Wednesday, December 26, 2018

Hijab Galeria JB

hai haiii kini Hijab Galeria ada di JB !!! punyalah seronok..sampai sanggup tu pergi hari pembukaan.. time cuti krismas pulak tu. hahaha sanggup gerak awal dari kampung so that sempat nak pegi sini.. hihii fyi, aku suka beli kat Hijab Galeria sebab tudung dan shawl memang wide. labuh dan besar. memang sesuai dengan yang plus2 size nih. lagipun murah dan mampu milik lah sangat...selalunya aku kirim orang untuk beli kat penang. ataupun beli on9 je. tapi ni dah ada dekat insyaAllah kalau kewangan mengizinkan dapatlah kesini lagi. Amin..


Monday, December 24, 2018

WEDDING : TERIMA KASIH SAHABAT2

terima kasih semua sahabat handai yang datang.. terharu betul rasanya sebab yang jauh pun boleh sampai.. hehehe i feel the LOVE. semoga Allah balas semua jasa baik korang. sayang semuaaa! gambar bercampur2 kualiti.. hehehe tapi yang penting rekod tu ada. ada yang photographer sempat amik. ada yang aku amik dari fb dorang. haha ada yang aku selfie je. senang pegang phone sendiri. haha tapi ni sebahagian saje.. ada yang tak sempat ambil gambar pun.. huhuhu rugi kannn.. ada la sorg bestfriend tu pun tak sempat nak amik gambar.. rasa ralat sampai sekarang. hahaha datang2 je kena jadi AJK goodies.. yelah ada orang tu sibuk naik bot kat Muo. hahaha enjoy gaisss..



bestfriend for life.. dah beranak pinak.. maklum lah aku adik bongsu dalam geng.. so kawin paling last. hahaha

Sis Timah - ini punya bestfriend for life taktau nak kata macam mana lah.. hahaha separuh nyawa.
Ina - pengapit merangkap geng jugak haha rushing dari JB ni. thanks a lot weh.. T_T

Adda, Sis Timah, Salinah+Medina, Ayu -  bestfriend for life jugak.. team susah senang tempat kerja.. family terdekat bila berjauhan dengan family sendiri.. ada sorang lagi tu Put tak dapat datang sebab demam teruk. kesian kat dia.. huhu

Sis Dalina dan Wan Fazli serta Khalisya - dapat datang masa nikah je sebab ahad tu ada orang kena pegi sekolah. hihi ini geng JJCM
ada jugak yang sampai super awal. tak siap makeup lagi. haha sebab tu muka aku macam alien.. tapi sebab taknak lepas moment punya pasal.. alien pun alien lah asalkan aku ada simpan gambar. haha sanggup aku berkorban. sebab KakZie sampai lambat sikit. dia ada job pagi2 tu. ni pun memang makeup agak express. siap pun memang time Suami dah sampai kat tempat bersanggah. hahaha


Sarah - teman susah senang praktikum. thanks weh jauh2 kau datang..sayang kau T_T

Kak Teha - walaupun masa dia datang tu aku tengah makeup tutup mata tapi suara tu aku kenal betul hahaha

Kak Ita dan Kak Win dan Mai juga ..hihi ingatkan tak dapat datang. yelah sebab ada orang tu nak grad taekwondo. tapi tak sangka dia lebih sayang kat AuntySaz. haha

Mira - datang kejap sangat ni. macam ribut. 

Kak Shikin - kakak kawasan merangkap penaung kelab kebajikan adik2 newbie masa kat JJ2 dulu haha haa time ni muka aku dah senonoh sikit. cuma belum sempat tukar baju. 

Mas - kawan masa kat UPSI. orang segamat je ni. member pertama bergambar lepas siap pakai baju semua.

Dayana dan Azie - berstfriend for life dari sekolah lagi.. sayang korang!

rakan sekerja rakan sebawang rakan se-makan macam2 rakan hahaha

NurulAmieraShahida - ni bukan bestfriend je hahaha
geng kuat UPSI..susah senang bersama. hahaha gitchuu~
masa kat UPSI dulu aku ada 3 geng besar. haha macam beria sangat kan bunyinya. salah satunya geng JOHOR. walaupun tak BangsaJohor sangat. sebab ada selit2 dari tempat lain. sebab aku tengok memang dalam kelas tu melekat je ikut negeri masing2.. lebih senang sekepala kot.. tp geng aku ni kteorg takde lah geng sebab satu negeri. mungkin sesama boleh click. sekali tanya asal masing2 memang satu negeri. haha sebab tu lah kot korang selalu jumpa orang lepak dengan budak satu tempat dorang. bukan berniat sangat pun nak sifat kenegerian. tapi sebab Allah takdirkan siapa yang kita selesa bersama. dalam geng ni 1st aku jumpa Ema dengan Ina. masa orientasi lagi. yang lain2 tu rapat  bila dah start kelas. alhamdulillah semua ada kecuali Achom sebab anak dia tak sihat. terima kasih Allah sebab temukan aku dengan dorang nih. 

Ina - bagi aku dia ni ada jiwa paling kental. main redah je. haha tahap confident tu jangan citer lah. memang adore. haha thanks Ina sebab sudi jadi pengapit aku. Maaf terkasar bahasa tersilap kata. hehehehe
Ema - paling tinggi paling 'curl' hahaha aku selalu lepak rumah dia ni. kadang macam tak click tapi ntah aku boleh spend berjam2 kat bilik dia. haha tapi dia dah duk Segamat so terpaling jarang jumpa.
Acik - yang ni pun spesies macam Ina.. pakai redah atas tiket confident. haha rumah dia paling dekat dengan tempat kerja aku tapi sekarang dia dah duduk jauh kat Pontian. kalau jumpa dia ni seram sikit. banyak soalan yang unpredictable akan keluar. hahaha dia lah orang 1st dalam geng yang tanya aku pasal aku bertunang. haha meremang bulu roma. rasa tercekik.
Nani - tangga kedua paling confident lepas Ina. hahaha kakak kawasan sangat nih. cakap lah ape pun tapi jiwa tak goyang. haha anak 3 dan terpaling berkemungkinan untuk tambah lagi. haha tak pernah tak ceria hidup kau dengan soalan2 panas Nani. dari dia lah ayng aku boleh tau macam mana berita aku bertunang boleh tersebar. hahaa geng bawang paling seram.
Ain - ni geng paling pandai masak beb. takleh nak lawan. pape kat tangan dia mesti jadi. haa ni lah orang pertama yang tahu. yang menyebabkan Acik dengan Nani boleh tanya aku soalan cepucemas tu.. apelah aku boleh lupa makcik aku satu sekolah dengan dia. hahaha niat konon nak berahsia sangat kan. padan muka aku. hahaha

Ikin - antara geng Johor yang tak bape Johor. sebab dia orang Selangor. but who knows.. perancangan Allah itu hebat. sekarang dah kahwin dengan orang Johor dan mengajar pun kat Johor. haha


sebelum balik sempat lagi tu satu lagi gambar. haha meriah kau Ikin satu family..

Luqman - ni geng UPSI dulu. lebih kepada kenalan Suami lah. bakal tunangannya ni orang BukitGambir je. hihi

Mai -  bestfriend for life niiii.. hahaha dengan family2 dia sekali aku kenal. dari MakMek sampai ke adik2. kalau Mak terasa jauh (padahal 2 jam je) ada MakMek kat sini. haha

Yati - ni geng sekolah weh. geng form6. haha time tu melekat je kami 4 orang. aku, Suzy, Ina, Yati. tengok2 kau kawin dengan jiran Atok aku. hehehe jodoh betul. 

Kak Bai, Kak Yana dan  Faiz Suami Kak Yana -  kakak kawasan dalam sekolah. haha lebih kepada geng membawang lah. ni stock2 orang keje tiptop. haha 

Uncle Nasser dan wife - orang yang terpaling baik aku jumpa sejak duduk kat EhsanJaya dulu. banyak kenangan manis dengan dorang ni. baik sangat sampai aku jadi malu. haha dah macam family sendiri. thanks Uncle Aunty sebab dulu selalu jaga dan amik berat pasal Nurul. Allah je dapat balas kebaikan Uncle dan Aunty.
Kak Miza dan seluruh ahli keluarga - bestfriend for life ini dah macam Mai. semua ahli keluarga dia aku kenal. hahahaa ni completed set family suami dia. en.Razee. tak sangka pulak datang satu rombongan. hahaha thanks weh.


Mamanor - bestfriend for life. ini geng bawang geng JJCM geng susah senang geng taktau lepak mana lepas sekolah geng teitbe ajak lepak terus on. haha macam2.

Diba - orang kuat rumah Oren. geng susah senang jugak nih. haha guna mata je dah tahu ape ada dalam hati. haha

Kak Faizah -  pembahas terbaik kalau nak cakap pasal budak kat sekolah or pape masalah or isu. kena cari dia ni. hehehe tak menyimpang sangat. geng meeting duduk sebelah.

Dr.Bob, Am, Saiful, Roy - ni geng Suami.

dulu masa sekolah aku tak ramai kawan rapat. sebab aku rasa aku ni tak cukup bagus nak berkawan dengan orang. dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 aku memang takda kawan rapat sangat. kenal2 biasa tu adalah. geng kawan sekampung, geng pegi balik sekolah tu memang ada. tapi takda yang lepak sesama. sebab aku malu. tapi sejak masuk form4 aku ada geng yang memang lepak sesama je Azi, Dayana dan Dila. lepas SPM kteorg rapat jugak tapi dah jarang jumpa sebab kami dah tak belajar sama2. Azie UTem, Dayana Uitm, Dila belajar ke Indonesia. so aku kat Form6 ada geng baru dengan Suzy, Ina dan Yati. habis form6 aku masuk UPSI. ada 3 geng rapat. satu (Acik, Achom, Ain, Ema, Ina,Ikin, Nani, ), dua (Yuni, Kak Ros, Jue, Mai), tiga housemate (Hasmi, Hani, Liz). bila masuk keje lagi ramai kawan rapat. alhamdulillah.. terima kasih Allah sebab kurniakan sahabat2 susah senang yang sangat baik pada setiap fasa kehidupan aku. terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup aku. antara rezeki Allah adalah sahabat yang baik. moga Allah dapat balas segala jasa baik korang. LOVE u ALL.


Thursday, December 13, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( BUNGA TELUR )

aku macma biasa lah buat sendiri la bunga telur. tak banyak pun. cuma nak letak kat BungaPahar je. macam mana aku buat untuk Fariz dulu lah. tapi tu ada lebih sikit. yang ni memang betul2 taste sendiri. takda lah cantik mana pun. biasa je sebenarnya. sebagai seorang yang agak cerewet aku rasa memang padan dengan muka aku sebab biasanya banyak benda yang aku settlekan sorang2. haha sebab Nurul dengan Nad pun dah malas nak masuk campur ada je benda yang tak betul. haha so memang aku kena buat sorang lah. nasib baik 100 je bunga telur kena buat. 

bunga putih, bunga krim



dah rongak

mula2 memang aku nekad nak beli yang dah siap je kat AyerItam tu. sebab dah survey tempat lain macam tak best kan. so pegi lah kat PISB. konon nak cari yang dah siap. sekali bunga ada offer pulak.. adoiii petanda ke camne nih. hahaha disebabkan nak dapatkan bajet average setiap bunga tu RM1.50 maka aku pun dengan poyonya cakap kat Nurul yang aku decide aku nak buat bunga telur tu 3 design. hehehe sebab bunga yang offer tu tak banyak kan. kalau ikut yang aku berkenan over bajet pulak. so kita campur2 lah. nanti tengok macam mana .

time consuming tau buat benda ni. lebih2 lagi tang reben tu.. aduhaiii memang rasa bergaduh dengan diri sendiri lah. haha bila cantumkan tu kejap je. tak amik masa sangat. memang paling rumit nak buat reben tu je lah. sebab memang banyak gila kena buat. 400 pcs untuk 100 pcs bunga telur. haha paling makan kos jugak. tapi kena pandai cari tempat yang murah laaa. alhamdulillah memang dapat. 

macam comel je kan..padahal boleh buat orang keluar tanduk.

seronok tengok masa menggunung macam ni.. tapi kejap je abes.
salah satu design


jadilah dari takda.
ape ntah merepek betul takda sorang pun yang amik gambar bunga tu yang dah siap kat pahar. cantik kot.. hahahah #donepoyo.. okay lah. sendiri buat sendiri puji. masa mula2 tu memang la ramai cakap kenapa sampai 3 design. sekali kat letak kat pahar baru lah nampak cantik. hehehehe padahal tak tahu tu sebab nak ikut bajet. cantik ke tak cantik letak tepi. yang penting puas hati buat sendiri. kalau nak kutuk pun boleh kutuk diri sendiri. hehe

cantik?
bunga untuk majlis kat Perlis pun aku buat sendiri. hehehe majlis Serom aku guna telur masin. untuk majlis kat Perlis aku guna warna yang sama tapi tukar guna telur pindang. haaa baru seksi. hahaha simple je tapi OmoOmooo cantiknyaaa hahahaha





Tuesday, December 11, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( PENGAPIT )

aku sebenarnya tak tahu nak suruh sapa jadi pengapit. haha banyak yang kena fikir. contohnya kena cari pengapit yang hati kering sebab aku ni kadang2 macam terlepas cakap kan..aku takut ada yang terkecik hati. haha pastu kena cari yang ringan tulang. tak berkira. sebab takut tersuruh buat pape kan. pastu paling penting kena cari yang pandai bermasyarakat. jenis yang tak kekok dan poyo. hahaha supaya dia selesa dengan family aku. then family aku pun selesa dengan dia. pengapit aku pun kena saiz yang betul sebab takleh besar macam aku nanti kang tak muat frame. haha aku dah cukup besar. yang kecik sangat pun takleh. kesian nanti tak nampak . kena tutup dengan aku. hehehe ni bukan racist eh. ni mengambil peduli. haha

budak2 dua orang Nurul dengan Nad tu memang dah terkeluar dari list lah. sebab tu pari2 hahaha lagi banyak benda lain dorang nak handle. pastu aku suruh Mai. yelah bestfriend yang lain semua dah kawen. pastu Mai macam nak taknak. hahaha pastu aku beranikan diri untuk tanya Ina. hehehee  dari dulu memang aku dah fikir kalau aku kawen aku nak Ina jadi pengapit. aku taktau kenapa dalam banyak2 kawan yang aku ada aku memang nak dia. sebab Ina ni menepati semua ciri2 pengapit yang korang nak tau. aku jujur tak mampu nak jadi macam dia.. fuh terkejut aku bila Ina kata OK. hahaha bersyukur gila time tu. dia ni bz gila. tapi tak sangka pulak dia setuju. hihihi




banyak jugak lah bicara dari hati ke hati dengan Ina. hahaa dia memang suka bercerita. thanks Ina sebab kau banyak gila tolong aku. maaf tau kalau ada tertinggi suara ke terkurang pape ke. haha aku ni kan cerewet sikit. tapi sikit je lah. harapnya takda drama sangat. hahaha thanks sebab sanggup luangkan masa untuk aku. terus gerak dari JB lepas program kat sekolah kau. thanks sebab sudi tidur kat rumah aku yang tak seberapa ni. hehehe thanks a lot. LOVE U !!



WEDDING : PERSIAPAN ( MAKEUP )

aku memang bukan orang yang suka makeup. paling basic la kot kalau pakai pun. cc cream + compaq powder + browline + lipstik. tu je lah. yang lain memang tak lah. kadang2 tu pakai cc cream je. tapi untuk beberapa majlis penting aku ni terpaksa lah aku berkorban. alhamdulillah semuanya cantik. haha makeup + aku. #donepoyo

Majlis Bertunang

Majlis Serom : Nikah

Majlis Serom : Sanding

Majlis Perlis

gambar closeup macam tak bape cantik lah.. sebab kamera sendiri kan.. hahaha tapi sebenarnya cantik. hehehe perasan. masa majlis tunang tu memang cantik tapi tu lah.. emm emmm kos tinggi jugak untuk amik masa majlis kawin. nasib baik KakZie punya makeup memang power cun. tak menyesal amik untuk majlis nikah dan majlis sanding. rasa nak import je datang untuk majlis Perlis. yang kat Perlis tu cantik jugak. tapi conture light2 sangat so nampak lah segala pau yang kembang tu hahaha aku memang nak makeup neutral je. hehe tak lah malu sangat. overall ok la kot kan..? huhu


WEDDING : PERSIAPAN ( HANTARAN )

hantaran untuk dua2 belah pihak aku buat sendiri. dua2 aku buat sendiri. kali ni simple je. ade yang recycle je barang yang dah ada. macam gabus dan dulang. aku guna je semula masa yang hantaran bertunang sebelum ni. hantaran untuk suami aku buat warna hijau mint. macam baju kan? haha warna cute je. tapi dalam gambar tak secomel depan mata pulak. aku bagi tak banyak pun. mana yang perlu je. barang pun ada yang beli sama2. ada yang Suami beli sendiri. kasut je beli sendiri. yang lain memang beli sama2.. sejadah je aku beli sendiri. wangi oiii sejadah tu.. 



hantaran untuk aku pulak syok sendiri kan so aku memang pilih la yang soft2 kalernye. barang memang beli sendiri. telekung beli kat JalanTAR dengan Suami. al-Quran Suami belikan.. cantik sangat.. biskut Suami yang bawa. sebelum family sana sampai barang hantaran ni dah letak dulu kat homestay. so tinggal touchup2 sikit je. Suami bagi contoh yang dia nak. aku g cari bunga yang hampir sama. kaison+pisb . nasib baik dua2 tempat ni ada. mana ntah gambar contoh tu. tapi aku dapat cari 90% la semua bunga tu. haha aku memang suka warna ni so memang kesungguhan dan kegigihan untuk cari tu ada. alas dulang tu sebenarnya lace warna putih tau. nampak seksi sikit.. hehehe tapi dalam gambar memang tak jelas lah.


aku ni tak kreatif mana lah. tapi boleh la kan dari takda. biasanya aku follow pape design yang aku nak je. ni pun baru kali ke3 aku buat. sebelum ni untuk tunang+wedding paris, majlis tunang aku dan majlis kawin ni. huhu ok kot eh? hehehe


Monday, December 10, 2018

WEDDING : Royal Blue

alhamdulillah...kiranya dah settle lah 3 majlis terbesar dalam hidup aku. selang dua minggu jugak ah untuk majlis bertandang kat Perlis nih. haritu CintaHati dah balik dulu. tanpa banyak soal aku biar je lah CintaHati balik walaupun dalam hati meraung2 hahaha. Cintahati tak bagi aku ikut.. suruh datang dengan family je. Mak ngan Abah pegi dengan family members yang lain. aku pegi dulu naik kereta dengan adik2..tak sangka Boyfriend Si Alza Hitam sampai ke Perlis.. hahaha aku bangga dengan kami. 

kami gerak khamis pagi..alhamdulillah..all went well.. Anil drive all the way. hahaha memang ikut plan betul. sampai kat Alor Setar tepat pada masa yang dirancang. insyaAllah takda langgar lebih maksimum speed. kalau aku drive mungkin dah berkeping2 saman. hahaha so sampai Alor Setar terus pegi fitting baju. and...and... jumpa CintaHati aka SuamiSaya setelah seminggu tak jumpa!!!! hihihihihiiii sengih je la yang mampu. maklumlah..aku kan over react sket..(baca:melampau)

lepas fitting baju..kami makan then terus ke homestay rehat jap..pastu g keluar tengok sunset. hahaha kami berempat je..CintaHati sibuk uruskan hal2 lain.so feeling lah tengok sunset sorang2.. then g makan mee sup. nak melayan tekak budak2 nih..haha lepas tu balik homestay teros pengsan !! esoknya berjalan lah kami kemana2 tempat yang free kat area2 Kuala Perlis je. nanti cter kat entri lain. (feeling2 orang baca post ni haha) petang tu akhirnya dapat jumpa ngan Mak Abah. yeay!!!



masih tak sehati sejawa

pose terpaling senyum Mak Abah

completed set
walaupun ada banyak drama here and there..alhamdulillah..all went well..tapi dia punya penat tu sampai air mata pun tumpah..hahaha ape yang penat pun tak tahu lah. emosi kot.. hahaha kelakar lah fikir balik. tapi takpe. yang penting semua dah settle. aku mohon doa je lah dari semua yang mengenali kami..doakan yang baik2.. doakankami dapat menempuh alam rumahtangga dengan sebaiknya.. doakan emosi stabil..doakan kami bahagia.. lama nak tunggu saat ni.. harapnya berkekalan hingga hujung nyawa. amin..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...