Friday, November 25, 2011

mari memasak untuk MAK !!! (part 2 )

post yang sebelum ni aku tunjuk macam mana nak buat ayam panggang yang simple je . untuk post kali ni pulak aku nak tunjuk cane nak buat satay guna cara yang sama macam buat ayam pangang . aku bantai bahan perap yang sama . biar lah rasa sama asalkan nama nya tak sama . hahahaa kalau nak buat satay ayam kenalah potong kecik2 atau lebih senag potong dadu . nak senang lagi amik je daging bahagian dada ayam . daging tepu takda tulang .



satay yang sudah siap dibakar .


acane nak masak ??


SATAY

ayam dipotong dadu
gula
minyak


bahan2 untuk dikisar dan ditumis :


bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
serai
cili padi
lada kering
garam
bahan perasa

minyak untuk renjis kat satay :





minyak masak
sedikit air
gula





1. Kisarkan semua bahan . masukkan garam dan bahan perasa sekali (ikut suka la).
2. Tumiskan bahan yang dah dikisar . masukkan sedikit gula bila bahan tumis dah hampir kering . tak perlu tambah air .
3. Masukkan ayam dan tumis sebentar sampai ayam tukar warna . masak sampai separuh masak sebab nak bakar lagi .
4. Matikan api bila bahan dah sebati dengan ayam . perap sebentar (lama lagi bagus .)
5. Satay sedia untuk dicucuk dan dibakar.




proses mencucuk satay .


dah siap cucuk sume ... ready untuk dibakar


wo0w~ mengancam ..



kalau kesuntukan masa daging tu boleh tumis dulu macam nak buat ayam panggang biar satay tu ada rasa . kalau ada masa nak perap lama, perap ayam tu dengan bahan tumis tadi . tumis sampai kering . perap lama lagi sedap . yang ni pun aku masukkan dalam lebihan tumis ayam untuk dipanggang tuh . jadi tak la membazir . lepas angkat ayam yang besar2 sambung pulak tumis ayam yang dah dipotong dadu khas untuk satay . masa bakar tu pulak renjiskan dengan minyak yang dah dicampur dengan sedikit air dan gula supaya satay tu tak la kering ... nampak lembap je . hehehee amacam senang tak ? huhuu ikut kepala aku je tu . ntah betul ke tak aku maen redah je asalkan ada rasa . hihiii bukan CINCAI tau . cuma buat ikut selera sendiri . kita sendiri yang tau ape yang kita suka kan .. huhuu

SELAMAT MENCUBA~~


mari memasak untuk MAK !!!

seperti yang dijanjikan .. mak abah beli ayam untuk dibakar . hehehee 2 ekor lagi . alah kalau bakar ayam 2ekor tu sikit sangat la . tak rase ape pun ... tapi disebabkan macam nampak banyak (pada mulanya la . lom masak lagi kan) kiranya yang tulang2 masak kari dulu la untuk makan tengah hari . yang daging2 potong kecik2 nak buat satay dan selebihnya bakar la ataupun panggang ... cam biase la . aku buat simple je . takde la hebat2 macam orang lain . asalkan  ayam tu ada rasa kira ok la tuh ... huhuu


jangan pandang pada rupa .. gelap2 la menawan . hahaa

acane nak masak ??

senang saje .........

 AYAM PANGGANG

ayam
gula
minyak

bahan2 untuk dikisar dan ditumis :

bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
serai
cili padi
lada kering
garam
bahan perasa



1. Kisarkan semua bahan . masukkan garam dan bahan perasa sekali (ikut suka la).
2. Tumiskan bahan yang dah dikisar . masukkan sedikit gula bila bahan tumis dah hampir kering . tak perlu tambah air .
3. Masukkan ayam dan tumis sebentar sampai ayam tukar warna . masak sampai separuh masak sebab nak panggang lagi .
4. Matikan api bila bahan dah sebati dengan ayam . perap sebentar (lama lagi bagus .)
5. Sedia untuk dipanggang.


bahan perap yang dah siap ditumis .


ayam dah separuh masak . ready untuk dipanggang .


bako0r .. kte bako0r~

tak kira lah ayam panggang ke, ikan panggang ke pape je la yang panggang akan lebih sedap kalau makan dengan air asam . terpulang lah . ada yang tka suka or tak biase dengan air asam . tapi sejak duk Tanjung Malim aku memang dah start makan benda2 panggang ni dengan air asam . huhuu senang je ...ramas asam jawa dengan air . buat cair sikit jangan sampai masam sangat . potong halus lada cili dan bawang merah . campurkan lada cili, bawang merah ke dalam air asam jawa . kacau dan sedia untuk dimakan .


kalau bahan perap tu tumis dulu rasa akan jadi lebih sedap . sebab dah masak kan . rasa pun dah cukup . aku tumis dulu ayam sebab nak menjimatkan masa dan menjimatkan arang sebab arang dah tinggal sikit . hihii tak sempat dah nak beli . guna je la ape yang ada . so0 tak payah la aku nak tunggu lama sangat . dah separuh masak tinggal nak masak betul2 dan keringkan aje la . senang . ikut la kehendak masing2 . tak semua orang sama kan .. yang penting ape yang aku masak selalu bahan tak susah pun . biase2 je . hihii lepas ni aku tunjuk untuk satay pulak .

SELAMAT MENCUBA~






Thursday, November 24, 2011

SelamatHariLahir MAK !!!!!

24 NOVEMBER ..... itulah hari lahir mak aku .. hik3 selamat hari lahir mak !!! LOVE you~~~ takda masak special pun hari ni . aku gorengkan nasi je . hihihii tapi yang best dapat la makan kek . huhuhu birthday kan .. biase la kek2 nih .. goreng fries sket . jadilah . nak masak lebih2 lom ckup bajet . hihiii . esok lusa je la . mak pun cakap nak bakar ayam . yeehaaa !!!


cokelat .. cokelat .. hihihi





jangan tanya la cane nak buat kek . aku memang langsung tak tahu . tettt .... tipu ! memang la tahu kalau tengok kat internet memang takda hal la . tapi aku memang tak tahu n tak penah buat . hihii yang hari lahir mak aku je . yang nadiah tu nama salah seorang askar kecik aku . untuk UPSR kot . kan result dah kuar . ok lah dapat 3A1B1C . pandai lah dari aku kan . hoho0


fries~~~ @_@


itu je la untuk hari ni . esok tak tahu lagi . hihii moga2 ada rezeki makan sedap2 . amin ..... skali lagi, SELAMAT HARI LAHIR MAK !!!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . selalu2 happy n jangan selalu ditindas oleh orang2 yang suka menindas . hoho0~ THANKS MOM !!!

Wednesday, November 23, 2011

percubaan kreatif yang tak brape nak kreatif . erk ?

aritu aku ada p0st pasal kerajinan aku menjahit manik kat baju mak aku kan .. gambar yang aritu l0m siap lagi .. huhuuu .. ade tambah2 lagi .. k0n0n nak bagi cantik la . sekali kau hambek ... berat tak hengat . huhuu takpela . stakat ni ok lagi . dah takyah lagi nak pakai gelang2 tangan . siap dah ade jahit kat baju ..


setelah ditambah ape yang patut .

dua2 belah lengan



ni kat baju aku sendiri ..


ade 2 baju lagi belum siap . hurmm dah takde duit nak beli manik .. sedey2 .. takpela buat sikit2 . aku bukan nak pegi mane pun .. nnt buat paten lain pulak . ni ala2 simple crumble yang tak brape nak jadi . hik3 . belum dapat nak cari manik besar yang bagus kualiti la . baru comel ade kecik ade yang besar . kat sini susah nak cari . nak beli online kena bank in duit lak . bank tu dah lah takde dekat2 sini .. takpe la . baju sendiri guna yang biase2 pun dah ok .. huhuuu

Sunday, November 20, 2011

simple asam pedas .. okay another favorite !

bagi la aku asam pedas ape pun .. aku layan jerr ...  aku ingat lagi hasmi suka makan asam pedas nih .. huhuu tp pape pun best seyh lebih2 lagi makan time sejuk2 ujan . mak aih .. nikmatnye idup . kalau nak lagi sedap kan lepas masak tu jangan terus makan . tunggu dulu asam tu meresap . paling best n paling sesuai nak masak asam pedas kalau guna ikan sungai . tapi paling aku layan kalau ikan kembung la . ayam pun takda hal . pun sedap~~ tapi kali ni aku masak asam pedas ikan duri malim . bukan tanjung malim yer .. ikan DURI MALIM .


asam pedas ikan duri malim

acane nak masak ?

ikan
asam keping / asam jawa
daun kesum
air
garam
bahan perasa

bahan untuk dikisar (kalau rajin tumbuklah takpun giling eyh) :

lada kering
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
buah keras (terpulang la kalau tak letak pun takpe)



1. Kisar semua bahan tadi sampai halus . ikan or ayam jangan la kisar sekali eh .
2. Tumiskan bahan yang dah dikisar bersama2 garam sampai betul2 masak . jangan cincai2 melainkan korang nak merasakan nikmat sakit perut . tumis sampai naik bau sampai kering sket la . jangan kering sangat nanti hangus .
3. Masukkan ikan atau ayam . gaulkan sampai sebati dengan bahan yang dah ditumis . 
4. Masukkan air ikut nak berapa banyak kuah . 
5. Masukkan air asam dan asam keping bila dah mendidih . kalau nak cepat masam guna air asam jawa . tapi aku lebih suka asam keping .
6. Masukkan daun kesum dan bahan perasa . taknak letak bahan perasa pun takpe .
7. Sedia untuk dihidang .


mudah bukan .. senang sangat . semua ikut masing2 la . kalau suka pedas guna lada banyak . beli lada kering jenis yang pedas baru best . kalau nak guna ayam kena tambah ketumbar baru sedap . taknak guna ketumbar pun takpe . air pulak kena sampai sume tenggelam sume ayam . kalau tak nanti ayam tak sempat empuk kuah dah kering pulak . kalau nak pekat kuah takyah tambah air . bagi air rendam asam keping pun dah cukup . asam keping tu rendam dulu bagi kembang . masukkan dengan air rendam tu sekali . kalau asam jawa ramas dulu asam tu dengan air then masukkan airnya aje . takyah lah biji pun nak masuk . tak cun nanti nak makan tergigit lak biji asam jawa tuh . aku lebih suka tumis bahan dan masukkan garam sekali . jarang lah aku masukkan garam kemudian bila dah hampir masak kecuali masak bening . 

SELAMAT MENCUBA~~











Tuesday, November 15, 2011

hari yang ceria juga suka3 ...

mood hari ni adalah untuk menjadi seorang yang rajin (tetibe ..). sekali sekala rajin ape salahnya . berkhidmat untuk warga rumah, bangsa dan juga negara yang tercinta nih (patriotik pulak..) menjadikan aku tetibe terasa sedikit bangga atas sebab yang tak dapat dipastikan . hahaa arini bermula dengan aku bangun tido dan melambai2 mak ngan abah yang dah nak pegi menoreh . maka, dengan mata yang layu (tido dah dekat kul 4 . ape aku buat ? entah . sedeh !) aku pun on la balek mrlappy .. takkan nak sambung tido dah dekat kul 7 kot ... not in the mood untuk handle sakit kepala lagi . okay3 merepek3 .. baiklah . kerajinan aku bermula dengan menyambung kegiatan dan hobi baru aku . iaitu mengedit belog . bukan aku punya ya . orang lain punya . teman2 lah . okay aku bukan pandai sangat tengok aku punya blog pun dah terserlah ketidakhebatan aku dalam menghasilkan blog yang sangat hebat ! sedeh ! tengok je la font dalam blog aku nih . tak ke terbeliak confirm jelas mata . hahaa tapi bila ada orang mintak aku on je la .. mane yang aku tau aku buat la . ala tutorial kan banyak. thanks la kepada blogger2 laen yan sudi kasi tutorial . hihii aku buat orang lain punya lebih dari aku sendiri . hihiii tengah2 takda duit nih berguna jugak la kalau bersusah payah sikit . tapi yang muramnya tuh line tenet la cam biase .. cam h***M ...........

mood kerajinan dibawa ke tengah hari apabila mak bagi idea (yang mana asalkan idea aku . hik3 biaselah bab2 makan nih) nak bakar ikan . yeehaa !!! suke3 . dan sampai ke malam nih .. kepelikkan jugak aku . apesal kerajinan ? takda keja beb ! tu je sebabnya . malam ni punye citer pun ntah pape . so0 aku merajinkan diri membelek2 balek baju mak aku . okay ada permintaan . suh kasi manik . baeklah mak . tapi maniknya mana ? hehee without further instruction mak aku pun diam2 la beli manik siang tadi . halamak omma .. can nih ? sikitnye ....... huhuu takpelah mak . akak ade lagi manik yang sesuai . relax3 .. suma pun 0kay~ maka bersengkang mata lah aku dalam mood kerajinan . kali ni nak buat cane ? try balek la crumble .. k0t jadi . kat baju sendiri tak jadi sebab malas la xde dapat pape . kalau mak ni nanti mesti mak akan kasi upah topup . ahahaa ! baru siap satu lengan sok pagi sambung lagi . dah tak nampak dah . sekarang masa untuk berbel0g n bermukabuku . ngeh3 tersengih !


takdelah cantik mana tapi akan diperbaiki nanti .. hik3




=> cter PASTA dah nak abes .. huhuuu .. memang laen la kalau tengok kat tv dengan kat mrlappy . takde kebarangkalian untuk next3 ... hahaa aku bukan suka nak tengok setiap saat cter pape pun la . dah kalau kat tv mana boleh nak cepatkan .. hoho0






Monday, November 14, 2011

senang sangat sampaikan goreng kacang pun nampak susah .

ni ha aku nak citer .. setelah beberapa hari bergelumang dengan masalah perut yang tak berkesudahan . aku dah decide arini nak masak lagi satu favorite dish aku (bape banyak favorite la ..). ni sangat baik untuk kesihatan (rasenye la. memandai jew). bila ari2 kita dah seksa perut dengan makan yang ntah pape , elok lah kalau belai perot dengan makanan yang simple2 . yang pasti bukan bubur (abah tak bape suka . hiihii). so0 masak lah antara masakan yang paling senang dalam dunia nih . selalu orang cakap senang macam kacang goreng . tapi bagi aku yang takut minyak banyak or memang seriously takut nak goreng pape melainkan sangat terpaksa, aku memang akan sungguh2 mengelak goreng kacang . susah wo0 .. huhuuu jadi arini nak makan sayur bening je . orang lain panggil sayur air kot . tapi aku panggil sayur bening . ade kuah .. simple tapi sedap je .. hihiii sedap jugak kalau tambah sambal totok (aku dah post sebelum nih).


arini sayur bening kacang panjang ngan tempe


acane nak buat ?

seriously simple (bape kali aku nak ulang nih). 0kay3 ..
ape yang korang perlu hanyalah .....

1. Bawang merah
2. Ikan bilis
3. Air
4. Garam

sayur tu terpulang la korang nak letak sayur ape . tapi yang sesuai la . macam kobis ke .. kacang panjang .. tempe .. pucuk manis .. sawi ... aku paling suka sawi .. satu periuk pun boleh abes . okay macam yang aku makan arini . didihkan air dalam periuk dengan bawang merah, bilis . sampai mendidih . then masukkan la kacang ngan tempe . baru masukkan garam . agak2 sayur dah lembut untuk dimakan bley la tutup api . memang takde alasan untuk tak masak la . hahaa sedap pun sedap . jujur ni tak tipu . hik3 kalau rajin   lagi bley goreng ikan bilis. telur ke . pape la .suka hati korang . aku paling banyak makan ni masa kat U dulu .
hihii save bajet maa ....


tambah sambal bilis sikit . (sambal tu dah pernah tunjuk sebelum nih)

less is more . lagi simple dish lagi sedap rasenye. hehee












Sunday, November 13, 2011

paling best time ujan adalah ............

kalau dapat makan ubi rebus .. mak aih ... nikmatnya .. siyes ... sape yang tak pernah makan ubi rebus memang rugi gila la .. mujur la aku duk kampung kan . walaupun tak banyak sikit2 pun dapat la jugak merasa makan . makan banyak2 pun tak boleh . nanti badan berangin je . tak sudah sendawa . hahaa aku la tuh . yang tak bleh tahan . seb baek kuar angin atas je . kalau yang bawah sekali memang no komen la .. hoho0 . tapi kebiasaannya kalau makan ubi rebus cam tu je memang cam orang tak pernah makan ubi rebus . mesti ade side dish .. ngeh3 .. takde la wajib tapi ubi rebus tu akan jadi lebih nikmat la kalau ada perasa tambahan . haha . lebih2 lagi kalau pedas . nyum3 !!! aku tak bape ske kalau sambal merah macam orang buat nasi lemak tuh . sebab nanti akan rasa berminyak . paling best kalau makan dengan sambal tumbuk nih . orang jawa panggil 'sambal totok' . totok tu maknenya tumbuk la . hoho0 . antara benda yang paling senang nak buat . kebarangkalian untuk gagal adalah rendah sangat . so0 semua orang patut cuba . bley makan dengan nasi jugak . sesuai la untuk bagi rasa lebih pedas kalau nak lebih berselera makan la . kadang2 aku makan macam tu je . ngeh3 (hardcore pedas la aku nih ) cane nak buat sambal nih ? gila senang ...


SAMBAL TOTOK

lada cili (digoreng tanpa dihiris sampai lapisan kulit luar nampak terpisah)
bilis (digoreng)
then tumbuk lah dua2 benda tu bagi garam sikit .
dah bley makan ....


ubi rebus dan sambal 'totok' .

satu lagi cara nak makan ubi rebus nih which is one of my favorite is goreng lepas rebus tuh .. pecahkan jadi ketul2 kecik . guna tangan je sebab kalau hiris nanti tak sedap la . then goreng sampai kekuningan .. pergh .. setaraf wedges KepC . hihiiii . memang kalau rebus banyak ubi nih aku akan separate 2 parts . satu makan cam tu je . n satu lagi akan digoreng . yeehaaa !! berbalik kepada sambal totok ni pulak . dulu masa aku dapat masuk U antara perkara yang paling sayang aku nak tinggal adalah sambal nih . hahaa rasa cam tak lengkap je hidup .masa orientasi bley sabar lagi . tapi memang terkejut gila la (kejutan budaya) bila masa orientasi walaupun makanan sedap tapi tak naek selera . sebab langsung tak pedas !! bagi aku kalau tak pedas same je macam langsung takde rasa . alahai ... numb kejap deria rasa aku duk perak/selangor nih . rasa nak nangis pun ade . rindukan sambal . hahaa . bila dah mula kuliah aku memang dah tak bley tahan . mangsanya mak aku la kena poskan sambal tuh . POS okay .... hahaa . sanggup~ mampu ? maka dalam 2 minggu sekali la mak aku pos . kalau korang goreng betul2 memang tahan lama la . yang penting guna cili padi warna ijau . sebab kalau warna merah akan cepat basi . lagi best kalau guna ladang kering . LAGI laaa TAHAN LAMA~~  cara sama cuma tukar dengan lada kering je . nn jangan sampai hangus nanti pahit . bila aku dah beli lesung batu baru la aku start buat sendiri . takyah la mak nak pos lagi . goreng dalam rice cooker jer .. hihiii dak kolej kan . seb baek sem 3 start duk luar . phew~ tak payah bersusah payah lagi .

ubi rebus yang dah siap goreng dengan sambal totok versi lada kering . hihi sedap hingga nak jilat lesung .. ehek3


selesanya berada dirumah . dapat makan n masak suma benda yang teringin . tapi kat umah takde bilik kuliah . RINDUNYA KULIAH !!!! (jujur aku tak tipu)




Saturday, November 12, 2011

kejutan di tengah hari !

jeng3 .. 

sudut pandangan jauh (jauhnye ...)


sudut pandangan dekat (mampu zoom je .. hahaa)

dah sudah lembu sape la pulak nih tetibe datang bertandang . besar pulak tuh . maybe dia kot yang bawak rombongan cik kiah ni bersiar2 . haha gila tak terkejut tetibe muncul kat depan umah . banyak pulak tuh . seb baek lah tak makan bunga2 . kalau tak mau aku sembelih sekor2 . aritu masa raya korban taknak pulak datang . hahaha . kesahnye .... sekian .




Friday, November 11, 2011

dare to be angry ? lets AngryBirds !!

baeklah aku mengaku yang aku sudah start maen AngryBird . walaupun kadang2 aku rase annoying jugak bila dengar orang duk sebut2 pasal AngryBird nih . lagi haru kalau yang kecoh gelabah tu tak tahu pun yang benda ni sebenarnya adalah game . GAME ye ! hiiiihiii aku rase game ni boleh buat orang addicted . alah ketagih larh .. tapi so far buat aku baran lagi ade lah . hahaa . baeklah2 aku dah ade tanda2 ketagih . sape tak . geram kot kalau tak lepas2 . dah la piggyijau tuh d0k ketawa kalau aku tak lepas . rase cam nak bagi penampar je . tapi puas ati jugak lah kalau dapat tembak sume piggyijau . huahahaa yang buat menariknya kan grafik die memang best lah . sound pn terbaek . bunyi2 effect tuh buat aku klakar n geram pun ade jugak .. aku ni dah la kalau start men game tuh memang akan maen sampai abes . adehh .. takde life la untuk beberapa hari akan datang . aku kena settle kan jugak or else tak lena tido kot .. ngeh3 papepun aku rase AngryBirds nih tak bley ilang stress sebab dorang akan kasi kau orang lagi stress . hahaa ! 





pernah jatuh cinta dengan kawan pertama facebook aku . orang yang mengenalkan aku pada dunia facebook pada ketika tak ada seorang pun orang di sekeliling punya akaun facebook . tak tahu dia ingat lagi atau tidak . tapi semua itu sudah berlalu . rindu saat2 ber'chatting' dengannya . aku yakin dia sudah punya seseorang . dia setia dengan cinta nya dan aku juga begitu . = )



ada ape dengan 11.11.11

semua orang kecoh sangat dengan tarikh ni . chill la beb .. takde ape pun . memang la nampak cantek . banyak lagi tarikh yang cantek kan . time2 ni la orang berebut nak buat tarikh untuk kawen . kebetulan la hari jumaat kan . bagi aku tarikh ni memang istimewa . haha sebab aku dapat guna tempat untuk panggang yang baru . yeah !!!! selama nih nak bakar pape dalam oven or atas kuali leper je . tak best betul . hihiii ape yang jadi mangsa time nih . bukan ayam mahupun kerang kegemaran (dua2 tak dapat nak beli) . maka, time2 baru lepas raya haji ni daging lembu pun ade lagi . so0 buat satay daging lembu la !!! hehehee (senyum melebar) . jangan tanya cane nak buat satay . aku tengok kat internet je . tapi abah lak guna resepi dalam buku . hihii mak ngan abah yang buat . aku tak campur . misi aku nak tunggu masak je . hahaa jahat3 . malam tadi prepare bahan nak perap ngan daging yang dah dipotong dengan saiz yang agak2 sesuai la . then perap sampai pagi . yelah takde masa la nak bakar malam2 walaupu ada yang merajuk sebab tak sabar nak bakar n makan (bukan aku eyh ...) . 

pagi2 aku bangun aku dah terbau asap bakar satay (sah la dah tak sabar orang yang majuk malam tadi tu) . so0 aku pun menyemakkan diri la ke bawah . aku ingatkan nak bakar masa makan tengah hari nanti . hurmm tak sempat sampai tengah hari la jawabnya . harus lah akan abes pagi ni jugak kan . huhuu tengok2 mak  abah tengah cucuk daging kat lidi satay . askar besar pulak tengah bakar satay . tercapai la jugak hasrat dia nak bakar satay tuh .. hahaa layankan~ tengok2 dah separuh . ah selamat lah dah ade yang rajin . sah la aku tinggal makan je . ngeh3 . memang sah la tak sampai tengah hari . cuma simpan sket untuk askar2 kecik yang kerajinan pegi sekolah (selalu tak pun) . yang lain aku, mak abah n askar besar dah selamat menghadap ... hahaa puas2 . tak sempat nak buat sambal kacang . makan dengan sos cili Jalen je . confirm pedas . cun2 .. duk mengunyah je la . hihiii

mak tengah cucuk daging kat lidi satay


ready untuk dibakar


sedang dibakar dengan tempat bakar yang baru dibeli . hik3

hasilnya !!!!


kualiti gambar yang berbeza sebab menggunakan kamera2 yang berlainan . hihiii lain kali boleh buat lagi guna ayam pulak . nak beli daging mahal lah . ayam pun dah mahal sekarang nih . ikan pun mahal . suma benda dah mahal . takkan nak panggang telur . hihii laen kali beli kerang banyak2 dan beli jaring yang halus sikit baru boleh bakar kerang . kalau guna yang sekarang punya alamatnya kerang tu dengan redha dibakar dalam arang je la .. huhuu korang pun mesti ade yang spesial untuk 11.11.11 kan . asalkan jangan taksub sangat . nanti ade yang dengan tak sengaja terpesong pulak .. bukan ada ape pun tarikh tu cuma nampak cantik je .
sekian ..







Thursday, November 10, 2011

tak puas berendam air .. bermandi hujan pulak ...

dua hari lepas dapat mesej daripada member sekolah . hihiii . jeng3 ... lama dah aku tringin nak pegi lepas kejadian kemalangan (malang betul !) beberapa tahun lepas . tahun ke ? hahaa tak ingat la n tak mau ingat . kesahnye member ajak mandi gunung la ... errr lebih tepat atau proper ayat mandi dekat air terjun gunung ledang . suka la sape yang tak suka . hari khamis kot . sah2 la tak ramai orang . takde la semak je aku tengok . so0 nak tunggu khamis tu macam setahun je aku rase . pagi2 lagi aku dah prepare masak mee goreng . ade lagi kan daging korban masukkan la dalam mee goreng . baru la bley GILA SEDAP ~ itu je la yang mampu aku bawak . mandi sungai or air terjun ni sah2 la buat orang lapar . aku time2 ni memang akan makan tak ingat orang sekeliling . hihii (buruk perangai) tapi seriously rindu gila nak BBQ kat kalumpang ..............

kat batang pokok tumbang tu la mamat tu tetibe duduk bercakap sorang . (jap lagi aku citer)

kteorg sampai tu memang lengang gila la tempat parking . rasa bahagia sangat . sangat3 !!! hahaa excited lebey ....... so0 menapak la aku dengan kaki baru lepas kejang (masa masak pagi tadi) menuju ke p0rt biase la . tapi disebabkan tak ramai orang takde la pegi jauh sangat . lepas toilet yang kat atas tu je la . tempat pun sedap dah macam kolam renang . ade member2 yang nak 'mengasah kemahiran berenang' atas tunjuk ajar cikgu renang sandaran langsung tak terlatih CikguSazzy . hahaa sendiri tak tau berenang bley ajar orang lain . memang terbaek~ lama jugak la memuaskan diri sambil ditemani ikan2 yang dah besar2 . rasa nak tangkap then bakar je . haiyo0 geram k0t ... takpe lah aku baek kan . kongsi2 makan la dengan ikan . ngeh3 


nape la gambar ni tetibe rotate senget . adeh .. tapi sume ni hasil aku, fiza, mariah n syuridah .

setelah sedap berjam kami mandi kat situ tetibe adelah sorang mamat nih . aku pun tak sure la dia ni waras ke tak . tetibe datan duk dekat batang pokok betul2 sebelah tempat kteorang mandi . ahh dah sudah .. acane ?? mula2 ingat nak biar je . tapi memang nampak sangat dia taknak berganjak . alamak . dah bercakap sorang2 la pulak . sebelum pape jadi baek blah terus . bley mendatangkan bahaya yang tak disangka2 nih . hoho0 so0 dengan berat hatinya kami menapak la kat tempat laen .. aisey ... lama pulak tu dia kat tempat kami tadi . syuridah nak tunggu jugak . layan la . lagipun tempat tadi memang best gila . tempat baru ni cetek tak boleh nak berenang2 macam duyung terkopek sisik . lama wey lebih sejam rasenye . bila dah nampak die blah pe lagi cepat2 la ke tempat tadi lagi . baru je menapak . lahhh ... datang lagi . dah aku takleh la nak tolerate . kang ntah pape la dia buat . so0 g la tukar tempat lagi . betul2 takde orang . lagi best . dalam pun dalam . huhuu memuaskan diri dalam beberapa jam sampai syuridah ngan fiza dah boleh berenang dengan senonoh . haahaa tercapai jugaklah hasrat dorang . kul 4 plan nak balek . tepat2 la bley gerimis pulak . patut la gelap semacam . ape lagi beram.. je la ... 




bajet nak tukar baju la kan nanti basah pulak kete syuridah . dah settle tukar baju bila keluar tandas mak aih ... lebat la pulak ... tunggu reda jap la .. then kteorg cepat2 g tempat parking . dah la jauh nak menapak . hahaa yang bestnye tetibe ujan gila lebat lagi . wahh ....... KUYUP !! acane ? baru je tukar baju . hihiii takpela . kenangan . seb baek dah kuar . kalau still berendam lagi tak ke naya kelam kabut nak menapak keluar . papepun yang penting aku sempat sampai rumah tepat2 je PASTA nak start . hihiii. itu lah yang penting .. walaupun gila penat tapi yang penting PUAS !!!!

















Wednesday, November 9, 2011

dah lama tak makan ini ... adeh .. kangen banget .. nyum3

sejak praktikal aritu aku selalu masak ayam kurma . tapi bukan yang macam kat tempat2 kawen tuh . cam gelap kan . ni yang macam selalu jumpa kat kedai2 makan . aisey sedapnya ... lama tak makan . sejak raya lom masak kurma ayam lagi . fuhhhh~  warga kat umah ni tak berapa sangat dengan kurma nih . sebab tak rasa pedas . maybe selalu time aku masak tu lada kurang kot . hihii biaselah aku akan masak yang mudah2 je . susah2 buat pening kepala je buat ape . tak sempat makan aku dah rasa putus asa . hihiii


kurma ayam dan buncis goreng


acane nak masak ?

Kurma ayam :

Ayam   (seekor potong jangan kecik sangat nanti hancur pulak)
Santan  (sekotak kecik or semangkuk)
Rempah kurma  (2 paket)
Lobak merah
Kentang
Bawang merah  (potong wedges)
Bawang putih
Halia
Lada cili
Asam keping  (rendam ngan sedikit air panas)
Rempah tumis  (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Garam

1. Tumiskan rempah tumis dengan sedikit bawang merah dan halia yang dah ditumbuk.
2. Bila dah baik bau masukkan serbuk rempah kurma yang dah dibancuh pekat dengan sedikit air biar jadi pes . tumis kan sekejap jangan sampai hangus . kalau kering sangat tambah sedikit air .
3. Masukkan ayam . gaulkan sampai rata . biar masak sekejap .
4. Masukkan santan. gaulkan rata.
5. Masukkan lobak merah, kentang, lada cili dan bawang merah .
6. Bila ayam dah lembut masukkan asam keping yang dah direndam dengan air rendam sekali tapi jangan banyak sangat . biar masak sekejap .
7. Okay dah boleh dihidang .


tak kesah la camne orang laen masak . tapi aku masak macam ni je . senang kan . makan pun bahagia . huhuu bila lah dapat makan lagi nih .. alamak dah kemecer (telan air liur) nih .. hihii   SELAMAT    TRY~






Tuesday, November 8, 2011

memang takkan ada gadis seperti aku . tapi yang lebih baik banyak !

aku teringat balik kata2 Lexi adik si Meredith Grey dalam Grey's Anatomy sabtu lepas . kata2 yang dia tujukan kat Sloan memang kena atas muka betul . kenapalah aku tak ada kekuatan seperti Lexi . inilah kata2 Lexi untuk Sloan . (perlu ke aku bgtau konflik antara Lexi n Sloan . ahh terlalu rumit serumit kisah aku) .

(dalam bm yer ..)

" ya aku cintakan kau . cinta sangat . tapi aku juga nak rasa kebahagiaan . dan kebahagian itu ada . dan aku sedang merasakan kebahagiaan itu . ya aku akan kembali kepada kau sekiranya itu yang kau mahu . jadi dengan adanya kau dekat dengan aku aku takut aku akan kehilangan kebahagiaan yang aku ada sekarang . maka , pergilah kau jauh dari aku dan jangan lagi mengambil berat tentang aku "

(lebih kurang macam tu lah)

memang aku cintakan dia . cinta sangat . kalau boleh aku nak satu dunia tahu yang aku cintakan dia . jangan tanya kenapa . cuma yang pasti aku cinta dia . ya benar . aku juga mahu rasa bahagia . kenapa hanya dia sahaja yang dapat merasa bahagia sedangkan aku tidak ? tapi aku tetap memilih cinta daripada bahagia itu sendiri walaupun aku tahu akhirnya aku yang tersiksa . aku yang merana melihat dia sendiri bahagia . namun kupujuk hati . bahagialah kau hati dengan melihat dia bahagia . jujur aku pernah merasa bahagia walaupun bukan dengan dia . beberapa kali aku cuba untuk mencari kebahagiaan berbanding cinta . ye benar aku tidak berniat untuk mempunyai hubungan rapat dengan sesiapa pun . tapi bahagia yang datang di saat dia menjauhkan diri itu mempu membuatkan hati aku berdetik mungkin bahagia itu lebih baik daripada cinta . ya memang ada seseorang (3 orang sebenarnya dan bukan dalam satu masa yang sama) yang cuba merapati aku dan membuatkan aku rasakan kebahagian yang aku idamkan . tapi akhirnya tetap aku pilih cinta . kenapalah dia muncul kembali di saat aku mula merasakan kebahagiaan . jujur aku tidak kuat . seratus kali pun aku tetap akan kembali kepada dia . cinta yang aku pilih menyebabkan aku kehilangan teman rapat . ya memang mungkin aku dilihat sebagai gadis yang suka mempermainkan perasaan orang lain . tapi apakan daya . cinta lah yang kononnya mengatasi segalanya . teman harap kau maafkan aku . bukan sengaja aku mahu menjauhkan diri daripada bahagia (teman rapat) . namun aku tidak kuat . cinta, bahagia dan teman rapat membuatkan aku keliru . keliru untuk memilih . memang teman rapat selalu sahaja membahagiakan aku . dia tahu apa yang aku perlu .iyalah teman rapat mana yang mahukan sahabatnya derita bukan ? dan disaat aku hendak merasakan bahagia lagi dia tetap muncul .aku pun tidak pasti teman rapat yang kali ini adakah dia hanya ingin bersahabat atau lebih dari itu . ahh jangan buat aku keliru lah . tapi cinta itu tetap muncul . tapi pernah juga aku terfikir . ahh mungkin aku ini hanya tempat untuk dia menhilangkan rasa sunyi . atau mungkin cinta aku dipermainkan hanya untuk dia mendapatkan sesuatu . tapi aku juga yang ikhlas . ikhlas untuk mencintai dia walau apa pun . walaupun kadang dia menghilang dan kadang dia datang . tapi kali ni datang dengan harapan . pertanyaan yang tidak kusangka yang menimbulkan banyak persoalan . adakah dia benar yakin atau sekadar mahu mengambil hati . ya benar bahagia atas kepahitan orang lain itu tidak kekal lama . tapi aku juga berhak untuk merasa bahagia . kalau bukan dengan dia sekalipun mungkin dengan seseorang yang benar2 ikhlas denganku (yang masih belum muncul2). aduhai cinta . kau janganlah terlalu mengongkong perasaan aku . benar kata Lexi . bagaimana aku hendak merasakan bahagia andai cinta itu tidak putus2 menjelma walaupun kerapkali menghilang . aku tidak sekuat Lexi . aku tidak mampu untuk menghalang dia terus menghubungi aku . aku tidak mampu untuk melepaskan cinta aku . sekuat mana pun aku melepaskan, cinta tetap akan ada disaat dia kembali menjelma . sehebat mana pun aku kecewa kerana cinta jugalah aku melupakan segala2nya . cinta andai kau sudah temui kebahagiaan pergilah dengan kebahagiaan yang kau miliki . tinggalkan lah aku terus . jangan sekali2 kembali . aku perlu kuat . kuat untuk mengatakan pendirian bahagia itu lebih penting dan kekal berbanding CINTA . semoga akan ada bahagia yang datang mengatasi cinta . sesungguhnya jodoh dan pertemuan setiap insan itu ditangan tuhan . kita hanya mampu merancang . datanglah bahagia ~

(kata2 yang tetiba puitis itu datang dari hati)




Sunday, November 6, 2011

AidilAdha dan pengorbanan .

Aidil Adha ni sinonim sangat dengan pengorbanan . bila kita bercakap mengenai pengorbanan pulak setiap orang ada pengorbanannya sendiri . untuk negara ke .. family, yang tersayang ataupun untuk diri sendiri . ape pengorbanan aku ? ntah la .. hahaa secret la . mane boleh bagitahu . papepun, raya tahun ni sama macam tahun2 lepas . kalau raya haji memang aku tak kemane pun . duk rumah . tunggu daging (katenye ....). tak rewang korban ? taklah . abah je yang pegi . hihii prepare nak raya tu penat sangat kan sampaikan bila dah time raya dah tak rase ape . rase penat gila je la . alah bukan ape sangat pun . masak2 je . tapi penat wo0~ penat2 pun puas . yelah buat sendiri kan . eh3 bukan aku kemaruk nak buat sendiri tapi bila dapat masak tu rase puas sangat . masak dengan mak sekali la . ade aku masak ade jugak mak masak . abah pun ade . raya ni tebur sikit2 la ape yang tak dapat masak masa raya puasa yang lepas . kali ni dapat masak ketupat (which is kind of WAJIB), ketupat palas, rendang, sayur tumis (tak dapat buat lodeh sebab santan dah abes malas nak beli lagi), sambal kacang n also paprik . eheh haruslah masak kegilaan aku . cuma ade trajedi kecik sikit la tahun ni . malu betul la . hahaa kesilapan teknikal la . kepenatan pun menyumbang kepada kejadian tersebut . adehh.. ralat sangat .

bukan ape pun tapi papehal yang melibatkan ketupat for me is a BIG DEAL okay ! salah sendiri ke ? alah nak harapkan askar pun tak tau pape . kesahnye simple je . pasal ketupat la . sekarang dah rutin setiap kali raya mesti buat ketupat untuk atok blah abah sekali . maknenya banyak la kan kena buat ketupat tuh . takde la susah sangat pun cuma leceh time nak isi beras dalam ketupat tu je la . bila nak rebus pulak tinggal je dalam periuk tuh tunggu sampai masak . agak2 air kurang tambah je la kalau tak nanti ketupat yang tak kena air tu akan lebam . so0 bila sume dah siap masak . abah n mak pun pegi la antar nasi kat umah atok . tahun ni kan atok blah mak g haji so gather la kot malam tuh . takpe la biar la mak abah yang pegi hantar . kalau aku yang hantar takde ape feeling kot . cuma ketupat yang kteorg punya sendiri belom siap masak . so0 mak abah suh aku dan askar2 angkat la bila masak . AHH SUDAHHH~~ aku tak ingat cane . selalu sibuk masak lauk je . hihi tapi kadang2 ade tengok abah buat . so0 boleh buat kot . hahaa confident~ so0 bile dah sure boleh angkat pentingnya nak dapat ketupat yang cantik (ikut pengalaman bertahun2 masak ketupat la nih) lepas angkat tu jangan terus gantung . bilas dulu dengan air . baru lah ketupat tu stop masak . kang biar tergantung lepas angkat tu haba nanti jadi tak cantik la . kira kalau bilas dulu akan tahan lama la cantiknya . ade orang kate cepat basi kalau bilas . ermmm .. so0 far kat umah aku tak sempat basi la ketupat dah abes . so0 tak dapat nak pastikan kalau bilas tu akan buat cepat basi ke tak . hahaa yang aku ralat tuh . dah betul la sedia air untuk bilas . dua baldi lagi . buat dengan askar aku . tapi leka bilas tak ingat pulak nak keluarkan semua ketupat dari dalam periuk . yelah dah penat sangat benda penting cenggitu pun aku tak bley nak ingat . maka sudahnya lebam la ketupat tu sebab lama sangat dalam air panas kat dalam periuk tuh . aisey ... membazir betul . huhuu dah tak cun . tapi yang penting selalu orang cakap ketupat kami comel . hihiii bangga jap~ yang penting masa isi tu la . kena betul2 bajet . jangan terlebih or terkurang . dan masa angkat ketupat jugak . huhuuu

rendang ayam

gambar rendang ayam je la yang aku sempat amik . ni pun still dalam kuali lagi . hoho0 . takpe lah . yang penting sangat puas makan . erkk~ alhamdulillah .... hihiii

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


=> memang lumrah la kalau ape yang aku taip aku lari dari tajuk .

Friday, November 4, 2011

LAKSA my all time favorite !!

bagi la aku ape laksa pun . sama gila ngn tom yam . hahaa walau ape pun rase aku akan tetap hadap jugak (cuma abes ngan tak abes je la . hihii) banyak2 laksa aku tau n yakin pandai (sedikit tak merendah diri) buat LAKSA JOHOR . tapi ikut resepi sendiri la . hehee . adelah ubah sikit2 ikut selera . biase lah . kalau benda tu tak kena selera tapi nak makan punya pasal kena la pandai2 ubah asalkan tak lari jauh . orang johor haruslah tau buat laksa johor . laksa penang pun tau tapi aku lebih tau makan je . baru try buat sekali . rase nak try buat lagi . asik buat laksa johor je kan . hihii . aku ske buat laksa semenjak duk luar mase belajar dulu (pergh terasa cam dah tua) . tu antara resepi mak yang aku bawak . hihiii . taknak ikut internet . nanti tak sama . setiap kali ada duit lebih confirm aku buat . bagi kawan2 makan . seronok tengok orang makan . ada yang kate tak sedap tak macam laksa penang . hello0~ dah tentu bukan laksa penang . kadang2 aku tak ingat sangat resepi tapi kalau time masak tu tetibe je . selalu tengok mak buat dapat la ingat sket2 . kalau nak pandai masak sesuatu masakan tu jangan duk tengok je orang buat . kena try at least sekali . baru bley trus semat dalam kepala . orang kate leceh buat laksa . ala sama je ngan nasi kerabu . banyak benda nak perpare . tapi kalau memang dah niat takda hal punye .


part paling best . asingkan isi ikan dan masukkan ke dalam mulut . hahaa



acane nak buat laksa ? cani lahh ....

Mee Laksa :

kalau beli yang dah siap aku celur air panas je . nak bagi lembut kan . jangan lama2 nanti lembik sangat .
kalau beli yang kering tuh . korang rendam dallam air panas dulu sampai lembut then baru masuk dalam air panas macam nak masak pasta tuh .

Kuah Laksa :

bahan tumis   (bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan garam)
ikan kembung 6 ekor   (lagi banyak lagi sedap)
santan sekotak kecil/satu mangkuk
serbuk kari sepaket kecil
bunga kantan 2 kuntum . diracik halus (banyak lagi sedap)
daun kesum   (ske hati la . kat umah banyak so aku letak la banyak)


1. Ikan kembung direbus kejap then asingkan isi ikan daripada tulang .
2. Isi ikan tu ditumbuk dan tulangnya kisar sampai halus untuk masukkan dalam kuah .
3. Tumiskan bahan tumis (buat bahan tumis macam nak masak kari tapi tak perlu masuk ketumbar).
4. Masukkan isi ikan tadi .
5. Bila dah sebati masukkan serbuk kari . terpulang lah berapa banyak jangan sampai macam nak masak kari pulak .
6. Masukkan santan .
7. Kalau nampak pekat sangat masukkan tulang ikan yang dikisar dengan air rebusan tadi tapi ditapis dulu . nanti ada yang tercekik pulak .
8. Masukkan garam kalau kurang masin n bahan perasa kalau nak lah .
9. Bila dah mendidih barulah masukkan bunga kantan dan daun kesum .
10. Sedia untuk dimakan bersama2 mee laksa n bahan2 sampingan yang lain . (kalau yang pernah makan laksa tau la cane nak hidangkan)

Bahan2 Sampingan :

timun  (dihiris halus memanjang)
tauhu  (digoreng dan dipotong dadu)
bawang  (dihiris nipis2)
lada cili  (dipotong halus)
telur  (direbus . ikut selera kalau nak letak lah )


hasilnya .. tak secantik mana sebab bukan aku nak display kat hotel .


perkara paling penting untuk bagi ape je yang kita masak sedap adalah ...... nak masak tu bismillah dulu . selawat .. hehee dan satu lagi adalah mesti pastikan yang time makan tu kita betul2 LAPAR ! . siyes .... ape pun sedap .. hihiii





Thursday, November 3, 2011

one of my fav ~

kadang2 fav mengatasi segalanya kan . even kita malas pun kalau dah ditakdirkan kedekut cam aku confirm lah akan terdetik hati nak buat sendiri . adeh .. mane cukup kalau makan 1 kan . mesti nak 2,3,4,5 senang citer seberapa banyak yang boleh . (okay bukan gelojoh cuma suke gler) . so0 kalau buat sendiri dapatlah makan seberapa banyak pun kan . ehehee~ walaupun leceh . siyes aku menyampah sebenarnya tapi nak makan punye pasal aku tetapkan iman . hihii lebih2 lagi kalau aku buat sorang . rase cam nak hantuk kpale kat dinding je sebab stress sangat . aku pun xtau la ape yang bley buat aku stress tapi boring kot kalau stuck dengan benda nih je . lagi malang kalau banyak . phew~


step buat karipap

antara kuih fav aku . okay takde lah sehebat yang kita beli kan . tapi air tangan sendiri confirm nak buat yang terbaik . practise makes perfect okay ! kadang2 ade orang cakap . untung la pandai masak ... eyh aku bukan pandai la . kebetulan aku tahu nak masak ape yang aku nak makan . hehee aku pun belajar . tanya mak . tanya atok perempuan . kadang2 makcik2 ntah kat mane2 pun kalau aku rase die masak sedap aku tanya je . then pandai2 la kenakan dengan selera . kalau tak tahu masak aku carik jugak kat kedai . tapi tengok resepi dulu la . kalau tak mampu baru aku gagahkan diri nak kuar duit untuk makan kat luar . ngeh3 . ala, maklumat dihujung jari jew . susah2 sangat g google resepi yang korang nak . then try n error la . takot tak jadi ? jahanam sumenye ? hey chef pun belajar masak la . bukan kuar2 tr0s bley masak maggi . hahaa itu aku k0t . so0 gurlz jom la kte belajar masak sementara masih sempat n ada masa nih . kalau anda dah keje tak tentu lagi sempat nak belajar bukan . lagi haru kalau dah berangan nak kawen . alamak ape mak mertua cakap kalau anda2 taktau masak . aku siyes akan malu . kalau boleh aku nak master dulu fav2 dish bakal mak mertua . huhuuu 

 siyes lah . puas hati dapat makan dari air tangan sendiri . lagi bahagia kalau tengok orang lain suka makan ape yang kita masak . aku kalau dah penat masak tak makan pun takpe . kenyang tengok orang laen makan . hihii effort tu yang penting . kay daaa~

0330 ! fiction ! love song !

lagu baru UKISS . sebenarnya aku takde lah pay attention sangat ngan group nih . aku taktau la kenapa . lagu yang aku suka pun Man Man Ha Ni jew . huhuu tapi sekarang ade 0330 !!! yeah . siyes best . aku kan ske cam ballad2 nih . cam feeling2 kan . takde la dance jew . banyak lagu korea yang jadi fav aku lagu2 ballad layan feeling . huhuu . kecuali lagu CNBlue !! sume aku suka !! hahaa (tetibe bley selit CNBlue dlm nih . haruslah !) sedap k0t lagu 0330 tuh . aritu pagi2 buta mase aku tgk 8tv dalam kul 2lbh k0t tetibe bley kuar lagu nih kan . haih cam layan . so0 aku pun memuat turun lah . huhuu . sampai sekarang ahaha kalau bukak mylappy memang tak sah la kalau tak dengar lagu nih . musicvideo pun best . siyes memang layan . tapi aku tengok kan dah ade muka2 baru lah .  hihii memeng siyes dah lama tak amik tau pasal group nih (jahatnye aku) . tapi pape pun aku tetap 'kipas' si DongHo tuh . bapak c0mel budak tuh . iye2 . budak lagi . aku paling tak tahan tengok die dalam IdolMakneRebellion . memang sanggup betol budak DongHo nih . sejak dari tengok gameshow tu la aku start konon2 jadi  'kipas' die . sebelum ni tak pun . hahaa kejam . aku rase die antara yang menonjol kot . aritu dorang ade datang Malaysia kan . aku sempat tengok interview dorang dalam 8tv . gler lah . time2 camni memang aku paham bahasa korea n cina . terer betol . hihiii takde yang aku tak paham . nganga je tapi nak tengok jugak .

ukiss 0330

layanlah video nih . ntah la . aku rase melody lagu rap musicvideo sume menarik perhatian . alamak cakap banyak kang nanti orang menyampah lak . biarlah~ ade lagi lagu2 yang recently aku selalu dengar . urmm .. antaranya Beast-Fiction . best jugak tapi cam familiar je lagu tuh . aku rase cam ade jadi lagu tema untuk iklan lah . lagi lagu F(x) - Danger or Pinochio . best wo0 .. hehee . aku ske f(x) ! 4minute-HUH pun best jugak . tapi cam dah lme sket la lagu tuh . urmm lagi haruslah lagu Mr Simple by Superjunior . suju ade lagi kan lagu baru . A-Cha . tapi tak sempat lagi nak muatturun . hihii Superman pun cam best . (eh macam lagu dah lame la) paling cun ble BigBang pun ade lagu baru jugak (baru ker.. ?) Love Song ! eheh . asalkan BigBang n CNBlue . haruslah best sumenye . ngeh3 . gedik ! nanti2 aku kuar entry khas untuk BigBang n CNBlue. ngeh3 . F(x) juga ...... ehehee~


Beast - Fiction


f(x) - Danger

4minute - HUH

Suju - Mr Simple (tapi yang ni takde Siwon . huhu)


aku sebenarnya paling suka yang live . tapi ade sesetengah group yang cam tak best kalau live . kecuali CNBlue . dorang paling best kalau live ! yeah !!!

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday : silent itu berdiam diri . betul kah ?

dah beberapa hari aku muhasabah diri . tetapkan iman . dengan yakin aku akan SEKALI LAGI menjauhkan diri . SEKALI LAGI ye !!!! ya Allah . tabahkanlah hatiku . temukan lah aku dengan seseorang yang sebaik2 manusia yang sesuai dengan aku . yang dapat menjaga dan membimbing aku ke jalan yang Kau redhai . seriously aku tak sanggup la kalau benda yang sama jadi kat aku . kenapa aku nak kena kacau orang yang dah berpasangan . okay die lom kawen . tapi mungkin bakal bukan ? aku takkan kacau dia . (adeh nampak aku ni macam jahat sangat la pulak) . aku takde la gedik2 kacau . tapi if i ever contact die lagi aku akan rase aku ni lah pengacau . perampas . pe ape lagi lah . macam2 ! aku je kot yang rase benda ni serius sangat . entah la !! aku ni dah tak tau nak kate ape . benda yang paling berat dan rase bersalah yang pernah aku buat adalah tak reply or angkat call dari dia . hurmmm .... enough !!! maaf sayang . sila cari saya sekiranya anda sudah tiada hubungan lagi dengan kekasih hati anda tersebut . sementara itu biar lah aku hidup sendiri dengan family yang riuh rendah nih (hehee sempat lagi) , my cat sume n ikan2 juga . mereka lah yang selama ni membahagiakan aku dengan seikhlas hati . kalau ada jodoh baguslah . kalau takde aku akan terima dengan redha .hopely akan ade seseorang yang akan muncul dalam hidup aku . yang dapat sayang aku dengan penuh ikhlas . penat la sayang orang sangat2 . bertepuk sebelah tangan lah tu . aku nak orang yang sayang aku pulak . mesti best kan . selama ni aku butakan mata n hati je . sekarang mungkin masa untuk move on . sape2 je la . jom kita tambah lagi kawan !!! dengan kawan lah bermula segala2 nya . sila jangan skip step . hoho aku bukan gelojoh or desperate sangat . hihiii . marilah kita moving on~~


: akunye Wordless Wednesday end up only word no picture . terrrbaek ! :

(seriuosly padan muka Fiona tadi  .. hahaa biarlah takde kena mngena pun . puas hati aku . padan muka ko !)




Tuesday, November 1, 2011

halamak .. disaster !

seharian aku tggu mak n abah balek dari umah atok . semata2 sebab nak tanya mane pegi makanan ikan aku . (okay takda kredit nak call) . tengok kat akuarium luar takda . kat akuarium dalam umah pun takda . alamak . ikan2 harap anda bersabar . aku ingat2 balek mane aku letak malam tadi . mungkin salah letak kan . ohh sebenarnya tidak sama sekali . bukan aku yang salah . bukan3 ! . (confident kan hahaa) . okeoke . kesahnye cenggini . bila abah balek aku tanya la dengan muka yang bajet siyes . halamak kena balek la pulak . ya myb aku salah letak . memang biasa terjadi . tapi aku dah periksa abes takde pun . pastu cantek je aku pegi tengok balek . ye memang tetibe benda tu wujud . ade kat bawah kerusi . excited la ikan2 aku bila nampak gelagat aku dah jumpa bekas makanan mereka . tapi malang ! hahaa (aku bley ketawa lagi kan) . kau orang tengok bawah nih ..



cis !!! sape yang buat nih ???? memang sah la kucing2 sekalian kan . patut lah malam tadi aku cam ade dengar perebutan hebat . ini rupanya kaukucing kejekan . har3 .. abes lah semut masuk . dah penuh semut dalam tuh . adeh maap ikan2 . anda perlu bersabar lagi sampai abah beli makanan baru . huhuuu @%#$%^$&^ punya kucing2 . tau lah bau makanan ikan tu sedap . but plz respect others !! memang tak patut betol !!!

arghh !! mood geram . tapi l0m ade sesape yang jadi mangsa . aku still pendam . xm0 kawan sume kucing arini . es0k lah kalau nak sembang pape . chill dulu ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...