyik hujan je tak berhenti. bila panas jadi panas sangat. semenjak dua menjak ni memang panas sangat kan...rase macam taknak keluar rumah. makin hari makin teruk. kebakaran ada kat merata2 tempat. kalau sebelum ni la belukar terrbakar sikit je pun jem panjang gila. tapi sekarang sepanjang jalan terbakar pun orang dah tak heran. tapi semalam memang terkejut sangat. sepanjang jalan yang aku lalu dah hitam je... patut lah udara pun dah bau asap. asap memang tebal gila macam jerebu ipu 300++ fuhhh memang ngeri. baju yang sidao kat luar rumah pun bau asap. dalam kete pun bau asap. pagi tadi pokok2 dah gelap-hitam jer. sepanjang malam terbakar kott.. papepun bersykur sangat sebab tadi dah hujan lebat. walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat lah tengok hujan. dapat tengok jalan basah. dapat clearkan asap2. dapat tengok kete basah. fuhhh dah lama tak rase nikmat tu. terima kasih ya Allah.
Friday, March 14, 2014
kek fofuler
aku rase ni lah antara kek yang tengah in sekarang ni. bersepah2 kat fb kat instagram pun. belum lagi terfikir untuk buat kek ni. lagipun im not a big fan of cheese...so memang tak terniat la. makan boleh. tapi kalau nak buat hurmmm banyak lagi kek yang belum cuba kott. hehehe kek ni kak timah yang blanje. sebab tu lah sedapnye berganda2. tapi yang aku kagum adalah kek ini sangatlah lembut walaupun diletak di dalam peti sejuk. sebagai beginner dalam dunia baking membaking ni haruslah aku kagum.hahaha takpe tengok lah cuti nanti kalau dibuka pintu hati ni. aku try la buat. nampak macam senang.hihihi
Sunday, March 9, 2014
perubahan
jujur bagi aku tahun lepas antara tahun yang terbaik. punya kawan2 yang baik dan hebat. seronok mengajar walaupun mencabar vokal dan emosi. sangat selesa dengan suasana yang sihat dan gembira. sangat bermotivasi untuk datang ke skolah setiap hari. balik kampung dah tak sorang2. selalu berteman. balik JB juga tak perlu tergesa2. pagi2 dah boleh gerak. juga berteman. bukan ape kalau berteman ni lebih lah motivasi untuk bawak kete dengan berhemah. takdelah aku duk merempit kat highway tu. kehidupan pun lebih teratur. dapat memaksimakan penggunaan masa dengan sebaik mungkin. aku mula seronok untuk ada di sekolah. hihihi
tapi...tahun ni.. ye!! TAHUN NI !! semuanya berubah ! bukan nak merungut lah. tapi aku ada hak nak luahkan ape yang terbuku dalam dada nih. tak tertanggung rasenye. sedih. setiap hari rase makin sedih. memang benda kecik jer. tapi kalau dah bertimpa-timpa memang terase ler....
tetiba kena g meeting- the next day taklimat- jaga sukan 7 hari- terus pindah pagi- mengajar form3- ketua panitia- pegang kelas 'tu'- tak dapat balik pagi ahad- kena balik sorang2- now kena halau dari tempat sendiri dalam bilik guru! ( takkan aku nak guna term dinasihatkan pindah pulak kan??) WHAT!!!!???
hohoO yer aku mengaku benda kecik jer. remeh temeh. tapi semua ni sangat tiba2. dalam 2 minggu ni jer okayyy. this is to much! hidup aku berubah sama sekali tak dapat nak settle dengan budak petang pun. memang ler aku suka mengamuk tapi aku caring kottt... berat nak melangkah. rase lambat je masa bergerak. takda motivasi lagi untuk jadi macam dulu. bukannye lah aku tak suka sangat pegi pagi.kawan2 pun okay. bukan aku pindah sekolah. pindah sesi jer. cuma belum dapat meredha dan mengikhlaskan diri jer. again... sebab semua ni TETIBA JER OKAYYY!
aku memang menaip dalam emosi tak stabil. memang aku banyak berfikir sejak beberapa hari ni. memang aku tak happy. kalau aku dah okay mungkin aku akan delete post ni. MUNGKIN.
Monday, March 3, 2014
MSSD
7 hari berada di padang.fuhh memang PANAS!!!! tapi seronok. dapat kawan baru. dapat tengok gelagat pelajar dari sekolah lain. yang paling best dapat tengok gelagat BAJET BAGUS guru pengiring ngan pelajar yang sama naik jer. huh menyampah betol. aku tak heran pun. kalau betul hebat takpelah.ni sembang kencang. ape pun takde. papepun alhamdulillah setakat duk padang 7hari ni aku dapat pulihkan balik la suara aku yang memang totally ilang masa last day kat skolah sebelum kena bertugas kat padang. malangnya arini dah ari last. lebih malang lagi start esok aku dah kena bertugas pagi. choyyy.. jujur mak tak rela~
group c - pegawai lompatan |
Saturday, March 1, 2014
mana pergi itu ikan???
yer mana pergi itu ikan?? punya la panas sampai parit kat depan rumah aku kat kampung pun tinggal lopak air jer. sepang 3minggu tak balik aku duk JB rasenye macam tak ada 1 ari pun hujan. balik kampung pun panas terik-mendung macam nak runtuh langit tetap tak hujan. lepas hantar adik laki aku kat bustand aku decide la untuk basuh kete kat auto. yelah kat rumah still ada khemah tak boleh basuh kete. balik sampai rumah jer park kete terus hujan lebat. walaupun sekejap tapi syukur ALHAMDULILLAH~
Tuesday, February 25, 2014
HSI
ahad lepas aku pegi la HSI nak tengok makcik aku. lepas settle keje aku terus gerak. confident ni pecut punya pecut sampai tepat2 pukul 12. then masuk terus tengok2 pasal ape ramai sangat orang .... rupanya gate tak bukak lagi. hahaha start waktu melawat 12.30 rupanya. cehhh kalau tau takda lah aku bawak macam takda ari esok. hahaa tapi takpelah at least dapat parking. at leasttttt.......! aku lepak la situ sampai abes waktu melawat. kejap je rupanya. pukul 2 dah nak kena keluar walaupun ari ahad. sembang punya sembang kejap je masa. okay aku pun blah dengan sangat confident aku dapat tido dalam masa 15minit lagi. CHOY!!! ada orang sudah block kete aku beb... comel je die block. walaupun meluap2 rase bengang ni syaitan masih tak dapat nak menghasut aku untuk amik gambar kete tu. hahahahaha . sebenarnya muat je kalau aku nak keluarkan kete. ada la dalam 1cm each side. hahaha mampu?? 2kali percubaan ... ummm aku tak brape risau la kete aku masalahnya kang aku pulak kena tanggung calar kete yang dua lagi tu. naya2... dalam 15minit datang la makhluk tu nak alihkan kete. nasib time tu aku ada dalam kete. kalau tak nak jugak bahasakan dia sket. aku paham la kalau block kete untuk melawat orang. biase jugak terjadi. tapi masa melawat dah lama abes kot...tapi memang aku salute la dengan orang yang parking kat situ. macam2 style. lain kali kalau datang lagi aku nak amik gambar. hahahaa nak tunjuk pada dunia betapa kreatifnya rakyat malaysia.
Saturday, January 18, 2014
Tetap Menantimu
Nomad – Tetap Menantimu Intro: Am G C Am G C Dm F G C C F Aku menyedari telah jatuh cinta G C Tapi aku tak bisa mengungkapkan A Dm Terasa bahagiaku mencintaimu F E Walaupun kau belum mencintaiku A Dm Aku di sini kan selalu menunggu G C Yang selalu ada di setiap waktumu E Am F Slalu menanti jawapanmu Dm G C Untuk cinta yang terakhir G Am Dm G C C FSemakin ku bisa untuk menyayangi G C Semakin ku bisa untuk mengerti A Dm Dari semua hidupmu yang ku mimpikan F Dm E kan ku hapus semua menjadi indah Hoo… A Dm Tak akan pernah hilang rasaku G C Cinta yang membawa dalam hatiku E Am G F Bagai mata yang tak terpejam Dm G C Aku tetap menantimu G Am Dm F E A Dm Aku di sini kan selalu menunggu G C Yang selalu ada di setiap waktumu E Am G F Selalu menanti jawapanmu Dm G Untuk cintamu A Dm Tak akan pernah hilang rasaku G C Cinta yang membawa dalam hatiku E Am F Bagai mata yang tak terpejam Dm G C G A Aku tetap menantimu …hoo Dm G C A Aku tetap menantimu ..hoo Dm G C Aku tetap kan menantimuG Am Dm G C
Subscribe to:
Posts (Atom)