Friday, November 25, 2011

mari memasak untuk MAK !!! (part 2 )

post yang sebelum ni aku tunjuk macam mana nak buat ayam panggang yang simple je . untuk post kali ni pulak aku nak tunjuk cane nak buat satay guna cara yang sama macam buat ayam pangang . aku bantai bahan perap yang sama . biar lah rasa sama asalkan nama nya tak sama . hahahaa kalau nak buat satay ayam kenalah potong kecik2 atau lebih senag potong dadu . nak senang lagi amik je daging bahagian dada ayam . daging tepu takda tulang .



satay yang sudah siap dibakar .


acane nak masak ??


SATAY

ayam dipotong dadu
gula
minyak


bahan2 untuk dikisar dan ditumis :


bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
serai
cili padi
lada kering
garam
bahan perasa

minyak untuk renjis kat satay :





minyak masak
sedikit air
gula





1. Kisarkan semua bahan . masukkan garam dan bahan perasa sekali (ikut suka la).
2. Tumiskan bahan yang dah dikisar . masukkan sedikit gula bila bahan tumis dah hampir kering . tak perlu tambah air .
3. Masukkan ayam dan tumis sebentar sampai ayam tukar warna . masak sampai separuh masak sebab nak bakar lagi .
4. Matikan api bila bahan dah sebati dengan ayam . perap sebentar (lama lagi bagus .)
5. Satay sedia untuk dicucuk dan dibakar.




proses mencucuk satay .


dah siap cucuk sume ... ready untuk dibakar


wo0w~ mengancam ..



kalau kesuntukan masa daging tu boleh tumis dulu macam nak buat ayam panggang biar satay tu ada rasa . kalau ada masa nak perap lama, perap ayam tu dengan bahan tumis tadi . tumis sampai kering . perap lama lagi sedap . yang ni pun aku masukkan dalam lebihan tumis ayam untuk dipanggang tuh . jadi tak la membazir . lepas angkat ayam yang besar2 sambung pulak tumis ayam yang dah dipotong dadu khas untuk satay . masa bakar tu pulak renjiskan dengan minyak yang dah dicampur dengan sedikit air dan gula supaya satay tu tak la kering ... nampak lembap je . hehehee amacam senang tak ? huhuu ikut kepala aku je tu . ntah betul ke tak aku maen redah je asalkan ada rasa . hihiii bukan CINCAI tau . cuma buat ikut selera sendiri . kita sendiri yang tau ape yang kita suka kan .. huhuu

SELAMAT MENCUBA~~


1 comment:

ryzna sha said...

lapar tgk pic nie~hurmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...