Tuesday, November 8, 2011

memang takkan ada gadis seperti aku . tapi yang lebih baik banyak !

aku teringat balik kata2 Lexi adik si Meredith Grey dalam Grey's Anatomy sabtu lepas . kata2 yang dia tujukan kat Sloan memang kena atas muka betul . kenapalah aku tak ada kekuatan seperti Lexi . inilah kata2 Lexi untuk Sloan . (perlu ke aku bgtau konflik antara Lexi n Sloan . ahh terlalu rumit serumit kisah aku) .

(dalam bm yer ..)

" ya aku cintakan kau . cinta sangat . tapi aku juga nak rasa kebahagiaan . dan kebahagian itu ada . dan aku sedang merasakan kebahagiaan itu . ya aku akan kembali kepada kau sekiranya itu yang kau mahu . jadi dengan adanya kau dekat dengan aku aku takut aku akan kehilangan kebahagiaan yang aku ada sekarang . maka , pergilah kau jauh dari aku dan jangan lagi mengambil berat tentang aku "

(lebih kurang macam tu lah)

memang aku cintakan dia . cinta sangat . kalau boleh aku nak satu dunia tahu yang aku cintakan dia . jangan tanya kenapa . cuma yang pasti aku cinta dia . ya benar . aku juga mahu rasa bahagia . kenapa hanya dia sahaja yang dapat merasa bahagia sedangkan aku tidak ? tapi aku tetap memilih cinta daripada bahagia itu sendiri walaupun aku tahu akhirnya aku yang tersiksa . aku yang merana melihat dia sendiri bahagia . namun kupujuk hati . bahagialah kau hati dengan melihat dia bahagia . jujur aku pernah merasa bahagia walaupun bukan dengan dia . beberapa kali aku cuba untuk mencari kebahagiaan berbanding cinta . ye benar aku tidak berniat untuk mempunyai hubungan rapat dengan sesiapa pun . tapi bahagia yang datang di saat dia menjauhkan diri itu mempu membuatkan hati aku berdetik mungkin bahagia itu lebih baik daripada cinta . ya memang ada seseorang (3 orang sebenarnya dan bukan dalam satu masa yang sama) yang cuba merapati aku dan membuatkan aku rasakan kebahagian yang aku idamkan . tapi akhirnya tetap aku pilih cinta . kenapalah dia muncul kembali di saat aku mula merasakan kebahagiaan . jujur aku tidak kuat . seratus kali pun aku tetap akan kembali kepada dia . cinta yang aku pilih menyebabkan aku kehilangan teman rapat . ya memang mungkin aku dilihat sebagai gadis yang suka mempermainkan perasaan orang lain . tapi apakan daya . cinta lah yang kononnya mengatasi segalanya . teman harap kau maafkan aku . bukan sengaja aku mahu menjauhkan diri daripada bahagia (teman rapat) . namun aku tidak kuat . cinta, bahagia dan teman rapat membuatkan aku keliru . keliru untuk memilih . memang teman rapat selalu sahaja membahagiakan aku . dia tahu apa yang aku perlu .iyalah teman rapat mana yang mahukan sahabatnya derita bukan ? dan disaat aku hendak merasakan bahagia lagi dia tetap muncul .aku pun tidak pasti teman rapat yang kali ini adakah dia hanya ingin bersahabat atau lebih dari itu . ahh jangan buat aku keliru lah . tapi cinta itu tetap muncul . tapi pernah juga aku terfikir . ahh mungkin aku ini hanya tempat untuk dia menhilangkan rasa sunyi . atau mungkin cinta aku dipermainkan hanya untuk dia mendapatkan sesuatu . tapi aku juga yang ikhlas . ikhlas untuk mencintai dia walau apa pun . walaupun kadang dia menghilang dan kadang dia datang . tapi kali ni datang dengan harapan . pertanyaan yang tidak kusangka yang menimbulkan banyak persoalan . adakah dia benar yakin atau sekadar mahu mengambil hati . ya benar bahagia atas kepahitan orang lain itu tidak kekal lama . tapi aku juga berhak untuk merasa bahagia . kalau bukan dengan dia sekalipun mungkin dengan seseorang yang benar2 ikhlas denganku (yang masih belum muncul2). aduhai cinta . kau janganlah terlalu mengongkong perasaan aku . benar kata Lexi . bagaimana aku hendak merasakan bahagia andai cinta itu tidak putus2 menjelma walaupun kerapkali menghilang . aku tidak sekuat Lexi . aku tidak mampu untuk menghalang dia terus menghubungi aku . aku tidak mampu untuk melepaskan cinta aku . sekuat mana pun aku melepaskan, cinta tetap akan ada disaat dia kembali menjelma . sehebat mana pun aku kecewa kerana cinta jugalah aku melupakan segala2nya . cinta andai kau sudah temui kebahagiaan pergilah dengan kebahagiaan yang kau miliki . tinggalkan lah aku terus . jangan sekali2 kembali . aku perlu kuat . kuat untuk mengatakan pendirian bahagia itu lebih penting dan kekal berbanding CINTA . semoga akan ada bahagia yang datang mengatasi cinta . sesungguhnya jodoh dan pertemuan setiap insan itu ditangan tuhan . kita hanya mampu merancang . datanglah bahagia ~

(kata2 yang tetiba puitis itu datang dari hati)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...