semua orang kecoh sangat dengan tarikh ni . chill la beb .. takde ape pun . memang la nampak cantek . banyak lagi tarikh yang cantek kan . time2 ni la orang berebut nak buat tarikh untuk kawen . kebetulan la hari jumaat kan . bagi aku tarikh ni memang istimewa . haha sebab aku dapat guna tempat untuk panggang yang baru . yeah !!!! selama nih nak bakar pape dalam oven or atas kuali leper je . tak best betul . hihiii ape yang jadi mangsa time nih . bukan ayam mahupun kerang kegemaran (dua2 tak dapat nak beli) . maka, time2 baru lepas raya haji ni daging lembu pun ade lagi . so0 buat satay daging lembu la !!! hehehee (senyum melebar) . jangan tanya cane nak buat satay . aku tengok kat internet je . tapi abah lak guna resepi dalam buku . hihii mak ngan abah yang buat . aku tak campur . misi aku nak tunggu masak je . hahaa jahat3 . malam tadi prepare bahan nak perap ngan daging yang dah dipotong dengan saiz yang agak2 sesuai la . then perap sampai pagi . yelah takde masa la nak bakar malam2 walaupu ada yang merajuk sebab tak sabar nak bakar n makan (bukan aku eyh ...) .
pagi2 aku bangun aku dah terbau asap bakar satay (sah la dah tak sabar orang yang majuk malam tadi tu) . so0 aku pun menyemakkan diri la ke bawah . aku ingatkan nak bakar masa makan tengah hari nanti . hurmm tak sempat sampai tengah hari la jawabnya . harus lah akan abes pagi ni jugak kan . huhuu tengok2 mak abah tengah cucuk daging kat lidi satay . askar besar pulak tengah bakar satay . tercapai la jugak hasrat dia nak bakar satay tuh .. hahaa layankan~ tengok2 dah separuh . ah selamat lah dah ade yang rajin . sah la aku tinggal makan je . ngeh3 . memang sah la tak sampai tengah hari . cuma simpan sket untuk askar2 kecik yang kerajinan pegi sekolah (selalu tak pun) . yang lain aku, mak abah n askar besar dah selamat menghadap ... hahaa puas2 . tak sempat nak buat sambal kacang . makan dengan sos cili Jalen je . confirm pedas . cun2 .. duk mengunyah je la . hihiii
mak tengah cucuk daging kat lidi satay |
ready untuk dibakar |
sedang dibakar dengan tempat bakar yang baru dibeli . hik3 |
hasilnya !!!! |
kualiti gambar yang berbeza sebab menggunakan kamera2 yang berlainan . hihiii lain kali boleh buat lagi guna ayam pulak . nak beli daging mahal lah . ayam pun dah mahal sekarang nih . ikan pun mahal . suma benda dah mahal . takkan nak panggang telur . hihii laen kali beli kerang banyak2 dan beli jaring yang halus sikit baru boleh bakar kerang . kalau guna yang sekarang punya alamatnya kerang tu dengan redha dibakar dalam arang je la .. huhuu korang pun mesti ade yang spesial untuk 11.11.11 kan . asalkan jangan taksub sangat . nanti ade yang dengan tak sengaja terpesong pulak .. bukan ada ape pun tarikh tu cuma nampak cantik je .
sekian ..
No comments:
Post a Comment