Sunday, February 5, 2012

nak citer panjang nih ..

esok akan masuk minggu ke 4 aku mengajar kat SMKTJJ2 (5minggu kalau masuk cuti CNY). so far ape yang aku rase hanya tekanan . biase lah orang banyak fikir cam aku ni kalau takde pape nak buat pun tertekan jugak . keje takde la banyak sangat pun tapi maybe aku tak biase lagi kot . so0 serabut ler jadinya .okeh memang jadi seorang guru ni penat . sila ambil perhatian ye . ape yang orang cakap keje cikgu ni senang . pegi skola masuk clas bebel2 then balek ujung bulan dapat gaji adalah sangat SALAH ! korang try la jadi cikgu mau hentak kepala kat dinding . ya memang ada keje yang lebih susah tapi cikgu ni la yang menentukan kat mana korang berada sekarang nih . dari satu segi la jangan lak cakap aku ni takbur kata cikgu ni macam Tuhan leh tentukan nasib orang . maksud aku korang suma pegi sekolah kan . sape ade kat skolah ? cikgu kan ? aku pun terasa sekarang nih ade subjek2 yang aku memang lemah kat skola semua memang sebab cikgu dan aku sendiri . ade sebab cikgu tak tau nak ajar which is aku rasa aku pun macam buat cam tu sekarang nih . kesian student . sebab aku dorang tak paham . ade jugak sebab memang aku sendiri tak minat . mungkin sebab buku teks .. subjek tu sendiri boring .. sebab cikgu yang ajar .. sebab subjek tu diajar pada masa yang salah . hurmm macam2 lah . tapi yang aku pasti keje cikgu ni bukan sekadar mengajar je . cikgu adalah mengajar + thousand work ! uruskan fail lah . buat soalan lah . uruskan itu ini . persatuan , unit beruniform , jaga budak . haih macam2 lah . tak terkata dan tak tersenarai aku . menyesal ke ?? tak sama sekali . bukan aku menyesal tapi aku rasa kagum ngan senior2 cikgu kat skolah nih dan juga semua cikgu2 dalam dunia nih . macam mana dorang ada masa untuk semua benda ye !

SMKTJJ2 ni aku tengok susunan bangunan agak teratur la . takde bersepah sana sini . siap bertingkat2 lagi . dah cam kat lereng bukit je aku rasa . dah la masa praktikal skola atas bukit . hehee bezanya skola ni banyak bangunan wo0~ puas la aku menapak ke sana sini . menggigil jugak la kaki nih .. dah lama tak banyak berjalan kan .. kurusnya tak jugak . hahaa kelas pendidikan khas pun boleh tahan . cuma 1 bangunan yang 4 tingkat . selainnya 2,3 tingkat je tapi memang la mengigil lagi kepala lutut ni nak mendaki . selalu kalau bangunan belakang yang paling tinggi tu mau 2,3 kali aku stop amik nafas dulu . sampai kat clas dah semput . phew~ #makciklasangat pentadibiran yang tegas dan kadang2 timbul humor boleh buat kita rasa stress tapi ada juga masanya buat kita rasa okeh takde la tegas sangat . tapi kalau tak tegas memang la cikgu2 akan pijak kepala kan ... masing2 bajet ketua #akudahjumpasekolahyangmacamtu jujur aku memang tertekan dengan suasana yang stress je nih . aku susah sikit nak handle stress . mesti makan diri + makan dalam . tapi apa nak buat kan . kena la terima . huhuu tak leh komen banyak2 pasal pentadbiran . hahaa nanti memang makan diri beb . shhh ~ diam2 ..


kat sini la tempat aku sekarang .. (walaupun sepatutnya dak sains kemanusiaan) huhuu


salah satu benda yang aku suka adalah trend sekarang ni yang mana bilik guru diasingkan ikut jabatan . mungkin ada kelemahannya which is cikgu2 ni kurang lah bergaul antara cikgu2 dari jabatan lain kecuali kalau kat kantin . hehee haruslahh kan ... kedua kalau cikgu ni dalam jabatan yang satu ni tapi dalam masa yang sama dia ajar subjek laen yang under jabatan satu lagi nih .. huh mau menapak kat satu2 jabatan ni bukan dekat . klau bilik guru yang diasingkan ikut jabatan ni akan nampak lebih tersusun lah . ketua jabatan pun senang nak pantau . takde la macam dulu2 semua ketua jabatan duk dalam satu bilik tak tau langung cikgu2 bawah jabatan dorang buat apa kan . sekarang ni semua nampak depan mata . tak bley nak enjoy2 sangat . okeh bab enjoy tu memang aku nampak kurang . atau mungkin sekolah ni agak skema kot . baek2 je cikgu nya atau aku yang tak nampak lagi . sebab skola aku dulu hah kau meriah gila pejabat . sapa yang tak bergaul ngan masyarakat memang takkan duk bilik guru la . riuh semacam . lom bisnes lagi .. lagu lagi .. paling best mukabuku nya lagi .. fuhh memang release tension kat dalam bilik guru . papepun setiap skola haruslahh lain kan . kalau tak mana nak ada identiti sendiri .

skola ni aku tengok populasi pelajar 70%cina , 20%melayu dan 10%india . jadinya korang akan nampak budak cina je ... adelah budak melayu terselit2 antara dorang . india tu korang susah sikit la nak nampak sebab agak sikit juga lah . aku ni dah la tak penah ajar dak cina . huhuu mula2 memang tak tau nak cakap cam ne . kalau yang faham baahasa melayu ok lah . klau yang tak faham tu ... kau mampu ? hurmm memang tak lah . tak leh nak kata ape . kang aku speaking lagi dorang tak faham . bab2 biadap ni kat mana2 sama je kan . ape yang aku bleh buat sabar je lah . selawat berzikir banyak2 . ayat kursi berpuluh kali . semua jadi bahan penenang aku . klau nak difikirkan sangat memang aku dah lama terjun bangunan . seb baek iman masih kuat . huhuu pape pun memang tough ! sekolah ni kebanyakkannya ada 8 kelas untuk 1 tingkatan . A-H . hurmmm masa praktikal satu sekolah ada 8 kelas je . masa sekolah dulu aku tak amik port sangat clas2 laen . asalkan aku selamat dalam clas sendiri dah cukup dah . aku pun bukan campur orang sangat masa skolah dulu . cuma masa form6 je la kuar dari kepompong sebab kawan2 suma tak pindah . hehee kelas2 exam semua dekat ngan blok pentadbiran . kelas2 laen dekat blok belakang2 . clas form 2 je aku tak penah lagi jumpa setakat ni sebab dorang sesi petang . clas form1 pun jumpa dua kelas je A dan B je yang ada waktu pagi . yang lain sesi petang .

hopely hari2 yang mendatang akan menjadi semakin baik dan bukannya semakin teruk . harap semua akan berpuas hati dengan keje2 yang aku buat (walaupun ada yang lom siap lagi . hahaa) budak2 pulak akan menjadi semakin ok . penat lah nak menjerit je . suara dah jadi minie mouse balek kan . lama lah nak berlatih vokal untuk jadi semakin lantang . huhuu ye betul aku tak suka bagi budak keje sekolah sebab aku dulu pun tak suka buat homeowork . tapi nak buat macam mana dah memang kena bagi kan . huhuu kena bagi juga lah . pasni aku rase cam nak bagi nota yang dah siap je . boring kot nak salin kat papan putih . buang masa jugak .  lagipun tulisan aku tak lawa . ramai yang tak paham ape yang aku tulis . aku tengok balek ape yang aku tulis pun boleh ketawa sendiri . hahaa


SELAMAT MAJU JAYA !!!!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...