ikut cara aku memang simple aje ...
acane nak masak ?
ini gambar ori bukan copy . hahaa |
Bahan-bahan :
Ayam - dipotong kecik then goreng separuh masak.
lada cili + halia + serai - ditumbuk bersama garam
lobak merah - dipotong macam dalam gambar . (hahaa bm failed !)
kacang panjang - seperti dalam gambar juga.
bawang merah - potong wedges .
daun limau purut
asam jawa
sos cili - 3 sudu makan
sos tiram - 2 sudu makan (jangan banyak sangat kalau rase nak idup lama - masin wehh)
sos tomato - 2 sudu makan
air
gula
garam
cara nak berperang ngan kuali :
1. goreng separuh masak ayam yang dipotong kecik tadi .
2. tumiskan lada cili + halia + serai yang dah ditumbuk .
3. masuk 3 jenis sos . sukatan tu ikut suka la kalau rase tak nak ikut ape yang aku buat . hehee aku pun biase pakai letak aje .
4. kalau macam pekat sangat masukkan air sikit .
5. masukkan ayam tadi then tunggu kejap then masukkan asam jawa ngan air rendaman sekali .
6. daun limau purut kasi koyak sikit supaya ada bau ..
7. okeh dah boleh masukkan sayur and tunggu sampai sayur lembut .
8. sedia untuk di makan . ehek !
macam ade sesuatu yang tertinggal . nanti update balek ...
SELAMAT MENCUBA !
No comments:
Post a Comment