Wednesday, March 28, 2012

jom jalan !

jalan bukan sebarang jalan ... niat sebenarnye nak didik budak2 untuk berdikari la . katenyer ... hehee nak ajar dorang camne nak beli barang and camne nak beli tiket wayang dan juga popcorn . ehh ? hehee masalah problemnye sekarang ... nak ajar budak beli barang ikut amount duit yang dah dibagi tapi ape cer cikgu2 yang shopping lebey ? hahaa tapi best jugak lahh . pening kepala nak handle budak2 ni cari barang . time tu lahh xtau nak buat ape . penuh barang aku je dalam troli tuh . hahaa takpela . seb baek dapat budak yang sporting2 . eheh senang je nak handle . kuku besi la katekan . untuk pertama kalinya pegi Today's Mall kat Tiram . tak pernah masuk lagi tapi pernah la lalu sebelah shopping complex nih . kami pun sampai memang gila awal lah . bagus jugak lah takde la mase program ade ramai orang kan . lagi la pening nak handle budak lagi . nak cari yang lesap lagi . hahaa seb baek takde ape yang berlaku.

nadir takde . die amik gambar .
dari kiri Jia Jie, Umairah, Afifah, Fatin, Fauzan dan Farid
belakang : kak ikin and me


nampak per0t aku je . haih !


so0 settle shopping kami terus pegi ke tingkat atas untuk sesi (cehh sesi...) beli tiket ngan popcorn . comel je aku tengok budak2 ni terkial2 pegang duit . hah cam tu lah aku dulu masa belom kenal duit . sekarang nih bukan aku yang terkial2 tapi cashier yang terkial2 nak amik duit aku . hahaa arini tengok John Carter (again..) . tapi ni best ade unsur lawak, serius, perang2, lawan2, bom2, pelik2 , ntah pape , hahaaa ape aku nih ? so0 sebenarnye sangat sesuai lah untuk tontonan ramai walaupun ade terselit sedikit keseksian (sikit jer..) tapi seb baek they all pakai tatu . so0 xde la nampak sangat . heheee

so0 far enj0y walaupun ade sedikit masalah yang timbul tadi .
tapi mane dah aku letak tiket . ado0i tak bley nak claim . xpela .. xde rezeki .. huhuuu








doodles

comel gila doodles nih ... kreatif beben0r .. ehek !


agak2 kalau buat macam ni kat umah ape reaksi mak ehh ..



doodles ni boleh tengok kat area pend khas aje . kat tangga area sudut bacaan . ngeh3 .






Tuesday, March 27, 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.



p/s : aku c0py dari member ehh .. huhuuu tak bertanggungjawab terhadap pape hal yang tersirat dan tersurat . eheh~





Monday, March 26, 2012

KKGS

hari ini hari isnin . seperti kebiasaannya hari isnin ade perhimpunan mingguan . tapi perhimpunan mingguan kali ini ade sedikit kelainan . (skema gila ayat . demam lagi ke ?) . tetibe aku rase tenang je . hahaa .terase macam pegi konsert super junior lah . duk dengan semua E.L.F . perghh ... hampir semua cikgu2 pakai baju warna biru . aku pakai biru jugak tapi warna suci sikit la . hahaa kena tengok betul2 baru timbul birunye . jujur mula2 aku tak paham pun ape yang berlaku . ntah . blur kot . sebab tunggu SuperJunior tak muncul2 . hahaha over ! tapi setelah akak kiter~ berucap aku macam ade sikit paham la . eceh ! bodek ke ape aku nih ? pastu aku duk dalam dunia aku sendiri . phew~


orang2 kuat dan orang yang terkuat ..

bile pelancaran start aku tetibe bley terbayangkan nih ..

terbayang kejap je . tak sampai 5 minit pun . hahaaa

ok dapat ni .



sedar2 aku dapat benda kat atas nih . okeh nampak cun ! see my baju . ade biru kan . ok lettew~ hahaa
best jugak sekali sekala ade theme warna nih ... baru nampak class .. kalau lah setiap hari ade theme warna kan best . baru la nampak sepakat membawa nasi berkat . yess !



sem0ga kebirus terus sukses selepas bertukar ! (rebranding) menjadi KKGS !







Food Complaining Day !

aku tak tahu la ape yang tak kena dengan hari ni . huh ! makanan semua serba tak kena . apada nasib2 ... semua nak merungut ... bukan merungut der tapi customer service kan ... kena la tip top wehh ... kan dibayar .. bukan free2 ... firstly aku nak citer adalah (yang ni memang kegeraman yang terlampau !) pasal sambal . niat murni aku adalah nak beli sambal je kat kedai tu sebab dah beli nasi kat tempat laen . nama kedai perlu dirahsiakan untuk mengelakkan kejadian tak diingini di kemudian hari . meleleh jugak mase aku tengok lauk . tapi dah set kat hati nak beli sambal sahaja . taknak la membazir duit sangat . tapi ! gila bet0l ... memang pada mulanye tenang je aku amik 2 sudu . sikit aje la sambal kot .. banyak2 buat ape kan . siap dah kuar duit lagi . singgit la paling mahal pun . but end up aku kena RM2 !!!! gila tak uo0llss~ sentap gila ! time tu aku memang dah tak terkata ape la . diam je . sampai luar kedai memang abes la aku sumpah seranah sepanjang perjalanan balek ke rumah . dah la jalan kaki . jauh ok kedai tuh . siod gila !



inilah sambal 2 sudu 2 hengget tuh . ciss !

nasi aku beli kat mamak ni walaupun 4 hengget tapi cam nak pecah perot kenyangnye .


ABC cekik darah !

ABC ni memang satu hal betul ! ABC biase je pun . 3 hengget . mangkuk betul lah .. ade ke patut aku tnye la orang yang buat tu mane kacang . dalam gambar ade kacang . selamber je die cakap . 

"ohh kacang dah abes"

ciss ! kalau cakap awal2 bley jugak aku tukar yang lain . aku memang nak makan ABC . takkan lari punye laa .


yang ni pulak Nasi Goreng Ayam . tak pernah lagi aku makan yang macam ni rupenye ..

sekian FoodComplaining daripada insan yang sangat suka makan .
ehek !!







dekat tapi jauh ..

dah tinggal seminggu lagi baru la dapat jumpa muka2 kakak2 yang aku rindu selama nih . rindu wehh dulu masa belajar (bunyi macam dah sepuluh tahun grad !) selalu jumpa muka2 nih . hampir setiap hari . jatuh bangun pasang surut . tetibe je sem 8 semua terpisah dan sangat jarang jumpa . then mase grad ade jumpa kejap tu pun tak semua . xde lepak2 (mungkin aku yang tak join) . walaupun aku rase macam aku ni takde la rapat macam dorang rapat antara dorang tapi aku sayang semua . yang paling penting aku sayang semua kawan2 aku tak kira sape dorang perangai dorang or even the way of life dorang . korang bukan sesape tanpa kawan dan kawan2 lah yang sebenarnye mencorak kan sape diri korang . so0 choose the right person to be friend with or if u find they have some sort of bad quality just judge them based on their only good quality and there u have what we call FRIEND because no one is perfect  . terima je mereka seadanya macam mana mereka terima kita sebagai kawan ... 

tak semua ada tapi ok lah daripada takde langsung .

i just  my friend so much! no words to be describe . i really appreciated who ever want to be friend with me or even speak to me . (sound desperate ! hahaa) . bila lahh dapat jumpa lagi macam ni .. huhuu walaupun kejap tapi berbal0i2 .. yelah kita ni dekat tapi macam jauh ... (lagu la kononnye - dekat tapi jauh) dapat tengok depan mata semua sihat walafiat even ada yang makin kurus or aku yang makin besar then rase semua orang makin kurus . hahaa put on some weight kakak2 . risau aku tengok . 


agak panjang duration citer ini ye .

disebabkan kuar kul 5.30 tak banyak yang dapat buat . huhuu tengok movie je la .. takde banyak citer yang best pun . seb baek lom tengok TheHungerGames . trailer macam best . sekali tengok .. uhuk ! 2 jam lebey okay ... masuk lambat sket sebab berdepan dengan pekerja sebuah restoran makanan segera yang (maaf cakap) sangat lembap ! aku ingat la hebat citer nih . upenye 1jam pertama memang sangat boring duk tunjuk perjalanan dorang nak enter HungerGame tuh . seb baek la 1 jam yang selepas tu kira ok la jugak cuma takde la tunjuk sangat keperitan HungerGame yang digembar gemburkan dalam 1 jam pertama tu . yang sangat obvious dalam HungerGame ni adalah memang akan mati . then ending nye alamak .. apakah ................. 

even balek dah tengah malam menginjak ke pagi heheeee tak rasa penat langsung walaupun es0k pagi ni sekolah . hahaa buktinye . aku sempat lagi nak post entry nih . great moment . hope lasts forever !





Wednesday, March 21, 2012

wordless wednesday : ubat gigi ? besar ?

dah sejam dalam kelas baru aku perasan satu benda . hahaa



aku ingatkan ape tadi .



|
|
|
|
|
|
|
\/




rupanya ini . ado0ii der ..


hahaa~
budak2 ni memang 'the best' lahh !







Thursday, March 15, 2012

paprik is the best !

antara masakan wajib setiap minggu .
ikut cara aku memang simple aje ...
acane nak masak ?


ini gambar ori bukan copy . hahaa



Bahan-bahan :

Ayam - dipotong kecik then goreng separuh masak.

lada cili + halia + serai - ditumbuk bersama garam

lobak merah - dipotong macam dalam gambar . (hahaa bm failed !)
kacang panjang - seperti dalam gambar juga.
bawang merah - potong wedges .
daun limau purut
asam jawa

sos cili - 3 sudu makan
sos tiram - 2 sudu makan (jangan banyak sangat kalau rase nak idup lama - masin wehh)
sos tomato - 2 sudu makan
air
gula
garam


cara nak berperang ngan kuali :

1. goreng separuh masak ayam yang dipotong kecik tadi .
2. tumiskan lada cili + halia + serai yang dah ditumbuk .
3. masuk 3 jenis sos . sukatan tu ikut suka la kalau rase tak nak ikut ape yang aku buat . hehee aku pun biase pakai letak aje .
4. kalau macam pekat sangat masukkan air sikit .
5. masukkan ayam tadi then tunggu kejap then masukkan asam jawa ngan air rendaman sekali .
6. daun limau purut kasi koyak sikit supaya ada bau ..
7. okeh dah boleh masukkan sayur and tunggu sampai sayur lembut .
8. sedia untuk di makan . ehek !


macam ade sesuatu yang tertinggal . nanti update balek ...
SELAMAT MENCUBA !







makanan yang aku tak boleh makan .

baru je settle masak selepas terkejut bila sedar2 je mak ade depan mata . hahaa aku tertido rupanye tadi lepas post kat blog . uhuk ! maap mak . memang dengan sepantas kilat lah aku terus bangun n masak . aku masak memang takdalah walaupun separuh sedar . heheee so0 paprik ayam lah habuan untuk hari ini . sekarang aku tengah fikir balek . ape aje aku buat pagi tadi sebelum aku bamm ! tertido . aku rase aku ngan mak duk packing barang dan amik gambar barang2 yang dah dibeli sebagai record . kot la ade yang missing in action . sebelum tu aku dah soal siasat sekor2 kittens semua behave ke tak sepanjang aku tido pagi tadi . tengok muka masing2 aku macam tak suspect pape . so0 sekarang aku nak check balek barang2 . nak tunjuk lah ape benda merepek dan interesting and also wajib beli setiap kali aku pegi pantai timur . hahaa memang kebiasaanye takde bende lain lahh . memang itu yang personally akan aku beli . baek lah .. antaranya  ....
sila skroll ke bawah 


ntah brape kilo mak beli . sedap .

ini adalah favorite aku . hehee

favorite jugak . mula suka lepas Zie housemate mase praktikal bawak dari umah die .

aku tak suka ni . tapi aku beli sebab ini adalah antara favorite abah .

all time favorite tapi mak beli yang besar lak . aku nak yang kecik . walau macam mane pun aku tetap takleh makan .

ini pun tak boleh . hurmm tengok saje.

semua bukan aku punye kecuali oat krunch ! heheee ini barang special untuk atok blah abah . selalu aku nampak dalam peti ais so0 decide beli la sket untuk die . tambah stok .

ini luar bidang kuasa aku . mungkin masa beli keropok lekor . tak sedar .

ini buah aku memang tak makan . beli untuk ape pun tak tau .

satu sira dan satu suci . hahaa puas makan . tapi aku memang tak suka yang sira . so0 melantak yang biase saje .

beli banyak untuk hasmi, hani n yuyun but end up semua kena bawak balek umah la . huhuu




semua benda diatas aku tak boleh makan . tapi aku tak boleh makan sebab aku demam je . takot jadi makin teruk . huhuuu sedeh !


ni lah hasil paprik aku dalam keadaan separuh sedar . cun ! yang ni memang bedal je . hahaa














rising up !!

tido kejap je beb . bangun2 tengok askar dah ilang . g latihan ape tah . katenyer .... so0 bagus lah . hahaa . askar kecik still bel0m sedar sepenuhnya . aku pun bangun la sian mak sendiri takde geng . abah dah pegi melayan pokok kelapa sawit . rasenye lahh aku pun kurang ingat . kepala  lom stabil kan . jujur sekarang memang langsung tak larat nak buat pape . tapi ku gagahkan jua . on9 kan cuma guna jari n bukak mata aje . tak perlu bergerak sangat . hahaa perjalanan yang lama sangat buat aku lemah beb . cheesdale ! pegi balek JB yang 2 jam lebih pun bley buat aku rase nak pengsan ni kan pulak pegi pantai timur yang macam never ending journey aje . uhuk ! memang sah aku demam nih . baru je bedal 100plus sebotol besar . sejak semalam memang dah berbotol2 lahh . ok kejap . then nanti tetibe rase langsung tak bley bangun . kejap lagi mak nak pegi umah atok antar semua barang yang dirasekan cukup untuk ber caring2 ngan atok aku . hahaa mende tah aku merepek nih . da siap tinggalkan barang untuk aku masak . tapi kepala dah sangat berat nih . baru bape jam sedar . urmm .. ni pun tah brape lama bley tahan . ehek macam g oversea pulak . kecoh !!!!

ok motif post kali ni hanya nak bagitau yang aku demam . itu sahaja .





sampai jua akhirnya ..

baru je sampai (takdela baru sangat) and all the kittens are busy checking up all the stuff like they never seen it bef0re . punye lah jakun sampai aku rase kenapa la umah aku sangat kecik sekarang nih . bahagia je aku tengok . lama kot tak jumpa kte0rg . lama ke ? hahaa memang aku rindu sangat dengan rumah disebabkan banyak keterkilanan (perkataan baru dalam kamus hidup aku) yang berlaku . yang agak kelakar tadi dan sebenarnya setiap kali la kan . urmmm .. everyone seems doesn't believe when they look at our bunch of stuff . gila banyak okay . maap2 barang untuk 5 orang ok . munasabah la kalau banyak . betol x ?  siap ade yang duk usha2 kot2 kami ada ter ambik barang orang lain . aku rase kalau lepa sikit je tadi ade barang aku yang tetibe ilang . ehek biase lahh tu .. nak buat macam mane kan . syukur lah rezeki datang sekelepuk betul2 before cuti . dapatlah kami shopping like others . kalau tak aku rase memang bukan beribu bajet yang keluar tapi beribu gambar aje la . eheh ! 

ini hanyalah sebahagian . (ade sesuatu dibelakang . hihiiiii~)


disebabkan kami pada mulanya hanya naik motor aku pun konpius urmm cane eh nak bawak balek umah . kebiasaannye akan suruh bas berhenti depan umah . but then macam langsung takde selera nak mintak tolong orang buat macam tuh . seb baek lah ade yang sanggup tolong hantar kan barang2 sampai umah walaupun time tuh memang dah dekat kul 5 pagi . thank you very much !!!!!!!!!!! jasamu dikenang . so0 sekarang ni dah pening mane mau letak semua barang . tak0t tinggal tid0 kucing2 ni pulak buat kenduri . hahaa tapi aku rase perlu pikir pasal diri sendiri k0t . dah macam nak pecah kepala nih . errr ... lepak dulu stabilkan keadaan nanti baru masuk tido . kalau terus tido mau tak bangun2 nih . hehee mak abah dah settle tido tu lepas Subuh . 


ok nanti lepas puas rehat sambung citer lagi ... 
(bajet citer ngan sape tah ... perasan ! hahaa)












Wednesday, March 14, 2012

ganu kiter ..

okay sekarang mau citer kes kat terengganu . ehem3 . maaf sekiranya ada kenyataan2 yang berunsur kurang ajar sedikit . nak taip ni pun aku rase menyampah . manusia kan ..... okeh sampai2 kat terengganu tadi terus pergi kat masjid kristal . daripada semalam on the way pegi kelantan tu dah kecoh nak ke masjid tuh . sudahnye bila sampai menyakitkan hati pulak segelintir orang2 dalam bas nih . seb baek orang2 tua . kalau baya2 aku memang best la aku laha kan aje . biar tak kawan sampai mati pun takpe . ade ke patut katenyer nak pegi solat dulu sebelum pegi makan . dah terlanjur lalu kat area masjid tu kan . then katenyer .....

 " solat kat sini dulu ye . sampai 3.45pm . lepas tu baru makan "

aku ingat lagi kate2 keramat tuh . korang bayangkan la . memang kebiasaannye kalau bab solat aje bagi masa dalam setengah jam . errr apakah ... then untuk benda lain boleh pulak membazir2 masa . huh ! aku pun bajet la selalunye melayu nih (khususnye segelintir orang2 dalam bas ni) 7.30 akan jadi kul 8. aku tengok ramai je duk relax2 . tunggu yang lain2 solat aku g la amik gambar . then tunggu punya tunggu dah kul 3.45 . abah keluar bagitau dah ade orang call suh balek kat bas . WTFish ! eheh punctual pelik pulak . punye la kelam kabut jalan ke bas sampai adik aku bley tertinggal barang aku kat masjid tuh . huh ! memang terkilan betul lahh . ni perut2 lapar kebulur macam tak pernah makan punye pasal lah .

sekali sampai bas ambo0i2 .. memang aku panas . s0ry lahh eh . aku ingat selama hormat kat orang ni orang akan hormat balik . silap rupanya . memang aku silap gila . aku ni yang bodoh . thought that bila respect orang kita akan dapat benda yang sama  . sekali tikam belakang okay . bila lapar semua orang hilang sabar .  bajet aku tak lapar ke ? kte0rang pegi makan angin ? pegi nek cruise ke ? SOLAT lahh !!! sampai nak menangis mak aku bila ramai yang cakap macam tuh . pergh cam bernanah telinga aku . ape bhai ... pasal makan cepat gila  . baru aku tau beb rupanya ramai yang tak g solat kat situ . so0 what's the p0int kau belok ke masjid yang Subhanallah cantik tuh . untuk sight seeing rupanya . apesal tak bagitau awal2 . boleh aku amik seribu gambar kat situ aje beb . perghh memang aku panas . sekali je tak punctual abes orang hentam . betul lahh orang kate satu kesalahan memang boleh tutup seribu kebaikan . 

ape guna pegi sini hanya untuk sight seeing ... hurmm


memang sebelum pegi masjid tadi lahh kali terakhir semua orang tengok aku senyum dengan penuh ikhlas . aku tak leh tolerate benda2 macam ni . takde bergurau2 beb . aku anggap semua serius . bergurau bukan untuk memalukan orang lain . and cara nya sangat salah okay . takde . biar orang kate aku kurang ajar . cane yang dah jadi kat mak aku tu ? ingat mak aku takde perasaan ke ? bley plak pastu nak baek2 . untuk aku takde ye . cukup la sekali . terkesan ntah sampai bila . siap la pasni memang mul0t aku je menganjing orang . tak yah tanye suara sape lagi . memang aku lah tuh . ready okay !

geram punye pasal memang takde cara lain la . shopping la beb . biar la abes beratus pun . asalkan hati aku lapang . huh ! sampai dua bundle keropok aku beli . bila orang tanye senang aku jawab . saje la kot nanti ade yang kebulur aku bley sedekah kat sesape je . banyak gila kot beli barang kat pasar payang . dan kami sanggup tak makan walaupun dia bagi masa yang lama untuk beli barang . takut tak punctual nanti ramai lak yang merungut ! kami ni sape la kan . buat salah sikit je orang nak ungkit2 . takpe2 .... bila2 nanti bley makan . kot la stop kat mana2 . si yuyun ni pulak ntah kemane la . call takde penah nak angkat . hurm . kecewa gila semua orang aku tak dapat nak jumpa . buang masa je datang jauh2 . demam2 pulak tuh . tapi semua yang aku rindu tak dapat nak jumpa . memang aku ni salah timing la ..... hurmmm

lepas daripada pasar payang kami terus balek and stop by la kat gerai tepi jalan untuk beli keropok lekor mase on the way balek tuh . aku beli memang cukup2 untuk family sendiri sahaja . nanti ade yang mintak pulak . masa nak pegi takde orang kecoh . dah pegi nak balek ramai pulak yang tetibe jumpa nombor telefon mak aku . cantek sangat ~~


gila la arini bad luck sket ... huh !













masih di kelantan dan babai kelantan ... ehhh ?

pepagi lagi dah bersiap2 nak teruskan bershopping . cam biase lah melayu kan . aku ngan family aku tepat 7.30 seperti yang dijanjikan dah terpacak kat luar hotel . ade lah 2,3 pasangan makcik pakcik yang ada . memang muka yang sama je la orang2 yang punctual . haih aku memang menyirap la bab2 nih . sebab duk ungkit2 kan . tapi yang mengungkit tu lah yang sebenarnye duk lambat je . tak perasan orang tunggu die . die nampak orang yang lambat sket dari die je . huh ! sementara tunggu insan2 yang hot2 bersiap memang sempat sangat la aku ngan askar2 sume bergambar . fuhh lama jugak la beb tunggu . dengan tunggu driver lagi . hah elok lah yang duk suh punctual ngan driver aku rase memang betul bestfriend . sama spesies je . aku siap beli paper . dua lagi . siap abes baca dua2 paper . tak muncul2 jugak . fuhh memang bercinta kalau tunggu orang nih . klau tunggu sebab solat ke aku bley trima la . ni tunggu sebab duk bermake up kan . ehh hello0 aku pun family ade 5 orang okeh . bley je on time . nak berhias ? kau boleh lah bangun setengah jam awal . tak leh bangun awal ? boleh je tido awal . aku tido dekat kul 3 pun bley je bangun macam biase nak ke sekolah . tapi untuk matikan jam lah and bangun kan mak ngan abah . aku sambung tido sampai kul 6 . ehh3 bley je siap awal . 

shawl baru beli malam tadi . hahaa
kat sini la yang aku duk shopping tudung malam tadi . takdelah mahal sangat n takde la murah mane pun . ok lahh~

sarapan pagi aku . nasi dagang+nasi kerabu . per0t lapar . apedehal~

sekangkang kera je rupanye pasar siti khadijah ni dengan hotel selesa . kalau tau aku jalan kaki aje . takyah nak tunggu makcik2 yang lambat siap tuh ... mase aku duk cari atm tadi pun elok je aku jalan 2 blok je dari hotel tadi . hurmm agak siod je rasenye duk menunggu orang padahal jalan sendiri dah bley sampai . hahaa kecoh pagi2 duk cari atm . yelah aku tak suka pegang duit banyak2 . bila perlu baru cari atm . dapat la berjalan2 sket kan . takdeah pegi satu tempat je . puas jugak lah aku berjalan sekitar pasar siti khadijah tuh .  cari atm punye pasal . hehee mak pun duk menunggu aku . yela blom sarapan . lapar beb . motivasi aku untuk tidak terus menerus merayau tanpa arah tuju adalah mengenangkan perot yang lapar . hahaa~  sudahnye aku melantak nasi dagang ngan nasi kerabu sorang2 . tak sempat nak amik gambar nasi kerabu sebab dah selamat masuk perot baru teringat nak amik gambar . hahaa naseb lahh ..

kat pasar siti khadijah aku beli tudung, kain pasang ngan telekung aje . and the best part is keychain . the best souvenir ever . pelekat peti sejuk pun aku beli . banyak wo0~ heheee seratus jugak lah abes . beli tanpa berfikir . cam tu lah jadinya . sebat aje lah . bila lagi kan . lepas lepak jap kat situ kami gerak g pantai . lawak gila dah menapak ke pantai bley pulak ade yang cakap tak payah turun la nak kejar masa . gila tak . what's the point kau drive ke pantai hanya untuk tengok dari dalam bas . daaa~ baek tak payah . ape punye fikiran ntah . kesah ape aku . kalau tak sabar sangat balek sendiri pun aku sanggup lah . tak fikir yang dah memang lembap2 pun perjalanan sebelum2 nih . urghh~ menyampah gila la aku bila ingat balek . biar la nampak macam jakun pantai . dorang tak tau bezakan pantai kat pantai timur ngan pantai barat . bagi aku banyak beza lah . dengan ombak n pantai yang tak luas tu . okeh sekarang aku boleh berlagak sebab aku belajar geografi sedangkan dorang tidak . hahaaa 


mak buat peace pun muka nak sedeh . memang lawak lahh .


sekian lah di Kelantan . panjang umur datang lagi . sedeh tak dapat melunaskan hajat terpendam 1 setengah tahun tapi dapat ditebus sedikit dengan melihat tempat orang . jauh datang kan . apedehal demam . bley hold dulu . buat macam takde pape . padahal masuk je dalam bas macam nak pecah kepala . hahaa tengok jap lagi dapat jumpa yuni ke tak . dah on the way ke Terengganu ni . aku duk call die dari pagi tadi tak berjawab pulak . ape kena lak ngan minah ni . huh terkilan lah tak dapat jumpa kawan2 . wehh jauh tau aku datang . memang salah timing lahh ! papehal pun tido dulu la . perjalanan masih jauh .. phew~



p/s : ye sekarang memang aku dah tak edit2 gambar . MALAS !








salah timing ?

puas jugak pegi wakaf che yeh nih . nnak dekat serat jugak lah aku abes untuk 'diri sendiri' . hahaa cakap pasal orang lain nanti bunyi cam mengungkit pulak . tadi sebelum pegi pun aku dah berabeh duit jugak menunggu orang2 yang dikatekan sangat lah punctual . #tangandidadamatatengokatas bajet sangat kan . brape kali dah ni die jugak  yang lambat . kteorg cam biase la kena marah ngan abah lagi suh cepat2 . bagus jugak ikut cakap abah dapat beli shawl baru . dua lagi aku beli . hahaa yang tak tahan nye warna pink . bajet macam nak pakai untuk puteri islam lah kan . tapi teringat lak masa perhimpunan aritu PK Koko dah cakap pakai tu biar nampak macam uniform puteri islam . hehee sebab ade yang aku nampak pakai macam nak pegi mesyuarat puteri umno . hehee kalau kat sekolah, bergaya sangat pun tak best . so0 bila dah beli baru aku terpikir pasal tuh . no prob esok pagi bley pakai . cam match dengan t-shirt aku . hahaa sempat~

tak jadi nak jumpa hani . takde transport katenyer .. takpelah memang die takde transport sendiri . lagipun final vanila cokelat . aku dah agak memang takde sape nak kuar . mak aku tadi pun kate nak tengok . tapi aku berjaya yakin kan beliau untuk tengok kat tonton.my aje . ehh3 dah berjalan tempat orang takkan nak duk bilik je tengok tv . tak berbaloi lah . aku yang demam ni pun redah je berjalan tanpa fikirkan kemudian hari . hahaa gagah dan gigih la aku . nak buat camne . sape tak sedeh tak dapat jumpa sesape kan . jauh aku datang . untuk datang lagi memang makan masa la . ntah brape tahun lagi . tunggu aku pulih dulu trauma 12jam dalam bas . urghhh~ bas lembap ! aku mengejar makan je kat wakaf che yeh ni . lapar der sehari suntuk tak jumpa nasi . 


perot dah kenyang . nak jalan pun sempot . seb baek selamat sampai bilik . mandi ppun sudah . salin jersi baru pun sudah . hahaa okay jom tengok vanila cokelat ! mak abah dah selamat tido pulak . tadi excited sangat nak tengok . penat sangat kot .. takpe lah . ehek bestnya internet dihujung jari . enjois~ teheee






Tuesday, March 13, 2012

gomo klate gomo vanila cokelat !!!

memang cun lahh pegi rantau panjang . dekat 2 rat aku abes untuk diri sendiri . hahaa sekali sekala kan .. esok lusa ade lagi masa nak membazir duit . ehek ! aku memang rimas la g tempat ramai2 orang nih . tapi klau tempat tak ramai orang mau kopak la duit kan mesti mahal2 . hujan pulak tuh . hehee memang stuck kejap . aku duk carik barang yang aku sendiri tak tau ape yang aku nak . duk merayau2 last2 jumpa bahan baju yang murah . sepasang rm15.90 je kot . cotton . even cotton murah at least bley buat baju . selamat 6 pasang tros aku beli . memang cun lah . pejam mata je aku bayar . bukan akunye aje . semua sekali aku bayar . termasuk dengan yang orang lain aku rase ade 10 pasang kot . 2 pasang samping lagi . selimut 5 .  bnda paling wajib- toto n banyak lagi lah . ntah pape je . 
baru je lepas ujan 
 bila ujan perot pun lapar lah . tapi abah tak bagi makan . takot lambat katenyer ... biar orang lain lambat takpe abah . kte ni orang pandang rendah je . takot lambat sket nanti habis kena marah . so0 kena la ikat perot makan la kat mana2 nanti . ikat tak ikat . tak tahan aku . nampak lak jagung . hahaa sebat aje la . jagung rebus + cendol time2 baru lepas ujan . memang syiok~ hahaaa 

besarnye aku ! haa katne nih ?

|
|
\/
tempat shopping terbaek untuk makcik2 .. katenyer~

kat pengkalan kubor aku ngan family aku takde beli pape . mahal kot situ . niat memang nak jumpa sepupu abah aku je . dah lame tak jumpa . die pun dah jadi orang kelantan . senang citer mengundi pun dah kat kelantan . takde balek muar dah . setahun sekali je kot balek muar . so0 dah terlanjur pegi kelantan nih abah aku nak jumpa la die sekali . aku pun dah lama gila tak jumpa die . die pun baru je lepas bersalin . hahaa baby kecik lagi . dapat jugak olah tengok . yang tak tahan tu telo dah ikut kelantan . tapi bila kuar jawa nye memang pekat lagi . hahaa terbaek~

hahaa apesal aku tengok muka sume ikut muka mak ehh ..

muka sume macam ape je dah penat gila . hahaa tapi puas lah jalan2 dapat jumpa long lost sedara (raya tak penah lagi terserempak ngan dia) . sekarang ni on the way balek hotel . sempat lagi aku post dalam bas ni . malam ni nak pegi wakaf che yeh . hopely dapat jumpa hani . hasmi dah diam terus tak kate pape . aku anggap as takleh jumpa je la . tapi malam ni final vanila cokelat . nak ke dorang jumpa aku . tengok je la malam ni macam mana . ade jodoh ade la . kalau dah tak dapat jumpa memang salah timing la aku datang nih . ni pun dah memang salah timing nak naek jambatan . gila jem dah 1 jam dah nih . #apepontakboleh ape lah yang terjadi sebenarnya ehh .. tak gerak langsung . aku rase kalau jalan kaki memang dah boleh sampai dah .


punca jem lebih 1 jam !

okeh sekarang bas dah bergerak . jap lagi rushing siap2 nak pegi wakaf che yeh . aku plan nak cari tudung . tengok la macam mane nanti . vanila cokelat tu bley hold . nanti bley tengok kat tonton.my jer . tak sabar rasenye nak tengok kali ni sape yang tak on time . duk cakap lebeh . terkial2 jugak nak bersiap . bagus jugak kalau dorang lambat sempat aku jenguk2 kedai tudung yang ade kat sebelah hotel tuh . macam cnu murah jerk .


daa ~




keretapi tanpa rel . phew~

kesahnya cuti2 ni dengan gaji baru masuk lagi memang lah cun kalau berjalan2 .. niat murni nak jumpa kawan2 yang dah bertahun tak jumpa . jauh wehh .. jujur aku memang benci perjalanan yang jauh2 ni . tapi kerana kawan ku gagahkan jua . mula2 memang plan nak pegi sendiri . but then kebetulan mak dah masuk nama untuk rombongan cik kiah die sebab taknak tinggalkan aku sorang2 kat umah masa cuti sekolah ni aku tersengih je la . ape lagi . ikut je la kan . takkan nak tolak . hahaa menipu sangat la kalau taknak ikut . nak merempat mana pulak kan. lagipun cuti2 ni nak jumpa family tapi dorang sedap2 berjalan aku duk sorang kat umah . ohh no0 nehi2 la kan . so0 dengan demam2 ni aku pegi jugak lah . nak jumpa kawan2 , nak shopping2 , nak jalan2 tempat orang . semua tu motivasi walaupun rase dah nak tumbang je . 

abah aku punya la punctual sampai kteorg semua kena marah sebab lambat nak bersiap . sekali sampai kat masjid sorang pun takde . hahaa . biase la . aku layan kan aje lah ... tunggu punye tunggu masuk waktu isyak . bagus jugak . nanti dah tak payah la nak solat kat tempat lain . janjinya pukul brape ntah . biase lahh melayu kan . sudahnye dekat kul 10 aku rase . fuhh memang mata dah nak tertutup . sebelum bas sampai habes semua duk heboh pasal excited nak berjalan la nih . sekali bas sampai ....... aku la orang pertama yang terlopong . besar lopong aku ! bas 1st clas beb . memang 'persiaran' gila ! okeh memang aku dah tarik muka . gila ape nak pegi kelantan yang bapak jauh tu naek bas macam tuh . siap cakap lagi dah penah pegi langkawi nek bas nih . gila ape . meletup la bas tengah jalan wehh .. serupa bas sekolah mase aku sekolah dulu . demn !!! sabar syaz sabar ....

memang dah aku duga . aku konpius sebenarnye aku g kelantan ni naek bas or naek train . perghh siyes aku cakap train lagi selesa mungkin . nak buat camne kan . banyak pengalaman katenyer~~ kalau bas dah 3rd clas punye bas kau banyangkan lah speed nye . haruslah kelembapannye terserlah kan . ayu je . aku rase kalau ade kete kancil lalu kan sebelah tak payah full speed pun dah dapat potong . silap2 basikal lagi laju . ok safety 1st lah kan . sedap kan hati . tapi lambat sangat beb !!! sepatutnye pagi2 dalam kul 7 dah bley sampai . sebab sebelum nji aku pegi memang cam tu la kebiasaannye . tapi ni dah dekat tengah hari !!! tak silap aku tadi dekat kul 11 lbh kot baru sampai hotel yang sangat selesa nih ! ok nampak sangat aku banyak merungut kan . hello0 bayar ok . hotel ni aku tak kisah la . aku lagi ske hotel bajet . bukan nak honeymoon . nak buat letak barang ngan mandi je pun . itupun aku ade dengar duk nak hotel 4,5 bintang yang dekat2 ngan hotel bajet nih ... ambo0ii bajet hebat sangat lahh kan . kau bawak bas 3rd class kau berangan nak duk hotel 1st clas . eh aku mampu la nak bayar untuk family aku kalau aku nak . gaji baru masuk bley ar blagak sket . hahaa tapi yang penting aku takde la bajet hebat sangat macam orang tuh ~ o0ppss !

bilik hotel selesa yang ada wifi tapi tak tau guna . last2 aku guna bb sendiri . ehehk !


ade flyover ... gila larh~

jap lagi nak gerak ke rantau panjang ngan pengkalan kubor . malam ni wakaf che yeh . hopely dapat lah jumpa kawan2 yang aku rindu sangat . hurmmm .. tak sedap hati nih . aku rase mst ade yang tak jadi nanti nih . tak pela . papehal shopping dulu !!! aku memang berhajat nak shopping dengan tanpa memikirkan langsung soal duit !


gambar bas tak ingat lak nak amik . demn !







Sunday, March 11, 2012

kadang2 aku memang pelik orangnye

secara jujurnya sebenarnye plan sebenar aku ke bandar arini adalah untuk melepaskan tekanan melalak dan melepaskan rindu nasi ayam goreng dekat bustand . tapi disebabkan kes tunggu bas lama sangat dan kesesakan yang disebabkan warga asing yang terlampau melampau melimpah ruah kat bandar tuh aku pun terpikir takkan nak buat dua benda tu je kan . macam tak berbaloi jer . tapi karok memang cancel la sebab masa aku tunggu bas tu ade ke patut aku lupa yang sebenarnya arini adalah hari ahad . dem ! xdapat la murah der .. mesti ramai budak2 yang tak stabil hormon duk gedik2 kat tempat tuh . euwww~ xnak la aku . buat hati mata je . maka masa berjalan dari stesen bas tuh ligat kepala otak aku pikir ape nak buat ek . beli baju pun ok jugak nih . sok dah nak berangkat . kemane ? nanti la aku update  (eceh macam orang nak baca !) #lempanglaju2pipigebuku  

masuk je wetex yang terhebat tuh aku dah terbau McD . tapi entah kenapa memang tak terkesan langsung di kalbu . askar aku dah muncung sket . hahaa nak beli guna duit sendiri la weii ! aku memang nekad nak melantak kat bustand je nanti . sedap kot nasi ayam goreng kat situ . arini elok je kaki aku melangkah menuju ke watson . yela mak suh beli shower krim . kot la ade murah ke kan kat situ . tapi aku belok tempat len pulak . ahah ! bek aku beli hadiah untuk mak dan abah yang nampak kecik comel molek tapi agak besar maknenye dan $$$ nye . hahaaa sekali sekala buat parent happy . ape salah nye . bile lagi kan . heheee


ni je mak yang akak mampu .. huhuu

memang menyeringai la mak aku . kejap je la . pastu siap touching2 lagi . hahaa bajet ahh . padahal suke senyum sampai ke telinga . abah lak macam biase . relax je . hahaa sumpah lawak la . sian lak aku tengok selalu nak pinjam2 orang walaupun 10 kali cubaan sekali je yang berjaya . heheee pasni jangan ade yang berani nak merapak sembah sentuh benda nih eh .. ok continue story la . pastu aku ngan askar duk berjalan lagi . lega rase hati . aku memang camni ahh . ble dah bajet2 gila tengok be-rat2 jugak aku abes . adehh .. tapi takpe . dapat beli baju dan lain2 tu dah kira ok lah . konon baek ahh blah awal . yelahh ari2 ahad ni kat mana2 tempat pun memang tetibe majmuk gila . macam2 bangsa ada . so nak hindar bahaya (sekali lagi) kononnye nak blah awal . girang menuju ke bustand untuk mendapatkan nasi ayam goreng yang dirindui ..

sudahnye sampai bustand ok fine ! tutup pulak . urghh !! kecewa kejap . tapi memang kejap je la . aku ternampak ade satu gerai nih tak penah pulak die bukak siang2 . so nak try lahh . cam biase takde lain . hanya nasi ayam goreng ok . standard fav aku . hahaa bapak ahh ... alhamdulillah erkkk~ sedap gila ! lepas ni boleh try lagi . kalau bukak lahh . elok kami nak blah ...... o0ppss ! hahaa shower yang mak pesan suh beli aku bley lupa kan . great ! maknanya kena lah aku patah balek . mak aih .. dengan per0t kekenyangan kami menapak kembali ke wetex . phew~ memang seksa . seksa tak seksa . aku stress2 memang takleh pegang duit . hahaa kasut la pulak jadi mangsa . kononnye memang nak guna la .. hahaa esok beb . aku memang selama ni idup ngn belas ihsan adik2 aku aje kalau bab2 kasut nih . so beli lah . lama dah tak beli Bata wehh .. tahan lama kasut Bata nih .. jangan main2 .. hopely lah kan ... sebab dulu aku beli memang bertahun2 la tahannye . lepas yang tu rosak memang aku hanya pakai selipar spoloh hengget walau kemana sahaja aku pegi .

siyes sedap gila !


yang buat aku ilang mood balek adalah tunggu bas masa nak balek . nyampah gila . dah la ramai orang luar . huh !! perempuan aku ngan askar je . yang lain suma lelaki . aku memang tak terbayang la ape situasi dalam bas nanti sebab masa pegi tadi pun seb baek dapat duduk . nak amik teksi mana ada yang sanggup even korang bayar mahal pun . tunggu punya tunggu ade satu amoii cantek duduk dekat ngan kami . fuhh seb baek . tapi memang la nasib baek sangat . ade lak tetibe muncul teksi yang memang nak g bukit gambir . elok uncle tu lalu depan kami . ape lagi . sambar je lah . aku rase pun dengan penuh kewarasan uncle tu akan bagi kami naik aje . gila ape nak naek bas ngan yang lain2 tuh . yang tunggu aje dah dekat penuh 2 bas . nak berebut lagi . memang kirim salam la . ehh time tu tadi aku memang sanggup la bayar berapa pun #under50hengget untuk dapat balek nek teksi . tapi dah ade teksi ke Bukit Gambir kan . hahaa rezeki2 . memang dilindungi la .syukur2 alhamdulillah ...





mana2 parent pun akan hilang penat lelah cari rezeki bila balik rumah tengok anak2 dorang membersar dengan baek .
aku pulak ilang semua penat lelah rungutan tekanan2 dan masalah2 yang ada bila dapat tengok mak dan abah tersenyum walaupun sikit . 
ya Allah pelihara lah kesihatan mereka sebaiknya . panjangkanlah umur keduanya untuk aku boleh balas jasa mereka selama membesarkan aku . amin ......





Saturday, March 10, 2012

dah lama menyirap dengan CEPAT !

seperti biase la setiap kali nak balek aku memang akan amik tiket dari bas CepatSedia . sebab tu je yang ade ke tangkak (atau mungkin aku tak perasan bas laen). dan seperti biase jugak lah memang xpenah sampai cepat pun . aku pun tak tau la ape masalah bas tuh . tadi agak boleh dimaafkan la sebab hujan but then sepanjang highway relax je kering kontang . rasenye bas tu gerak 60km/jam kot . takpun 30km/jam . cess .. macam bercinta nak naek bas balek . fuhh~  kecoh sangat ke aku nih ?? ok sila bayangkan eh . jangan pejam mata nanti tak bley baca ape aku taip nih . hahaa . okeh3 korang bayangkan bertolak dari JB kul 4.30pm (elok dah punctual tak macam selalu) then sampai ke Muar dlm kul 7.30pm kalau tak silap . sampai SungaiMati dalam kul 8.00pm . gila tak . huh ! yang jem tuh kat area bukit pasir aje pun . time tu paham la sebab hujan . seb baek aku turun sungai mati . kalau ke tangkak acane pulak agaknye eh ? ado0ii prob la balek ari sabtu . klau jumaat betul dah 4.30 tu straight tros sampai ke tangkak . 

aku geram sangat sampai dah tak tau nak taip ape dah (pasal entry ni aje la . hahaa). aku siap makan dalam bas tu kot . bapak lapar gila da la lama then ujan pulak kan .. fuhh siyes memang menyirap lah . seb baek la sampai kat SungaiMati tu ade ajie nak jemput. kalau tak memang entah la jalan kaki kot balek . mane ade bas awam dah . hahaa kalau ade pun aku tak penah lagi nek bas awam malam2 . so0 duk tunggu die sempat jugak lah kena hujan . hehee duk menapak dari SKAbdullah tuh (driver turunkan kat situ) . bila ajie sampai aku nak cari makanan lapar weh . hahaa macam mak tak masak kan . tringin nak belanja makan . so0 kebetulan ajie nak pegi bukit aku ikut aje la . hehee dapat lah favorite all time aku yang dah lama aku tak ngap !! SATAY !!!!!

sampai umah memang la lepak .. fuhh lega dapat jumpa semua orang dan sekalian penghuni rumah setelah menempuh perjalanan yang sangat2 la panjang . bley sampai TanjungMalim. besar dah budak2 semua . sihat2 belaka . aku rase macam rumah aku kecik betul sekarang nih macam dah tak muat . hahaa
Sekian .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...